Wednesday, February 12, 2014

Perasmian Klinik Dr Hanie

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada hari sabtu yang lepas berkesempatan melapangkan masa yang terhad untuk hadir ke Perasmian Pembukaan Klinik Dr Hanie (kawan blogger / FB) di Bandar Bukit Mahkota, Bangi.


Ya Allah Ya Tuhanku. Bukakanlah kepada keluarga sahabat ku ini pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu Syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepada Mu Ya Allah jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarga. 


SURAH FAATHIR 

"Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya."

Selain mengamalkan dan membaca Ayat 1000 Dinar. Bagi yang menceburi bidang perniagaan tak kira online bisnes, offline, direct selling atau perniagaan restoran makanan. Eloklah mengamalkan ayat-ayat dari Surah Faathir, ayat 29 dan 30. Makna pada terjemahannya cukup baik dan indah sekali. 

Tidak payah lagi mencari pelaris yang belum pasti kebenarannya dan tidak bercampur aduk dengan sihir. Takut-takut disebabkan pelaris itu. Aqidah kita boleh terpesong. Yang melariskan adalah kehendakNya dengan daya usaha sendiri yang diberkati oleh Allah SWT. Minta dan mohon kepadaNya dengan membaca ayat-ayat tersebut.


Terjemahannya:

Ayat 29
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; 

Ayat 30
Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).


WASSALAM

7 comments:

  1. saya kenal jugak blogger bernama dr hanie tu

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk..

    Tahniah Dr Hanie, moga klinik terus berkembang maju.

    Terima kasih perkongsian Atuk, insyaAllah doa senjata mukmin,

    ReplyDelete
  3. salam THR,

    tahniah dr hanie. mudahan terus berbakti..
    Semalam saya baru amik ubat....dapat MC jugak..Maklumlah cuaca panas x menentu kan....rezeki buat dctor juga.
    hidup saling bergantungan ....amin
    insya ALLAH selamat dan dipermudahkan..

    p/s tuan hj pun dah macm Yb lah.... sibuk sana sini hhihiii

    ReplyDelete
  4. ameen..
    alhamdulillah...

    tahniah Dr Hanie..

    ReplyDelete
  5. TQ atuk kongsi tips ayat 29 -30 tu...insya allah kita sama2 amalkan

    ReplyDelete
  6. Aina pergi juga tapi dah petang sikit doc pun dah tukar baju yang lebih ayu...:)

    ReplyDelete
  7. Dekat dengan tempat kerja saya.

    Kalau tak silap saya, seluruh rakan kerja saya dijemput ke majlis kesyukuran di klinik ni, pada Sabtu ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...