Tuesday, May 7, 2013

Beijing 2013-2, Mohon Dipermudahkan Bermusafir

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pakej ke Beijing 7H 5M, bermula 26 April - 2 Mei 2013, kerjasama Koperasi Jabatan kami dengan Al-Mukminin Travel. Harga pakej RM2200.00 dengan penerbangan MAS. Musim bunga, suhu sekitar 11ºC hingga 25ºC.

Peserta daripada Koperasi seramai 40 orang, Al-Mukminin seramai 9 orang dan daripada satu kumpulan seramai 10 orang.

Berkumpul di KLIA pukul 9.00 malam dan penerbangan pukul 12.30 pagi, penerbangan dijangka selama 6 jam.

Memberi penerangan


Memohon doa


Pukul 3.30 pagi makan nasi lemak dalam kapal terbang



Ertinya: Ya Allah! Mudahkanlah kami bermusafir dan dekatkanlah kejauhannya. Ya Allah! Engkaulah menemani dalam pemergian dan Engkau pulalah yang melindungi keluarga.



Doa seorang musafir sampai ia kembali dari perjalanannya.

Seorang yang bermusafir dengan tujuan baik kerana Allah SWT samaada untuk menuntut ilmu, menziarahi saudara mara atau keluar rumah untuk mencari rezeki yang halal adalah perbuatan yang  dikasihi oleh Allah SWT dan diberi ganjaran pahala dan doanya makbul disisi Allah SWT. Kemuliaan yang Allah SWT berikan kepada seorang yang bermusafir sekiranya dia keputusan belanja maka wang zakat boleh diberikan kepadanya.

Dari Abu Hurairah r.a berkata, bahawasanya Rasulullah SAW  bersabda yang bermaksud :
"Ada tiga doa yang diterima oleh Allah secara langsung iaitu doa orang yang dianiaya, doa seorang musafir dan doa orang tua terhadap anaknya."

(Hadis Riwayat Turmudzi, Ahmad dan Abu Daud)





WASSALAM

5 comments:

  1. wahh seronoknyaaaaaaaaaa
    kalau saya ada peluang saya juga nak kesana .. ;)
    x sabar pula nak tgk pic2 seterusnya ;)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum Atuk..

    Ada terpandang gambar atuk and group kat fb Sarina Al mukminin.Nanti kongsi banyak2 gambar ye atuk.

    ReplyDelete
  3. Aina ingatkan atuk pergi umrah. Doa yang terbaik semoga perjalanan atuk mendpat berkat dan selamat pergi serta kembali.

    ReplyDelete
  4. Assalamu'alaikum wbt THR

    Bila nak update entri China?

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...