Assalamualaikum
Cuti hari Jumaat ini yang diberi, atas kemenanggan pasukan Harimau Malaya dalam menjuarai AFF SUZUKI CUP 2010 dimenafaatkan untuk mencari perbagai kelengkapan untuk persedian anak-anak ke sekolah pada hari Isnin nanti. Dianggarkan RM300 ke RM400 lagi.

Gambar di atas, baru sebahagian kelengkapan kesekolah, yang dibeli pada petang semalam. Itu sahaja dah menjakau seratus lebih RMnya. Saya bayangkan bagaimana ibu bapa yang seorang pekebun kecil, pekerjaan kampung sahaja, nelayan atau penoreh getah (tak termasuk Kak Ngah...he he) untuk membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka. Tentu mereka merasa resah, tambah-tambah lagi bila sianak meminta-minta untuk dibelikan itu ini. Allahuakbar.
Bertapa Syukurnya saya, kerana Dia memberi sedikit kelebihan rezeki, dikurniakan anak-anak yang tidak meminta yang lebih daripada kemampuan ibu bapa mereka.
Pada hari pembukaan sekolah nanti, hendak disiapkan juga duit untuk juran sekolah, yuran PIBG dan perbagai yuran lagi. Tidak termasuk buku latihan...
Inilah sanario setiap awal tahun yang terpaksa dilalui
Wassalam