Tuesday, December 24, 2013

Melakukan Kerja Yang Berfaedah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Saya perolehi gambar ini melalui whatsapp dan saya padankan dengan hadis ini untuk renungan bersama.


Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda:

عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُولُ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم : (( مِنْ حُسْن
إِسْلاَمِ المَرْءِ تَرْآُهُ مَا لاَ یَعْنِيْهِ)) حدیث حسن رواه الترمذي وغيره هكذا.

Sebahagian daripada keelokan seorang mukmin ialah meninggalkan apa yang tidak berfaedah baginya.

Hadis ini Hadis Hasan, diriwayatkan oleh Al-Tarmizi dan lain-lain sedemikian.

Keterangan Hadis :

1) Antara tanda Sempurna Islam sesaorang :
jaga lidah dari perkataan yang sia-sia (Qaaf : 18)
setiap yang baik akan berganda (10x) sehingga 700 gandaan.

2) Langkah bagi meninggalkan perkara yang tidak berkait:
tidak mengikut hawa dan runtunan nafsu.

Pengajaran hadis:

Seseorang mukmin dianggap elok, indah dan berakhlak tinggi apabila dia hanya melakukan perkarayang berfaedah dan meninggalkan perkara yang tidak berfaedah. Antara perkara yang tidak berguna ialah bercakap kosong, berhiburan yang melalaikan, duduk-duduk di jalan, bertandang ke rumah orang tanpa niat ziarah atau tanpa ada kepentingan, suka mengambil tahu perkara yang tiada kaitan dengan dirinya, atau apa yang dikatakan dalam pepatah Melayu, menjaga tepi kain orang. Anjuran ini menyerlahkan suatu ajaran lslam yang amat baik, yang boleh menyumbang ke arah pembangunan umat. Sekiranya semua umat lslam meninggalkan perkara yang tidak berfaedah dan yang tidak ada kena mengena dengan dirinya, nescaya mereka mampu mencipta kejayaan dan kemajuan serta menghasilkan produktiviti yang berkualiti.

rujukan disini

WASSALAM

4 comments:

  1. Salam En.Atuk,

    Sy suka entri ni. Bila tgk gambar tu dan baca sikit tulisan En.Atuk, dah boleh bezakan tahap kematangan seseorang tu mcm ne. Apapun, moga kita semua tidak terikut-ikut dgn aktiviti yg lgsg tak memberi manfaat mcm ni.

    ReplyDelete
  2. pic tu mmg memberi mesej
    nak takung air tp guna bakul berlubang, umpama perbuatan yg sia2
    betul kan atuk, kena ketahui misi kita, niat kita dlm melakukan sesuatu

    ReplyDelete
  3. Salam Atuk...

    Memang kena sangat hadith yg Atuk bawakan tu, dgn gambar tu...hihihi...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum atuk...

    Tumpang penat tengok gambar tu atuk..tak penuh2 airnya ye, memang sia-sia, hehe..

    Bagusnya atuk berkongsi hadith ni, sesuai sangat.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...