Assalamualaikum
Alhamdulillah, saya sekeluarga dilapangkan oleh Allah untuk memenuhi undangan Hj Zainuddin (rakan bloger, Ayah Zain) dan Hjh Rohaya, meraikan walimatul urus anak mereka di Taman Ayer Molek Jaya, Melaka pada 29 Januari 2011

Kebetulan kami sampai seiring dengan mempelai pihak lelaki

Ya Allah, dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkan rahmat, jua keampunanMu kepada pengantin suami isteri, Ismail dan Nurulhamizah. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu, kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Kurniakan sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia serta bersama sama didalam Syurga Mu. Kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah. Serta Mendapat Syafaat daripada Junjungan Besar, Nabi Muhammad SAW.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Terpancar kerianggan di wajah Hj Ayah Zain dan Hjh Rohaya
apabila rakan bloger datang untuk menyerikan lagi majlis
mama ju, Ummi Humaira, support@safiudin.com,
serta Kak Sidah dan Datin Azlina (yang sempat saya temui)
semuanya bersama keluarga masing-masing

sepanjang majlis, didendangkan dengan alunan muzik secara live

Oleh kerana cuaca hujan tidak menentu, kami singgah di MITC sahaja
Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
“ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir "
Ar-Rum : Ayat 21
Wassalam