sambungan daripada entry sebelumnya
Ketika memasuki peringkat dewasa (kira-kira umur 40 tahun) nabi Muhammad merasa semakin tidak senang melihat kehidupan orang-orang Arab yang penuh dengan keburukan dan kemasiatan
Baginda mengambil keputusan mengasingkan diri dengan beribadat, berfikir dan mencarai kebenaran di Gua Hira' dibukit Nur. Baginda sering berada di sana terutama dalam bulan Ramadhan dengan membawa sedikit bekalan.
Pada hari Isnin 17 Ramadhan bersamaan 6 ogos 610M ketika tidur di dalam Gua Hira' datang Malaikat Jibril menyuruh nabi Muhammad membaca dengan berkata: bacalah! Sebanyak tiga kali. Setiap kali disuruh, nabi menjawab bahawa baginda tidak tahu membaca.
rujukan di sini
Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadith dari Sayyidatina 'Aishah r.a tentang bagaimana peristiwa penurunan wahyu yang pertama :-
Daripada 'Aisyah Ummil Mu'minin r.a dikhabarkan bahawa beliau telah berkata :
"Permulaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah SAW ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah Baginda bermimpi satu mimpi melainkan datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan (dikemukakan) kepadanya untuk berkhalwat berasingan diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira' lalu bertahannuth (beribadat) di dalamnya, iaitu beribadat di dalam masa beberapa malam.
Setelah itu Baginda kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannuthnya, kemudian Junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan sama seumpama itu juga hingga datanglah kepadanya kebenaran. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira' maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata, "Iqra'!(Bacalah)." Berkata Junjungan, "Ma Ana biqari' (aku tidak pandai membaca)." Bercerita Junjungan :
Kemudian Jibril mengambil (menarik) akan daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata,"Iqra'!", maka berkata aku, "Ma Ana biqari'." Kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya ketat-ketat kali yang kedua hinga terasa kepada aku kepayahan, kemuidan itu dilepaskan aku dan dia berkata, "Iqra'!", maka berkata aku, "Ma Ana biqari'." Setelah itu ia mengambil aku buat kali yang ketiganya lalu dipeluknya sungguh-sungguh hinga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku,
maka ia berkata :
"Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menjadikan, yang menjadikan manusia daripada darah, bacalah demi Tuhan engkau yang mulia."
(al-'Alaq : 1-3)
Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklah Baginda kepada Khadijah binti Khuwailid lalu berkata, "Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!" Maka diselimutkan Baginda hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata Baginda kepada Khadijah setelah menceritakan khabar itu, "Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku)."
Lalu Khadijah pun berkata kepada Baginda, "Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala."
rujukan di sini
Lorong menuju ke Gua Hira'
Tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri, berkhalwat, bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT.
muat untuk seorang lalu sahaja
sudah sampai ke kawasan Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri, berkhalwat, bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT.
tempat Nabi SAW berkhalwat
menunggu giliran solat sunat
keluar daripada Gua Hira'
di atas terdapat gerai gerai jualan
antara penghuni gua, 2-3 ekor kucing
menaiki bas semula untuk pulang ke hotel
Gua Hira' berukuran panjang 4 m dan lebarnya 1.75 m (drp pakcik google)

kalau diwaktu siang, tambah tambah lagi dimusim haji
keadaannya penuh sesak (drp pakcik google)
pengalaman kepayahan ini amat terlalu kecil untuk dibandingkan kesukaran Nabi kita semasa menyebarkan Islam di bumi Allah ini
Wassalam
Selamat Hari Raya Korban Atuk...
ReplyDelete***Tadi adik saya telah memulakan perjalanan membawa para jemaah yang sakit dengan ambulance ke Arafah.
Salam ckLah
ReplyDeleteSelamat Hari raya Qurban
moga Allah permudahkan urusan adik ckLah untuk kemudahan pra jemaah
terima kasih
Wassalam
salam atuk,
ReplyDeletesekejap tadi ada terima telepon dari CL...........baru 2 hari dia balik dari Makkah.......kakaknya Azilah sakit asthma ( tenat ).......jom sama2 kita panjatkan doa pada Allah,moga cepat semboh......tolong sebarkan pada kawan2 PdKM.......malam ni bonda akan buat majlis membaca Yassin di Rumah Anak2 Yatim....insyaallah
Wassalam.
huyo, rminya orng :D
ReplyDeleteslmt hari raya qurban atuk :D
Aslkm,
ReplyDeleteTkasih kerana gambar2 yg exclusive!
salam atuk
ReplyDeletesekarang dah mudah sikit psl dah ada tangga berbanding dulu
saya tempohari dipelawa oleh seorg ahli kelab fotograpi Makkah utk ke sana namun terpaksa menolakknya krn kesuntukkan masa
Waalaikumusalam Ayahanda
ReplyDeleteAlhamdulillah
kita telah doakan untuk kesejahteraan kakak CL
Insyaallah dgn doa ayahanda dan bonda serta anak2 yatim ....moga dia cepat sembuh dan dapat beramal dgn sempurna
terima kasih
Wassalam
Salam Saiazuan
ReplyDeleteramai macam tu selalunya waktu siang
Selamat hari raya juga untuk Saiazuan
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Mama Ju
ReplyDeletesama sama
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Pak Itam
ReplyDeleteada tangga mudah sikit, tapi tetap tercungap juga...he he
Insyaallah lain kali boleh pergi...
terima kasih
Wassalam
Assalam - tak pernah panjat ke gua ni. kalau naik jugak bimbang mengah dibuatnya - apa lagi kalau tak ada stamina...peristiwa ini mengingatkan kita bagaimana keadaan nabi berada di dalam gua ni...
ReplyDeletesaya naik Bukit Tursina pun nyaris2 tak kesampaian! tapi dik kekuatan ingat zaman nabi macamana susahnya - tu yang buat kuat semangat sampai ke atas.
selamat hari raya aidil-adha
Salam Diana
ReplyDeletenak keluar senang...sebab peloh dah banyak keluar...he he
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Cikgu Sonata
ReplyDeleteInsyaallah
kuat semagat
ingatkan Siti Khadijah
boleh sampai...
terima kasih
Wassalam
Minta maaf tanya ye. Betul ke kisah Siti Khadijah sampai ke gua Hira ni. Tak terjumpa pun dalam buku sejarah. Tolong quote rujukan. Yang ada Rasulullah (saw) bawa bekal sendiri.
DeleteAssalamualaikum Atuk..Selamat Aidiladha...
ReplyDeleteAlin bc entri ni bersma2 anak2 dan dorang seronok. sebab gua hira pernah diceritakan oleh ustazah. dan rasa best dpt tgk gua tu camner.
Amboi atu...possing maut nampak..hehehe
Waalaikumusalam Alin
ReplyDeleteAlhamdulillah
merasai bagai mana susah payah nabi kita dahulu...
terima kasih
Wassalam
Assalamualaikum 'Atuk'
ReplyDeleteAlhamdulillah dapat menjejak kaki ke Gua Hira'.
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA BUAT ATUK SEKELUARGA, SEMOGA DIBERKATI ALLAH SENTIASA.
sonokny ada pengalaman mcm tu..
ReplyDeleteslmt ari ry aji...
Waalaikumusalam Ummiross
ReplyDeleteAlhamdulillah
diberi kekuatan
harap keluarga ummi pun diberkati Allah jua
terima kasih
Wassalam
Salam Hayati
ReplyDeleteAlhamdulillah
Insyaallah Hayati pun boleh alaminya
terima kasih
Wassalam
SALAM AIDILADHA,
ReplyDeleteTKASIH ATAS PERKONGSIAN. TERINGIN SANGAT NAK MASUK KE GUA HIRA'
Waalaikumusalam LF
ReplyDeleteInsyaallah
saya doakan juga
terima kasih
Wassalam
Salam..
ReplyDeleteBertuahnya dpt menjadi tetamu di sana.. Saya tak sabar2 nak ke sana.. Skrg ni Ummi & Abah saya berada di tanah suci..
Waalaikumusalam BM
ReplyDeleteInsyaallah..akan menjadi tetamuNya nanti..elok semasa muda2 ni..
moga ummi n abah BM memperolehi haji yg mabrur
amin
terima kasih
Wassalam
Salam aidiladha
ReplyDeletesalam atuk..
ReplyDeletebetter pergi time x haji kan atuk.. xramai org..
Assalammualaikum Atuk,
ReplyDeletesubhanallah...seronok dpt tgk gambar kat dlm gua hira` tu...teringin juga nak masuk:)
Waalaikumusalam KAMATO
ReplyDeletesemoga amalan kita diterima oleh Allah
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Lady
ReplyDeleteitu yg lebih baik
agak selesa sedikit
terima kasih
Wassalam
Waalaikumusalam Nieza
ReplyDeleteelok pergi muda2 ni
banyak tempat lagi boleh kita ziarah
terima kasih
Wassalam
salam tuk
ReplyDeleteseronoknya
kenangan yg x akan dilupakan kan tok
selamat hari raya haji ..
Waalaikumusalam Ieda
ReplyDeletememang dah pasang nit drp tanah air lagi nak naik ke Gua Hira' tu
Alhamdulillah selamat....
menyeronokan dan insaf...
terima kasih
Wassalam