Tuesday, July 19, 2011

Penangan Anak anak Saudara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرک

Seronok melihat gelagat anak anak saudara yang masih kecil bermain, ke hulu ke hilir, mencapai apa sahaja yang boleh dibuat main. Merekapun sungguh riang, kerana ibu bapa mereka membiarkan mereka bermain bebas. Anak saudara yang dah besar sedikit, termasuk anak saya, duduk diam atau menonton tv sahaja.
Biasa ler, selepas mereka semua pulang, sehari dua, kena peruntukkan masa untuk megemas pula
Ini sebagai contohnya, beralih batu batu tu....
Demam ikan tu sehari dua, demam teperanjat...he he
Ini baru tujuh keluarga berkumpul
semasa majlis kesyukuran pada hari sabtu yang lepas


Dari Abu Hurairah RA berkata:

Rasulullah saw menciumi Al Hasan bin Ali, di hadapan Al Aqra’ bin Habis At Tamimiy yang sedang duduk. Lalu Al Aqra’ berkata: Sesungguhnya aku memiliki sepuluh anak, dan aku belum pernah menciumi seorang pun. Lalu Rasulullah saw memandanginya dan bersabda: “Barang siapa yang tidak menyayangi maka tidak akan disayangi”

(HR. Al Bukhari)

Wassalam

Monday, July 18, 2011

Tahlil, Kesyukuran, Doa selamat dan Sambut Ramadhan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, hari sabtu yang lepas telah selamat mengadakan Majlis Tahlil, Kesyukuran, Doa Selamat dan Sambutan Ramadhan, kira-kira 4 dalam 1.
Selepas Zhuhor, jemaah surau dan muslimin taman kami memulakan majlis.
Diikuti kaum muslimat dan keluarga taman kami

Dijemput juga geng PDKM
mereka memeriahkan lagi majlis kami
Biasanya sebelum Magrib, giliran adik adik dan keluarga mula sampai
Membincangkan tarikh dan agenda perkahwinan adik bungsu kami
yang bertunang pada 4 Jun tempuh hari
Bermacam aktiviti bila berkumpul nii

Anak saudara yang paling bungsu pada masa ini
Anak anak saudara bermacam aktiviti juga
yang lelaki, cara lelaki. yang perempuan, cara perempuan.
Riuh rendah, usah dikira lerrr, sampai ke tengah malam.



Dalil sunat membuat kenduri tahlil arwah:

عَنْ اَبِىْ ذَرٍّ رَضِىَ اللهُ عَنْهُ اَيْضًا اَنَّ نَاسًا مِنْ اَصْحَابِ رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالُوْا لِِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُُُُُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا رَسُوْلَ اللهِ ذَهَبَ اَهْلُ الدُّثُوْرِ بِاْلاُجُوْرِ يُصَلُّوْنَ كَمَا نُصَلِّى وَيَصُوْمُوْنَ كَمَا نَصُوْمُ وَيَتَصَدَّقُوْنَ اَمْوَالَهُمْ .

قَالَ اَوَلَيْسَ قَدْ جَعَلَ اللهُ لَكُمْ مَا تَصَدَّقُوْنَ اِنَّ بِكُلِّ تَسْبِيْحَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَكْبِيْرَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَحْمِيْدَةٍ صَدَقَةً وَكُلِّ تَهْلِيْلَةٍ صَدَقَةً وَاَمْرٍ بِالْمَعْرُوْفِ صَدَقَةً وَنَهْىٍ عَنْ مُنْكَرٍ صَدَقَةً وَفِى بُضْعِ اَحَدِكُمْ صَدَقَةً قَالُوْا يَا رَسُوْلَ اللهِ اَيَأْتِىْ اَحَدُنَا شَهْوَتَهُ وَيَكُوْنَ لَهُ فِيْهَا اَجْرٌ قَالَ اَرَأَيْتُمْ لَوْ وَضَعَهَا فِى حَرَامٍ اَكَانَ عَلَيْهِ وِزْرٌ فَكَذَلِكَ اِذَا وَضضَعَهَا فِى الْحَلاَلِ كَانَ لَهُ اَجْرٌ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ

Ertinya:

Diriwayatkan daripada Abi Zar r.a, telah bertanya oleh beberapa orang sahabat kepada Nabi s.a.w, “wahai Rasulullah telah pergilah orang-orang hartawan dengan pahala yang banyak maka sembahyang mereka itu sepertimana kami sembahyang dan puasa mereka itu sepertimana kami puasa dan bersedekah mereka itu dengan kelebihan daripada kekayaan mereka”. Telah menjawab oleh Nabi s.a.w, “adakah kamu bersusah hati?. Bukankah telah dijadikan oleh Allah bagimu sesuatu yang boleh kamu bersedekah dengannya. Sesungguhnya bagi tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap pujian itu sedekah, tiap-tiap tahlil itu sedekah, menyeru dengan pekerjaan yang baik-baik itu sedekah, melarang kemungkaran itu sedekah dan pada berjimak kamu itu juga sedekah”. Berkata para sahabat, “adakah bagi seseorang kami pahala dengan menunaikan shahwat?”. Jawab Rasulullah s.a.w “bagaimanakah perkiraan kamu jika kamu tunaikan shahwat itu kepada yang haram?, adakah kamu berdosa?. Maka seperti demikian pulalah apabila kamu menunaikan shahwat pada yang halal nescaya bagimu itu pahala”.

Hadis riwayat Muslim.

rujukan: http://madrasahaliyah.blogspot.com/2008/04/tahlil-arwah.html


Wassalam

Friday, July 15, 2011

Karangan Kebun Durian


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة




Saya ada sebuah kebun durian
Saya selalu lalu di depan kebun durian itu
Jarang jarang singgah
Tapi orang lain selalu sahaja singgah
Kebun durian itu tidak jauh daripada rumah saya
Kebun itu terletak di Pasar Keramat
Rupa rupanya...kebun durian saya itu
kebun durian orang lain juga


sekarang ni, di KL dah banyak kedai kedai sementara yang menjual buah durian. Harga pun dah harga mampu beli. Kebetulan anak anak semuanya ada berkumpul, petang tadi beli beberapa biji durian dan makan bersama. Alhamdulillah, semua isinya cantik cantik.


Larangan mencela makanan

Rahsia besar Rasulullah s.a.w yang patut menjadi teladan ialah baginda tidak pernah mencela makanan yang tidak disukainya atau kurang enak. Ini terkandung di dalam hadis bermaksud:

“Anas berkata: Rasulullah tidak pernah mencela makanan. Jika berselera dimakannya, dan jika tidak maka ditinggalkannya.”


Wassalam

Wednesday, July 13, 2011

Masjid Bandar Kuching-Kuching 8

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Masjid Indian terletak di belakang deretan kedai di tengah tengah Bandar Kuching. Melalui laluan sempit yang dikenali sebagai "Lorong Sempit" untuk menuju ke Gambier Road.

Masjid ini telah dibina pada tahun 1837 oleh India Muslim dari selatan India. truktur Masjid telah mengalami banyak perubahan sejakdibina di pertengahan abad ke-19. Dinding asalnya dan bumbung dibuat pokok nipah. Pada tahun 1876, kayu papan menggantikan dinding nipah. Nama asalnya, Masjid India (Masjid Tambi) ditukar kepada Masjid Bandar Kuching pada tahun 1960an.

Melayu Islam dari kampung-kampung lain akan bersembahyang dan berehat apabila mereka datang untuk berdagang atau membeli belah di bandar. Sehingga hari ini, Masjid India menyediakan perlindungan kepada pelancong yang letih.

Kedengaran gendang dipalu, sebagai tanda waktu solat telah masuk, yang dikenali penduduk tempatan sebagai 'Bedok' yang telah digunakan selama 50 tahun lebih. Ia boleh membuatkan jemaah sehingga 1000 jemaah.

Masjid ini juga mengedalikan sekolah agama yang pertama di Sarawak, ia telah ditubuhkan pada tahun 1940-an. Madrasah Islamiah masih beroperasi.

Jawatankuasa Lembaga Amanah Khairat mentadbir Masjid India, memperolehi dana dari sewa yang dipungut daripada 23 deretan kedai yang dimiliki terutamanya oleh India Muslim yang menjual barangan runcit, rempah ratus, kain dan buku-buku. Perniagaan keluarga ini telah diturunkan melalui generasi.








Wassalam

Sunday, July 10, 2011

India Street-Kuching 7

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Lebuh India atau India Street yang terletak di Bandaraya Kuching, lebih kurang sama seperti di Semenanjung. Terletak berdekatan dengan Kuching Waterfront. Boleh dilawati pada waktu siang sahaja, diantara 8.00 pagi hingga 6.00 petang.



Sepanjang Jalan India, yang ditetapkan sebagai laluan pejalan kaki



terdapat pelbagai kedai perdagangan berwarna-warni textiles, pakaian, pinggan mangkuk dan barang keperluan lain dengan cara yang tidak banyak berubah dalam dekad yang lalu.



Tawar-menawar
adalah cara hidup di sini




Harga sememangnya berpatutan dan anda semestinya berpuashati dengan pilihan yang ada. Hari sabtu merupakan hari paling sibuk


Kalau kesini jangan lupa cari selipar PHD........



Firman Allah:

Hai orang-orang yang beriman, apabila diseru untuk menunaikan sembahyang pada hari Jum'at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Apabila telah ditunaikan sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi, dan carilah karunia Allah dan ingatlah Allah banyak-banyak supaya kamu beruntung.
(Al-Quran Surah Al-Jumu’ah 62 : Ayat 9-10).


Wassalam

Friday, July 8, 2011

Doa Qunut Nazilah-Ditimpa Musibah, Kezaliman dan Penindasan

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة



Pencinta keadilan dan demokrasi yang telus bermunajat kepada-NYA agar mereka yang berjuang menegakkan kebenaran terus tabah dan istiqamah dalam perjuangan, tidak kira warna apa yang dia pegang

DEFINISI QUNUT NAZILAH
Qunut
secara istilahnya adalah seperti yang dikatakan oleh Al-Hafidh Ibnu Hajar Al-Asqalani rahimahullah: "Suatu doa di dalam shalat pada tempat yang khusus dalam keadaan berdiri."

Nazilah
artinya malapetaka atau musibah yang turun menimpa kaum muslimin dalam bentuk gempa, banjir, peperangan, penganiayaan dan sebagainya
(Fathul Bari 2/490.)

HUKUM QUNUT NAZILAH
Qunut nazilah adalah suatu hal yang disyariatkan dan amat disunnahkan ketika terjadi musibah dan kezaliman.
Berlandaskan hadis-hadis yang sahih mutawatir seperti hadits Anas bin Malik radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim yang menjelaskan pelaksanaan qunut nazilah oleh Rasulullahu saw selama sebulan pada peristiwa pembunuhan 60 shahabat penghafal Al-Quran, juga hadis Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu riwayat Bukhari-Muslim
LAMANYA QUNUT NAZILAH
Dapat dibuat kesimpulan bahwa qunut nazilah tetap dilaksanakan sampai musibah dan kezaliman tersebut diangkat dari kaum muslimin. Dan ini merupakan fatwa dari Syaikh Abdul Muhsin Al Abbad hafidzohullah

WAKTU QUNUT NAZILAH
Nabi saw melakukan qunut nazilah pada seluruh shalat-shalat wajib dan beliau lebih mengutamakan pelaksanaannya pada shalat Maghrib dan Subuh. Akan tetapi beliau tidak melakukan qunut setiap hari pada seluruh shalat lima waktu sekaligus.

LAFAZ QUNUT NAZILAH
Tidak ada hadis dari Nabi saw yang menunjukkan adanya doa khusus dalam qunut nazilah. Oleh kerana itu seseorang berdoa di dalam qunut nazilah dengan doa yang bersesuaian keadaan yang tertimpa musibah, kezaliman dan penindasan dan apa yang mereka perlukan.

PERINGATAN!!!
Lafaz qunut di bawah ini bukan dari Nabi saw. Oleh kerana itu, tidak ada keterkaitan dengannya apalagi menganggapnya sebagai doa yang disunnahkan. Dan bagi orang yang mampu menyusun doa dalam bahasa arab yang sesuai dengan keadaan musibah, tidak ada larangan baginya untuk berdoa dengannya.

Rujukan: klik disini

اللـّـَهُمّ َ اهْدِنـَا فِيمَنْ هَدَيْتَ. وَعَافِنـَا فِيمَنْ عَافـَيْتَ
وَتـََوَلـّـَنـَا فِيمَن تـَوَلـّـَيْتَ. وَبَار ِكْ لـَنـَا فِيمَآ أ َعْـطـَيْتَ
وَقِنـَا بـِرَحْمَتِكَ شـَرّ َ مَا قـَضـَيْتَ

Ya Allah! Tunjukkanlah kami bersama orang yang Engkau beri petunjuk. Dan sihatkanlah kami bersama orang yang Engkau beri kesihatan.
Muliakanlah kami bersama orang yang Engkau beri kemuliaan. Berkatilah kami bersama orang yang Engkau beri keberkatan.
Dan peliharalah kami daripada kejahatan yang Engkau tentukan.


Ya Allah ya Tuhan kami, kami letakkan Engkau di leher musuh-musuh kami.

Dan kami mohon perlindungan kepada Engkau dari kejahatan-kejahatan mereka.

Ya Allah ya Tuhan kami, hancurkan kesatuan mereka, leburkan kumpulan mereka,

Ceraikan pakatan mereka, goncangkan kaki-kaki mereka,

Dan perintahkanlah kepada mereka di kalangan tentera-tenteraMu ya Allah.

Wahai Tuhan Yang Maha Mengalahkan, Tuhan Yang Maha Perkasa dan Maha Pembalas.

Ya Allah, Tuhan yang menurunkan Al-Qur’an dan yang menggerakkan awan,

Tuhan yang menewaskan tentera-tentera Ahzab,

Tewaskanlah mereka dan berilah pertolongan kepada kami untuk menewaskan mereka.

Cukuplah Allah bagi kami sebaik-baik penolong.

Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.

Amin, ya Robbal `Alamin.

Seterusnya akhirilah doa Qunut seperti biasa:

فـَإ ِنـّـَكَ تـَقـْضِى وَلاَ يُقـْضـَى عَلـَيْكَ
وَإ ِنـّـَهُ لاَيَذِلّ ُ مَن وَالـَيْتَ. وَلاَ يَعِزّ ُ مَنْ عَادَيْتَ
تـَبَارَكْت َ رَبّـَنـَا وَتـَعَالـَيـْتَ. فـَلـَكَ الـْحَمْدُ عَلـَى مَا قـَضـَيْتَ
وَنـَسْتـَغـْفِرُكَ وَنـَتـُوبُ إ ِلـَيْكَ
وَصَلـّـَى اللهُ عَلـَى سَيّـِدِنـَا مُحَمّـَدٍ وَعَلـَى ءَالِهِ وَصَحْبـِهِ وَبَارَكَ وَسَلـّـَمَ

Sesungguhnya Engkau penentu dan tidak ditentukan.
Dan Sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau muliakan. Dan tidak mulia orang yang Engkau hinakan.
Maha Mulia Engkau Tuhan kami dan Maha Tinggi, maka bagiMu jua segala kepujian atas apa yang Engkau tetapkan.
Kami memohon ampun dan bertaubat kepadaMu.
Dan semoga Allah melimpahkan rahmat bagi Nabi Muhammad, keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Rujukan:
1. Radio IKIM.fm
2. RAMPAIAN AGAMA ISLAM Tahun Tiga. 1994. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka.


Rujukan: klik disni

Wassalam

Thursday, July 7, 2011

Majlis Pesaraan Tn Hj Mohd Saleh Daripada ALK

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Malam semalam koperasi kami mengadakan Majlis Makan Malam Sempena Pesaraan Tuan Haji Mohd Saleh daripada Jawatan Anggota Lembaga Koperasi kami. Ini kerana beliau telah bersara wajib dalam perkhidmatan.

Majlis ini diadakan di The Regency Hotel, Jalan Raja Alang, Kampung Baharu, Kuala Lumpur

Semua ALK, JAD, Kakitangan koperasi beserta pasangan masing-masing
turut hadir beberapa orang mantan ALK


Doa untuk Tn Hj Mohd Saleh

بِسْمِ اللهِ اْلرَّحْمنِ اْلرَّحِيْم.

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْن،

وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada pegawai yang kami raikan, Tn Hj Mohd saleh bin Jaafar. Moga baginya semasa bersara ini, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya Fatihal Barakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepada beliau dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai ALK. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai ALK, yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan KOJUPEM. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadikan pendorong untuk kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan berkoperasi.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya Qadhi al Hajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.


وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ،

وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...