Wednesday, November 9, 2011

Kak Yang Memiliki Lesen Memandu Percubaan 'P'


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Kak Yang telah memperolehi lesen memandu percubaan 'P'. Setelah dua kali memduduki ujian memandu. Pertama kali cuma lulus ujian jalan raya sahaja dan kali keduanya lulus ujian parking


Balik ke kampung Wan dia semasa Hari Raya Aidil Adha tempuh hari, Kak Yang menampal 'P' kat kereta Abang Long dia




Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Empat perkara bakal mendatangkan kebahagiaan: isteri yang salihah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. Empat perkara yang mengundang kekacauan: isteri yang buruk akhlak, jiran yang jahat, kenderaan yang buruk dan rumah yang sempit."



Dr Yusuf al-Qardawi mengulas mengenai kemewahan, katanya:

"Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza."



Imam Fakhr al-Razi mengertikan kemewahan yang menjadi punca keruntuhan masyarakat ialah tabiat hidup yang sombong dengan kenikmatan yang dirasai.
(Tafsir Al-Kabir, 18/75)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam tetapi kehidupan mewah dan sombong adalah suatu cara hidup yang buruk dan dikeji.

rujuk disini


Wassalam

Tuesday, November 8, 2011

Qurban STP 1432H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, STP telah menunaikan ibadah Qurban pada tahun ini dengan selamatnya. Selepas solat sunah hari Raya Qurban, masing masing balik kerumah, menjamu selera mengikut sunah Nabi saw.

9:30 pagi para peserta qurban, AJK STP dan petugas petugas telah memenuhi kawasan surau. Kemudian lori membawa 9 ekor lembu pun sampai dan dikuti sebuah kereta Bomba (yang membantu STP setiap tahun).


cara kami menumbangkan lembu
ikat tali pada kaki belakang lembu
tali kat lehir lebu dibelit pada sebatang tiang besi
lori bergerak kedepan, sempotan lembu akan turun
tali yang terikat pada kaki belakang lebu diikat pada lori dan ditarik
dengan perlahan lahan lembu akan jatuh
setelah diikat kaki lembu depan dan belakang
baru proses penyembelihan dijalankan




cepat pembersihan darah dengan pancutan air pihak Bomba



mengunakan mesin pemotong untuk memotong tulang, cepat


terima kasih banyak banyak Anggota Bomba, membersihkan kawasan

daging, daging batang pinang, hati dan paru paru dibagi sediki seorang



Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi saw:

"Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".



Wassalam

Friday, November 4, 2011

Berada di Gua Hira'-Umrah 2011-33


sambungan daripada entry sebelumnya


Ketika memasuki peringkat dewasa (kira-kira umur 40 tahun) nabi Muhammad merasa semakin tidak senang melihat kehidupan orang-orang Arab yang penuh dengan keburukan dan kemasiatan
Baginda mengambil keputusan mengasingkan diri dengan beribadat, berfikir dan mencarai kebenaran di Gua Hira' dibukit Nur. Baginda sering berada di sana terutama dalam bulan Ramadhan dengan membawa sedikit bekalan.

Pada hari Isnin 17 Ramadhan bersamaan 6 ogos 610M ketika tidur di dalam Gua Hira' datang Malaikat Jibril menyuruh nabi Muhammad membaca dengan berkata: bacalah! Sebanyak tiga kali. Setiap kali disuruh, nabi menjawab bahawa baginda tidak tahu membaca.

rujukan di sini



Imam Bukhari telah meriwayatkan satu hadith dari Sayyidatina 'Aishah r.a tentang bagaimana peristiwa penurunan wahyu yang pertama :-

Daripada 'Aisyah Ummil Mu'minin r.a dikhabarkan bahawa beliau telah berkata :
"Permulaan wahyu yang dimulakan kepada Rasulullah SAW ialah mimpi yang baik lagi benar di dalam tidur, maka tiadalah Baginda bermimpi satu mimpi melainkan datanglah mimpi itu seperti cahaya subuh. Kemudian disukakan (dikemukakan) kepadanya untuk berkhalwat berasingan diri. Junjungan berkhalwat di Gua Hira' lalu bertahannuth (beribadat) di dalamnya, iaitu beribadat di dalam masa beberapa malam.

Setelah itu Baginda kembali kepada ahlinya dan berbekalan untuk menyambung tahannuthnya, kemudian Junjungan kembali lagi kepada Khadijah dan berbekalan sama seumpama itu juga hingga datanglah kepadanya kebenaran. Sewaktu Baginda di dalam Gua Hira' maka datang kepadanya Malaikat, lalu ia berkata, "Iqra'!(Bacalah)." Berkata Junjungan, "Ma Ana biqari' (aku tidak pandai membaca)." Bercerita Junjungan :

Kemudian Jibril mengambil (menarik) akan daku maka dipeluknya kuat-kuat hingga terasa kepadaku kesungguhannya kemudian dilepaskan aku, lalu ia berkata,"Iqra'!", maka berkata aku, "Ma Ana biqari'." Kemudian diambilnya aku lalu dipeluknya ketat-ketat kali yang kedua hinga terasa kepada aku kepayahan, kemuidan itu dilepaskan aku dan dia berkata, "Iqra'!", maka berkata aku, "Ma Ana biqari'." Setelah itu ia mengambil aku buat kali yang ketiganya lalu dipeluknya sungguh-sungguh hinga terasa aku eratnya kemudian dilepaskannya aku,

maka ia berkata :
"Bacalah dengan nama Tuhan engkau yang menjadikan, yang menjadikan manusia daripada darah, bacalah demi Tuhan engkau yang mulia."
(al-'Alaq : 1-3)

Pulanglah Baginda dengan ayat-ayat itu dan hatinya gementar, lalu masuklah Baginda kepada Khadijah binti Khuwailid lalu berkata, "Selimutkanlah aku! Selimutkanlah aku!" Maka diselimutkan Baginda hingga hilang daripadanya rasa ketakutan kemudian berkata Baginda kepada Khadijah setelah menceritakan khabar itu, "Sesungguhnya aku takut (ke atas diriku)."

Lalu Khadijah pun berkata kepada Baginda, "Tidak sekali! Demi Allah, tiada dihinakan engkau selamanya kerana engkau sebenarnya mempunyai rahim (kasih sayang), dan engkau memikul bebanan dan engkau berusaha terhadap orang yang tiada (orang susah) dan engkau menjamu tetamu dan engkau menolong atas menolak bala."

rujukan di sini



Lorong menuju ke Gua Hira'
Tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri, berkhalwat, bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT.

muat untuk seorang lalu sahaja




sudah sampai ke kawasan Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri, berkhalwat, bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT.


tempat Nabi SAW berkhalwat


menunggu giliran solat sunat

keluar daripada Gua Hira'

kena mendaki semula lebih kurang 5 meter


di atas terdapat gerai gerai jualan


antara penghuni gua, 2-3 ekor kucing

menaiki bas semula untuk pulang ke hotel

Gua Hira' berukuran panjang 4 m dan lebarnya 1.75 m (drp pakcik google)

kalau diwaktu siang, tambah tambah lagi dimusim haji
keadaannya penuh sesak (drp pakcik google)


pengalaman kepayahan ini amat terlalu kecil untuk dibandingkan kesukaran Nabi kita semasa menyebarkan Islam di bumi Allah ini


Wassalam

Wednesday, November 2, 2011

Mendaki Jabar Nur-Gua Hira'-Umrah 2011-32

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم

السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Gua Hira' adalah tempat Nabi Muhammad SAW selalu menyendiri dan bermunajat selain bertahannuth dan bertaqarrub kepada Allah SWT. Baginda juga selalu ke situ bagi menghindari masyarakat Arab Jahiliyah yang pada saat itu masih belum beriman kepada Allah dan sering melakukan maksiat dan dosa-dosa besar.


Umrah kali ini berkesempatan menrziarah ke Gua Hira' di Jabal Nur. Gua tempat Rasulullah SAW menerima wahyu untuk pertamakalinya dari Allah SWT melalui Malaikat Jibril, ia itu surah Al Alaq.


Tujuan kami adalah ingin merasakan seberapa berat perjalanan Rasulullah ke puncak gunung itu, serta isterinya Siti Khadijah menghantarkan makan untuk suaminya.


Letak Jabal Nur sekitar 6-5 kilometer sebelah utara kota Mekah. Kami berangkat setelah selesai solat Insyak dan makan malam. Ini antara lain untuk mengelak daripada panas terik matahari dan situasi yang semakin siang biasanya semakin ramai peziarah dari Pakistan dan Turki

Untuk mencapai tempat berkhlwatnya (mengasingkan diri) Rasululah SAW tersebut, yang pasti diperlukan sikap optimis dan keyakinan diri untuk sampai ke puncak. Ketinggian Gua Hira lebih kurang 755 miter dari kaki atau dataran terendah di sekitar Jabal Nur.

Perlu memakai kasut yang sesuai dan belakalan air minuman yang secukupnya.


permulaan mendaki

atas kepala kelihatan jam tinggi di Masjidil Haram

sudah terasa mengahnya, tapi masih ada 385 miter lagi

pondok rehat yang disediakan

naik berbelas anak tangga berhenti sekejap dan rehat

kelihatan bandar di kaki bukit, nampak sayup ajer

adoii hai.. jauh lagi

pendakian semakin sukar

kata ustaz yang mengiringi kami, tangga dan pagar pemegang itu dibuat oleh orang orang Turki


muka masing masing dah merah...

kebersihan tidak diutamakan
walaupun ada papan tanda memohon menjaga kebersihan

30 miter lagi

banyak terdapat pondok pondok

boleh kelihatan Masjidil Haram

melepaskan keletihan....25 miter lagi

Untuk mencapai gua Hira', peziarah harus turun sedikit dari puncak gunung, sekitar 5 meter saja. Namun, keadaannya agak sukar, kerana harus melalui batu-batu besar.

pintu untuk ke Gua Hira'

lorong untuk masuk kedalam

setelah sejam mendaki, kami kumpulan pertama malam itu sampai ksini.
Alhamdulillah

Sebenarnya, pemerintah Arab Saudi tidak menganjurkan para peziarah untuk mendaki gunung ini. Ini terlihat pada papan pengumuman pemerintah Arab Saudi di jalan masuk menuju gunung. Imbauan ini ditulis dalam beberapa bahasa termasuk bahasa Indonesia. “Saudara kaum muslim yang berbahagia: Nabi Muhammad SAW tidak menganjurkan kita untuk naik ke atas gunung ini, begitu pula salat, mengusap batunya, mengikat pohon-pohonnya, dan mengambil tanah, batu, dan pohonnya. Dan kebaikan adalah dengan mengikuti sunah Nabi SAW, maka janganlah Anda menyalahinya”.


Meski ada larangan ini, namun peziarah tidak mempedulikannya. Bahkan, Apabila musim haji semakin dekat, maka Jabal Nur ini akan semakin ramai diserbu oleh para peziarah.


Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...