Bismilahirahmanirohim
Assalamualaikum
Dibelakang rumah, terdapat sekolah tempat anak saya belajar
antara longkang agak besar hingga ke pagar sekolah ada sedikit tanah lapang yang tidak disenggalakan oleh Majlis Perbandaran, jadi kami penduduk disini sukarela membersihkannya disamping menanam perbagai tanaman

dah 2 bulan tidak dibersihkan, rumput rumput dah tinggi menjulang

tempuh hari pergi menziarah anak di Jakarta, balik penat pula
ada masa lapang hujan pulak
hari tak hujan, masa pula tak ada (tanda akhir zaman, masa terlalu pantas)

biawak sempat lepak lagi, dia ingat tempat ni dah tiada tuan

biasanya kalau tak dicuci kawasan ni, nyamuk akan banyak
masa ada kelapangan sedikit dan hari pun nampak cantik
saya pun mula membersihkan kawasan ni
lakukan selepas waktu pejabat (dalam 30,50 minit je)
tak tahu berapa hari boleh siap
biasanya kalau rumput tinggi ni, 3, 4 hari baru bersih (orang lama le katakan)
Wassalam