Monday, August 5, 2013

Majlis Khatam Al Quran - STP

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sempena malam 27 Ramadhan, STP mengadakan Majlis Khatam Al Quran. Peserta terdiri daripada kumpulan dewasa, kumpulan muslimat dan kumpulan remaja.




Saguhati kepada kumpulan remaja daripada STP, individu dan seorang ahli perniagaan.


Kelebihan dan Istimewanya Ramadhan

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: 

Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 

Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, 
dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, 
dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : 
Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). 
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? 
Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


WASSALAM

7 comments:

  1. salam.. surau di tempat sy pon wat majlis khatam semalam

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum,

    ....saya belummkhatam lagi....sket lagi....

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    ....saya belumm khatam lagi....sket lagi....
    (akaun anak saya ...x log-out dulu kat atas tu)

    Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.

    ReplyDelete
  4. salam atuk,
    kat tempat surau taman saya buat mlm tadi...
    alhamdulillah...

    ReplyDelete
  5. Surau taman saya pun buat majlis yg sama..'

    Selamat Hari Raya buat Atuk sekeluarga..maaf zahir batin

    ReplyDelete
  6. salam tuk

    seronoknyee program macam nie
    ramai tul haaa

    selamat hari raya maaf zahir batin ya tuk !

    ReplyDelete
  7. Salam THR

    Majlis yang penuh dengan keberkatan. Alhamdulillah.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...