بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Mohon maaf terlebih dahulu kepada kawan-kawan blogger yang hadir menyerikan Majlis Walimah Anak Sulung saya tempohari yang tiada gambar-gambar kawan untuk dimuatkan dalam entry kali ini. Cuma ini antara gambar yang dapat saya siarkan.
Terima kasih yang tidak terhingga kepada kawan-kawan semua yang sudi meluangkan masa untuk kami sekeluarga.
Kehadiran anda semua cukup menyenangkan hati kami dan cukup seronok serta membuatkan majlis menjadi ceria.
Mohon maaf sekali lagi kerana kami sekeluarga tidak dapat melayan dengan sempurna.
Kak Zainab, Geng PDKM (Pengalaman Di Kota Mekah) tetamu yang pertama, Alhamdulillah, jauh tu, daripada Kuantan
Geng KKA (Kita-kita Aje)
Geng KKA
Pengunjung PHD yang setia
Geng Beijing bersama boss Al Mukminin Travel
Geng PDKM dan KKA
Saya mengucapkan ribuan terima kasih sekali lagi.
Yang paling saya suka sekali adalah kawan-kawan semua pandai mencari peluang sendiri mengabdikan gambar kenanggan dan di upload kan untuk kongsi bersama.
Pada hari itu memang berniat nak bergambar bersama dengan semua yang hadir, tapi tak kesampaian.
Doa untuk pengantin
“ Semoga Allah menghimpunkan yang terserak dari keduanya, memberkati mereka berdua dan kiranya Allah meningkatkan darjat keturunan mereka menjadi pembuka rahmat, sumber ilmu dan hikmah serta pemberi rasa aman bagi umat “
Doa Nabi Muhammad pada hari pernikahan puterinya Fatimah Azzahra dengan Ali bin Ali Talib
WASSALAM
Alhamdullilah..dah selesai majlis nya AtukBaik...
ReplyDeleteMoga berbahagia hingga ke jannah..Insya Allah
Alhamdulillah
DeleteAmen
Assalamualaikum atuk....alhamdullilah selesai sudah majlis moga jodoh pengantin kekal hingga hujung nyawa....tahun depan atuk akan jadi atuk sebenar pula yer......
ReplyDeleteWaalaikumusalam Mama
DeleteAlhamdulillah
Amen
Insyaallah
Alhamdulillah...saya pun tak sempat nak bergambar ramai tetamu waktu kami sampai.
ReplyDeleteAssalamualaikum..
ReplyDeletememang happening dapat berkumpul..dah mcm pertemuan blogger pulak..
kebanyakkan blogger ni pemalu orangnya..hehe
ReplyDelete