بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pertama kali mengadakan majlis walimah, pertama kali menerima menantu, pertama kali menerima kunjungan besan, pertama kali beramah mesra dengan para jemputan.
Disini sudah tentu ada kekurangan dalam semua perspektif.
Dengan itu terlebih dahulu saya serta keluarga memohon maaf
Saya sedia menerima teguran dan pandangan untuk penambahbaikan.
Poster mengalu-ngalukan kedatangan
Ruang untuk mengabdikan kenangan
Mempelawa serta mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada saudara mara, jiran tetangga, sahabat handai, kawan-kawan anak-anak dan kenalan semua serta pihak sebelah besan
wall of fame keluarga dan tetamu
Adik ipar yang tengah penat membantu tetap menceriakan majlis
Tepat pukul 12.30 tgh pengantin sampai
Menerima menantu cucu pertama
Sebahagian keluarga saya
Keluarga besan
Antara kawan-kawan anak-anak
Cuma sempat bergambar di luar dewan sahaja
Antara dua generasi
Alhamdulillah, Sykur kepada Allah
Majlis berjalan lancar
dan kelemahan adalah daripada saya sendiri
Ucapan yang paling baik untuk mempelai-mempelai yang baru mendirikan rumahtangga
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,
"Semoga berbahagia dan ramai anak."
Mendengar yang demikian Aqil berkata,
"Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian."
Mereka lalu bertanya,
"Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?"
Aqil menjawab,
"Katakan (Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu). Begitulah yang diperintahkan kepada kita)".
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu Beliau bertanya,
"Apakah ini?"
Abdul Rahman r.a. menjawab,
"saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma."
Rasulullah s.a.w. bersabda,
" (semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash"
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin,
Rasulullah s.a.w. akan berkata,
"(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)"
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
"Semoga berbahagia dan banyak anak."
Mana tidaknya, kehidupan pasangan yang diberkatiNya sudah tentu gembira dan bahagia. Sedangkan kehidupan pasangan yang gembira dan bahagia, belum tentu mendapat keberkatanNya.
Wallahu’alam.
WASSALAM
Salam En.Atuk,
ReplyDeleteMinta maaf byk2. Sy terlepas pandang dgn jemputan En.Atuk tempoh hari. Apapun, alhamdulillah semuanya selesai. Meriah gak majlis en.Atuk ni. Heheheheh...tumpang hepi!!!
Waalaikumusalam Fara
DeleteAlhamdulillah
Insyaallah jemput la yg akan datang nanti
As-Salam ATUK
ReplyDeleteSerba kuning Pasangan Pengantin..Semoga kehidupan mereka diberkati ALLAH S.W.T..
Waalaikumusalam Eye
Deleteamen
tumpang warna raja...
Assalamualaikum
ReplyDeletealhamdulillah majlis berjalan dengan lancar
tahniah buat atuk telah mendapat menantu sulung..
selamat pengantin baru buat mempelai..
semoga berbahagia higga ke akhir hayat...
ameen..
Waalaikumusalam Zura
DeleteAlhamdulillah
amen
Assalamualaikum Atuk...
ReplyDeleteAlhamdulillah, dah dapat menantu Atuk. Cantik tempat mengabadikan kenangan tu Atuk.
Untuk mempelai..
"Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan"
Tq Atuk atas perkongsian ilmu.
Waalaikumusalam Ummi
DeleteAlhamdulillah
Syukur
Amen
Maaf tak dapat hadir. Alhamdulliah majlis berjalan dengan lancar , semuga berbahagia sehingga ke hujung nyawa.
ReplyDeleteInsyaallah...hadir pd anak2 yg akan datang
DeleteAmenn
Salam Atuk
ReplyDeleteMaaf tak dapat hadir, hari yg sama makchaq rancang ke salak tinggi dulu sebab dekat dengan rumah, alih2 sesat di salak tinggi.. dah lambat sangat nak ke majlis Atuk..
Mak Chaq
DeleteInsyaallah anak2 yg lain pula
tahniah atuk,maaf tak dpt hadir majlis tu..ada rezeki nk dtg..suami saya kerja sabtu hari tersebut..
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteInsyaallah lain kali..
Barakallahulakuma wa jamaabainakuma khairan kathiran
ReplyDeletekena nyanyi lagu maher zain baru ingat hihi
Tahniah atas kehadiran org baru dalam keluarga...
Amen
DeleteAlhamdulillah
Hj Rozali,
ReplyDeleteTahniah kerana menerima menantu, mohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri ke majlis kenduri anak tuan tempohari
Alhamdulillah
DeleteInsyaallah...dimasa2 akan datang
tahniah atuk.. semakin bertambah family atuk..
ReplyDeletesemoga majlis mendapat keberkatan.. ameeennnn..
Alhamdulillah
DeleteAmennn
Alhamdulillah..meriah nampaknya majlis..maaf dee tak dapat hadir..selamat pengantin baru buat keduanya..selamat menerima menantu buat atuk..insyaallah tahun depan dapat cucu pula..hihihi..
ReplyDeleteAlhamdulillah
DeleteSyukur
Amen
tahniah atuk
ReplyDeletebeznye family pun makin berkembang
warna kuning diraja tuuu..cantik!
meriah je majlis tu..alhamdulillah
isi tabung nuffnang atuk sini-darlie
Alhamdulillah
Deleteterima kasih
tahniah atuk...
ReplyDelete