بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Pengalaman semasa musim Haji 2006, selipar yang dibawa daripada Malaysia, dibawa semula ke tanah air, Alhamdulillah
Oleh kerana agak jauh penginapan dengan Masjidil Haram (300 m), umrah kali ini saya memilih selipar yang lembut untuk menjaga kaki. Tapi bukan rezeki saya, hari yang keempat semasa hendak balik ke hotel, saya lihat hanya sarung kasut saya yang tinggal.
Untuk pulang ke hotel saya mencari selipar yang sebelah lain, sebelah lain, dan beli selipar yang biasa sahaja. Selipar yang saya pinjam tadi letak ke tempat asalnya.
Rezeki saya tak ada lagi selang beberapa hari, selipar dengan sarung kasut sekali hilang. Selepas itu setiap kali ke masjid saya bawa selipar masuk kedalam, dan letak berhampiran dengan tempat solat.
Semasa saya mencari cari selipar disekitar tempat rak kasut yang disediakan di luar pintu masuk. Saya perhatikan bukan saya sahaja yang kehilangan selipar, malah bilangannya yang agak ramai.
Hanya Allah sahaja yang tahu, sama ada kesilapan atau ada sendiket.
Tapi saya perhatikan, ada masanya, beberapa orang wanita berkulit hitam dan berjubah hitam ini menunggu di luar Dataran Masjidil Haram, sambil menjaja selipar
Diriwayatkan daripada Saidatina Aisyah r.a katanya:
Sesungguhnya kaum Quraisy merasa bingung dengan masalah seorang wanita dari kabilah Makhzumiah yang telah mencuri. Mereka berkata: Siapakah yang akan memberitahu masalah ini kepada Rasulullh s.a.w? Dengan serentak mereka menjawab: Kami rasa hanya Usamah sahaja yang berani memberitahunya, kerana dia adalah kekasih Rasulullah s.a.w. Maka Usamah pun pergilah untuk memberitahu kepada Rasulullah s.a.w,
lalu Rasulullah s.a.w bersabda:
Jadi maksud kamu semua ialah untuk memohon syafaat terhadap salah satu dari hukum Allah? Kemudian Baginda berdiri dan berkhutbah: Wahai manusia! Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya umat-umat sebelum daripada kamu ialah, apabila mereka mendapati ada orang mulia yang mencuri, mereka membiarkannya sahaja. Tetapi apabila mereka dapati orang lemah di antara mereka yang mencuri, mereka akan menjatuhkan hukuman ke atasnya. Demi Allah, sekiranya Saidatina Fatimah binti Muhammad yang mencuri, nescaya aku akan memotong tangannya.
Wassalam