Wednesday, May 22, 2013

Beijing 2013-10, Mao Zedong

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari kedua

Mao Zedong (26 Disember 1893 – 9 September 1976), juga dieja sebagai Mao Tse-Tung dalam transliterasi Wade-Giles, ialah seorang ahli teori Marxisme, askar, dan negarawan Cina, yang mengetuai revolusi komunis China selepas pendudukan asing dan perang saudara selama berdekad-dekad pada abad ke-20. 

Selepas kemenangan tentera Parti Komunis China terhadap Kuomintang nasionalis dalam Perang Saudara Cina, Mao mengumumkan pengasasan Republik Rakyat China pada 1 Oktober 1949 di Dataran Tiananmen, Beijing.


Mao mengejar cita-cita untuk menjadikan China sebagai sebuah negara yang kukuh dan makmur, dan berusaha untuk membina sebuah negara perindustrian yang moden serta untuk mengurangkan kemiskinan petani-petani yang merupakan sebahagian besar bilangan penduduk China. 

Bagaimanapun, keputusan rancangan-rancangan sosio-politik Mao yang utama membawa kecelakaan yang melumpuhkan perkembangan China dan menyebabkan kesusahan ekonomi, kerusuhan sosial dan kebuluran yang meluas. Antara rancangan-rancangan tersebut termasuk Kempen Anti Puak Kanan, Lompatan Agung ke Depan, dan Revolusi Kebudayaan.

Sehingga kematiannya, Mao mengekalkan kawalan Politburo Parti Komunis China serta Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China melalui kepintaran dalam politik dan pujaan tokoh yang memberikan beliau nama gelaran sebagai Jurumudi Agung dan Penyelamat China.


 Potret Mao Zedong turut digantung di Menara Tiananmen.

Dengan lakaran potret pemimpin komunis awal 1900-an, Mao Zedong yang tergantung di tengah-tengah menara itu, ia menjadi simbol pemodenan kepada rakyat China.

Sehingga tahun 1911 iaitu berakhirnya legasi kerajaan feudal di China, tiada sesiapa pun dibenarkan untuk memasuki menara tersebut kecuali keluarga diraja dan golongan bangsawan.





Mao Zedong meninggal dunia ketika berumur 82 tahun pada pukul 12.10 pagi, 9 September 1976 di Beijing. Beliau maut, akibat sklerosis lateral amiotrofik yang lebih dikenali sebagai Penyakit Lou Gehrig. Mao telah tidak sihat selama beberapa tahun, dan kesihatannya merosot dengan ketara beberapa bulan sebelum kematiannya. 
Mayatnya terletak di Dewan Besar Rakyat. Upacara memperingatinya diadakan di Dataran Tiananmen pada 18 September 1976. Suatu tafakur selama tiga minit diadakan sebagai penghormatan semasa upacara tersebut.

Mayatnya kemudian diletakkan dalam Bangunan Makam Mao Zedong, walaupun Mao ingin mayatnya dibakar dan merupakan salah satu daripada pegawai-pegawai berpangkat tinggi yang pertama untuk menandatangani "Cadangan bahawa Semua Mayat Pemimpin-pemimpin Pusat Dibakar Selepas Kematian" pada November 1956.


Kriteria Pemimpin Dalam Islam

Adil Kepada Semua Orang

“Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah biarpun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya ataupun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar belitkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.” 

(An-Nisa’: 135)

WASSALAM

5 comments:

  1. medan tiananmen..insyaallah akan smpi juga suatu hari nanti..

    ReplyDelete
  2. Ooohhh..TQ Atuk..saya dah belajar serba ringkas sejarah Mao Zedong hari ni ;)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Atuk..
    Dulu2 selalu juga dengar pasal Mao Zedong, tapi penerangan atuk cukup jelas hari ni.

    ReplyDelete
  4. Jauh berjalan luas pandangan...terima kasih berkongsi




    ReplyDelete
  5. nama mcm pernah dgr
    wah..sampai ke sana atuk jln..syoknye
    ske pemimpin yg adil spt dinyatakan dlm surah an nisa tu
    moga pemimpin kita jg sebegitu..adil kpd semua org

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...