Thursday, December 13, 2012

Bangau Oh Bangau


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pandangan biasa burung bangau pemeliharaan Zoo Negara yang terbang bebas sekitar Zoo. Pengguna MRR2 biasa akan melihat bangau-bangau ini akan bertengek diatas tiang tiang lampu sekitar Zoo.

Petang semalam ternampak seekor burung bangau hinggap di atas atap rumah jiran. Harap harap dia akan panggil kawan kawannya lebih ramai di masa akan datang. Boleh dijadikan tarikan di taman kami.


Burung bangau mendapat tempat yang baik dalam masyarakat Melayu. Misalnya, terdapat lagu kanak-kanak Bangau oh bangau dan peribahasa "Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau".





Perbezaan Di antara Sedekah, Hadiah Pemberian dan ‘Athiyyah

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu.

Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt., maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa.
(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

WASSALAM

6 comments:

  1. Kat kedah skrg ....bangau byk kat sawah....cari ikan...

    ReplyDelete
  2. dulu saya masa kecik2 confident debat ngan abah cakap bangau tuh ada kaler pink.. rupanya tuh flaminggo.. ahakkkss~

    atuk, nnt kalo da byk bangau kat atas bumbung tuh boleh saya g area umah atuk pulak main2 ngan bangau.. jimat sket tayah masuk zoo.. hehehe~

    ReplyDelete
  3. kat rumah makchaq banyak tupai tanah, depa suka mai makan makanan kucing..

    bangau ni boleh dimakan rupanya.. makchaq baru tau..

    ReplyDelete
  4. tapi bangau zoo da xkerap nampak mcm dlu2...

    ReplyDelete
  5. Salam Jummat Atuk,

    Untunglah rumah dgn dgn zoo. Saya suka tgk bangau!

    ReplyDelete
  6. ehh pelik tu,bangau hinggap atas bumbung rumah...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...