Sunday, November 18, 2012

Al Fatihah Untuk Allahyarham Hj Azizam Abd Aziz (Ijam)



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

 “ INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN “
 “Sesungguhnya kita ini semuanya adalah milik Allah dan kepadanya nanti kita akan kembali “

Ijam telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pukul 6:00 petang semalam, kerana penyakit kenser tahap 4.


Photo: Moga Ijam tukar ke Wad yang ada penghawadingin ini akan lebih selesa dan mudah berwiret....kami terus berdoa agar cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan
Semasa pindah wad (tiga minggu lepas)


semasa dua bulan lebih yang lalau

semasa menghatar air Zam Zam, dua tahun yang lepas

cerita berkaitan di sini

Moga Allah mengampunkan segala dosa dosanya, masukan dia ke dalam gulungan orang orang yang soleh dan beriman, lapangkan kuburnya serta terangkan kuburnya dengan cahaya Syurga.

WASSALAM

Friday, November 16, 2012

Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H - PICC




بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Mewakili Kontigen Jabatan dalam Majlis Perhimpunan Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan Tahun 1434H, di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Pukul 6:30 pagi bertolak daripada pejabat menaiki bas jabatan.






  

Minat tengok jurukamera ni bekerja
senantiasa senyum dan beritumpuan pada tugasnya

Cuba mengayakannya


Firman Allah S.W.T.

“Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah untuk membela Islam dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik), mereka ditanya oleh malaikat dengan berkata: "Apakah yang kamu telah lakukan mengenai ugama kamu?" Mereka menjawab: "Kami dahulu adalah orang-orang yang tertindas di bumi". Malaikat bertanya lagi: "Tidakkah bumi Allah itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan bebas padanya?" Maka orang-orang yang sedemikian itu keadaannya, tempat akhir mereka ialah neraka jahanam, dan neraka jahanam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.” 

Al-Nisaa’ : 97


WASSALAM

Thursday, November 15, 2012

Salam Maal Hijrah 1434



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

STP semalam mengadakan Majlis Sambutan Tahun Baru 1434 Hijrah bermula pukul 6:15 petang, dengan bacaan Surah Yassin, bacaan Doa akhir tahun, solat Magrib dan Doa awal tahun.

Sambutan agak menggalakan, mungkin ramai yang sedang bercuti.







Sabda Rasulullah s.a.w.

“Hijrah tidak akan terputus sampai taubat terputus dan taubat tidak akan terputus sehingga matahari terbit dari barat.”

Hadis riwayat Abu Dawud


WASSALAM

Tuesday, November 13, 2012

Half Moon Restaurant, Serdang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Half Moon Restaurant ini dimiliki oleh rakyat Malaysia, Puan Suriati yang mana suaminya orang Yemen. Saya pernah serta senang berurusan dengan beliau semasa membuat tempahan nasi Arab sebanyak 112 bungkus untuk jamuan di pejabat saya. Janji pukul 11:00 pagi, pukul 10:30 pagi Puan Suriati menghubungi saya, bahawa pesanan telah siap untuk diambil.

Cuma berpeluang bercakap melalui telefon menanyakan pengalaman beliau yang saya angap telah berjaya. Beliaupun tidak lokek untuk menceritakan pengalamannya.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi
Puan Suriati 017-218 0495



Jalan SP 2/2, Persiaran Serdang Perdana, Serdang






Kabsah Chicken RM10.00

Kabsa Lamb RM14.00

Mandy Lamb RM18.00



Bukhari dan Muslim meriwayatkan; bahawa Aisyah berkata,


“Ada ketikanya dapur rumah kami tidak berasap selama sebulan. Yang ada (untuk dijadikan makanan) hanyalah buah tamar dan air. Melainkan kadangkala diberikan kepada kami sedikit daging”.




WASSALAM

Saturday, November 10, 2012

Walimah Aisha Wan Masoor



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Selamat Pengati Baru
Aisha Wan Mansoor dan Muhammad Nizar Sadaki
Di Flamingo Hotel, Kuala Lumpur


 Gudis daripada pengantin


 Dayang diatas usungan membawa nasi untuk pengantin





Ya Allah
Kami memohon restumu,
limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.






WASSALAM

Friday, November 9, 2012

Naik Pangkat KUP - Tahniah



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Seramai 9 orang Kakitangan SPgD dinaikkan pangkat KUP
Setelah bersepakat, jamuan kesyukuran telah diadakan pada hari selasa yang lepas. Menu kali ini nasi Arab bungkus daripada Restoran Half Moon, Persiaran Serdang Perdana.

Sungguh rasa senang berurusan dengan tauke Restoran Half Moon, Puan Suriati. Janji datang ambil pukul 11:00 pagi, pukul 10:30 dia telefon, bungkusan telah siap.


Ambil bungkusan di belakang kedai, sebab kedai buka pukul 12:00 tgh.

 Dikesempatan ini kami mengadakan Solat Hajat, untuk anak anak yang sedang menduduki SPM disamping hajat hajat yang lain.

Membaca Surah Yasin, dihadiahkan kepada kedua ibu bapa serta kawan kawan sepejabat yang telah mendahului kita.

 Doa selamat

Memeriahkan lagi majlis, menyambut hari ulang tahun kelahiran untuk kakitangan yang tarikh hari jadi pada bulan Oktober dan November.

 Sahrom, Hadafi, Noor Talib, Abd Razak

 Saidatul, Zahlela, Musaliza, Roslizaini

 Noriazira, Ermarena, Hafiza dan Haslinda


 Doa untuk mereka, moga terus berjaya di dunia dan di Akhirat


Firman Allah swt.


"Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredhaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya."

Surah Al-'Ankabuut 29 : 69



WASSALAM

Thursday, November 8, 2012

Tanda Apa Ni


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Semalam anak bongsu minta tolong ikatkan buku buku pinjaman


Terima kasih daun keladi


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

Akan lahir selepas aku beberapa pemimpin yang mementingkan diri sendiri dan yang melakukan perkara-perkara yang tidak disukai oleh kamu. Para Sahabat bertanya, Wahai Rasulullah apakah yang engkau hendak perintah dikalangan kami ini sekiranya terdapat perkara seperti itu? Baginda s.a.w. menjawab, hendaklah kamu menunaikan tanggungjawab kamu dan memohon kepada Allah segala hak-hak yang kamu perlukan.

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim


WASSALAM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...