Wednesday, December 26, 2012

Ayam Penyet Padang Jawa


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sempena ulang tahun kelahiran Abang Cik pada 18 Disember yang lepas. Kami sekeluarga meraikannya di Kedai Ayam Penyet Padang Jawa, Shah Alam. 

Sempena musim cuti ini dapatlah kami sekeluarga berkumpul dan makan beramai ramai disamping menghantar Kak Uda balik ke kolejnya.

Ayam Penyet, Semilang Penyet
RM4.50

Nasi layan diri

Sup layan diri

Air buah RM1.50

Selain daripada yang berkeluarga, mungkin pelajar-pelajar UiTM yang ramai datang ke sini

Moga Abang Cik menjadi anak yang soleh

Untuk menikmati nasi panas, ceduk nasi dan sup setelah lauk sampai

Lokasi: Daripada KL, persimpangan Seksyen 7, (ke kanan - I-City) pusing ke kiri - Padang Jawa. Melalui JPJ Selangor, Puspakom, persimpangan 4 (lampu isyarat), terus melalui jabatan (landasan keretapi), hujung jambatan, masuk simpang ke kanan, akan nampak kedainya.

Google Map disini
Kordinat GPS  3° 2’59.77″N, 101°29’21.73″


Firman Allah SWT yang bermaksud:

" Makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan"

(Surah al-A'raaf, 7:31).

Maksud berlebih-lebihan di sini ialah janganlah melampaui batas dalam mengambil makanan. Makanan perlu diambil berdasarkan keperluan tubuh badan dan di pastikan ianya adalah halal.

WASSALAM

17 comments:

  1. ssalamualaikum atuk....meriahnya ramai juga yg dtg mkn di sini kn...;)

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum Atuk,

    Wah bagusnya ada petunjuk nak ke sana. nampak lauknya byk, harga pun murah!
    Abang Cik lawalah..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya en.Atuk! Nak kena terjahlah ni!

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikom wbt Tuan Hj...ana pun ta pernah sampai kg jawa di shah alam ni...tapi pernah dengar kawasan ini.

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk

    bg sy ayam penyet di Waroeng Penyet kat The Curve sedap, lagi satu kat Maju Junction pon sedap...

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Atuk..

    Murahnya harga ayam penyet tu Atuk,dah ada map tu, nanti bolehlah ummi n famili jalan2 cari makan..

    ReplyDelete
  7. salam atuk

    teman nak meniaga juga tapi bukan ayam penyek
    ayam pangkung heheheheh

    ReplyDelete
  8. Tarikh hari lahir Abang Cik sama pulak dengan tarikh lahir makchaq rupanya..

    ReplyDelete
  9. dah lama saya tak ke area Pdg Jawa ni Atuk...tak tahu pula dah ada ayam penyet kat situ..:)

    ReplyDelete
  10. Murahnya makanan kat situ... Air buah Rm1.50 je...

    ReplyDelete
  11. Jujur, sampai harini saya belum pernah rasa Ayam Penyet. Belum pernah.

    Selamat Ulangtahun kelahiran Bang Cik. Semoga cemerlang dan sukses selalu.

    ReplyDelete
  12. salam tukk
    wahhh bestnya .. nasi ambil sendiri yee , nak makan banyak mana pun ok kan ;)

    alhamdulilllahhh ,makan ramai2 semuanya sedap kan tuk ...selamat ulang tahun bang cik ..ucap banyak kali ok kan ;))

    ReplyDelete
  13. Sy penah dok pdg jawa 2 thn tapi tatau ada restoran ini. Mungkin baru? Pdg jawa mmg syurga mknn. Barang2 basah pon murah. Kedai runcit acheh 24 jam pon ado..

    ReplyDelete
  14. the original taste.. belum dapat rasa lagi.. :D

    ReplyDelete
  15. ayam penyek biasa tgk tp semilang penyek tak pernah tgk...

    ReplyDelete
  16. as-salam atuk..murahnya ayam penyek tu..

    ReplyDelete
  17. ramai nya pelanggan dia..mesti sedap..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...