Monday, December 17, 2012

Ahmed Ayesh Annajjar Wakil Gaza Datang ke STP


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada malam Jumaat yang lepas STP telah menjemput wakil daripada Gaza, Ahmed Ayesh Annajjar, Timbalan Ketua Pengarah bagi urusan Intenasional pada Perdana Menteri Palestine. Beliau menceritakan suasana di Gaza.

Ustaz Redzuan Md Nor dan Zua (Kupulan XPDC) turut sama dalam program ini 

Kedatangan Ahmed Ayesh Annajjar atas jemputan Muslim Care Malaysia

Walaupun pelbagai rintangan dihadapai untuk sampai ke sempadan Rafah, pasukan Misi ke Gaza anjuran Muslim Care Malaysia berjaya memasuki Gaza bagi menghantar bantuan sempena Ramadhan pada 28 Ogos 2011.

Anggota misi bergambar selepas menyediakan makmal komputer di sebuah sekolah menengah di Khan Younis

Photo: This Is GAZA || Do you think that this boy is a Terrorist .. ??



Daripada Abu Sa’id al Khudri RA, beliau berkata : Rasulullah SAW pernah bersabda :

“Kamu akan mengikut jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga jikalau mereka masuk ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka”. Sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang engkau maksudkan?” Nabi SAW menjawab : “Siapa lagi kalau bukan mereka?”

(Riwayat Muslim)


Daripada hadis ini, Rasulullah SAW memberitahu bahawa di akhir zaman nanti, umat Islam akan mengikut jejak langkah, cara hidup, perundangan dan sebagainya daripada Yahudi dan Nasrani. Sehinggalah apabila orang Yahudi dan Nasrani memasuki lubang biawak yang sempit dan kotor pun akan diikuti oleh orang Islam di akhir zaman. Ini disebabkan mereka menafikan al Quran, sebagai perundangan di dalam sesebuah negara.



WASSALAM

Friday, December 14, 2012

Batuk dan Rawatannya



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Mencari ubat batuk yang serasi
Kawan kawan serasi ubat batuk cap apa?


Pengenalan
Batuk adalah tindakbalas semulajadi untuk menyingkirkan bendasing dan kuman di mana ia dapat membantu menghalang salur pernafasan daripada terkena sebarang jangkitan dan memasuki paru-paru yang boleh menyebabkan penyakit yang serius seperti radang paru-paru (pneumonia). Tindakbalas ini akan menghasilkan lendir atau kahak.

Sebab-sebab batuk

  • Penyakit yang berkaitan dengan virus seperti selesema, influenza
  • Jangkitan pada salur pernafasan (bronchitis, sinusitis) atau paru-paru (pneumonia, tuberculosis)
  • AlahanAsma
  • Merokok
  • Penyakit paru-paru seperti chronic obstructive pulmonary disease (COPD)
  • Terdedah kepada habuk, asap dan bahan kimia di tempat kerja
  • Asid dari perut naik semula ke esofagus, yang dipanggil gastroesophageal reflux disease (GERD)
  • Rembesan cecair ke dalam tekak (postnatal drip syndrome)
  • Tekanan
  • Ubat yang dipanggil ACE inhibitors (Penghalang Enzim Penukar Angiotensin) yang digunakan untuk mengawal tekanan darah tinggi.

Rawatan
  • Kebanyakan batuk tidak berbahaya.
  • Rawatan di rumah membolehkan korang berasa lebih selesa. Minum lebih banyak air untuk mengelakkan kahak yang banyak.
  • Madu yang dicampur dengan air panas, teh dan jus lemon sesuai untuk batuk yang kering dan kerap.
  • Cuba kunyah gula-gula ubat batuk untuk menyejukkan tekak. Kebanyakan gula-gula ubat batuk ini tidak memberi kesan untuk mengurangkan batuk.
  • Berhenti merokok
  • Elakkan terdedah kepada asap, habuk dan pencemaran. Pakai topeng muka sekiranya perlu
  • Penyediaan ubat batuk boleh membantu menghilangkan batuk. Terdapat dua jenis ubat batuk iaitu expectorants yang mana ia membantu mengeluarkan kahak dan suppressants untuk melegakan batuk dan ia sesuai untuk batuk yang kering.

Bila korang perlu berjumpa doktor?
  • Batuk yang mengeluarkan darah
  • Baru pulang dari perjalanan luar negara
  • Batuk berterusan lebih daripada dua minggu
  • Semput / sesak nafas, sakit dada
  • Demam yang berpanjangan
  • Mengandung
  • Bintik / tompokan darah di bawah kulit (petechiae)
  • Sakit atau bengkak pada sendi (tulang-temulang)
  • Keluar lendir dan luka pada bahagian kemaluan

Pencegahan
  • Amalkan tabiat kebersihan yang baik
  • Minum banyak air
  • Tangani tekanan dengan baik
  • Elakkan berada berhampiran dengan orang yang terkena batuk dan selesema
  • Jangan merokok dan elakkan terdedah kepada asap rokok
  • Dapatkan suntikan influenza bila diperlukan
  • Dapatkan rawatan yang sewajarnya sekiranya korang menghidap asma dan penyakit paru-paru (COPD)

Soalan Lazim

Adakah benar ubat batuk berbentuk sirap yang mahal lebih baik daripada gula-gula ubat batuk?
  • Tidak. Adalah lebih baik untuk mengambil langkah berjaga-jaga seperti meminum lebih banyak air.

Adakah kombinasi pelbagai jenis ubat batuk dapat membantu mengurangkan tanda-tanda berlakunya selesema?
  • Tidak. Adalah bahaya mengambil terlalu banyak ubat batuk kerana ia dapat menyebabkan korang mengantuk / lali.

Perlukah antibiotik diberikan kepada semua pesakit yang mengalami batuk dan selesema?
  • Tidak. Kebanyakan masalah ini adalah disebabkan oleh jangkitan virus di mana ia akan hilang dengan sendirinya.

Sumber daripada sini

WASSALAM

Thursday, December 13, 2012

Bangau Oh Bangau


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pandangan biasa burung bangau pemeliharaan Zoo Negara yang terbang bebas sekitar Zoo. Pengguna MRR2 biasa akan melihat bangau-bangau ini akan bertengek diatas tiang tiang lampu sekitar Zoo.

Petang semalam ternampak seekor burung bangau hinggap di atas atap rumah jiran. Harap harap dia akan panggil kawan kawannya lebih ramai di masa akan datang. Boleh dijadikan tarikan di taman kami.


Burung bangau mendapat tempat yang baik dalam masyarakat Melayu. Misalnya, terdapat lagu kanak-kanak Bangau oh bangau dan peribahasa "Setinggi-tinggi terbang bangau, akhirnya hinggap di belakang kerbau".





Perbezaan Di antara Sedekah, Hadiah Pemberian dan ‘Athiyyah

Pemberian itu merangkumi sedekah, hadiah dan ‘athiyyah yang mempunyai definisi atau maksud yang hampir sama, cuma yang membezakannya ialah tujuan si pemberi ketika menyampaikan pemberiannya itu.

Jika pemberian itu dimaksudkan sebagai satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah swt., maka ia adalah sedekah, jika ia dimaksudkan sebagai satu penghargaan, tanda kasih sayang atau pujian, maka ia disebut sebagai hadiah dan jika sebaliknya maka ia hanyalah satu pemberian biasa.
(Al-Mausu‘ah Al-Fiqhiyah: 26/324)

WASSALAM

Wednesday, December 12, 2012

Pulut Durian



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Orang memberi, kita merasa
semalam kawan sepejabat memanjangkan sedekah atau sumbangan daripada kebun durian keluarganya.
Saya doakan agar kebun keluarganya bertambah lebat buah buahnya di musim akan datang.

Pulut durian ni menu orang Perak dan mungkin ada juga di negeri negeri lain. Masa kecil kecil dulu bila musim durian, ini lah yang selalu jadi menu utama.


Bahan bahan untuk membuat pulut durian
Durian, pulut, santan mentah, garam dan gula (gula pasir atau gula kabung)

 Asingkan durian dengan isinya dan gaul semua bahan

Enak dirasa, hingga menjilat jari
Kalau gunakan sudu, jilat sudu la...he he

kita orang dah buat durian crepe terlebih dahulu.....



Mengikut riwayat oleh Bukhari dan Muslim, Aisyah berkata,

” Keluarga nabi tidak pernah kenyang dengan memakan roti gandum dua hari berturut-turut dan (pada hari mereka tidak memperolehi roti) mereka memakan tamar”.



WASSALAM

Tuesday, December 11, 2012

Cuci Mata di SOGO


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Tengahari tadi pergi ke SOGO untuk melengkapkan bilangan langkah sebagai senaman yang paling senang. Disamping cuci mata atau persedian untuk manfaatkan bonus yang akan diterima ...he he

Dekorasinya dah berubah...lebih menarik



Allah memberikan rahmat dan nikmat banyak kepada manusia supaya bersyukur dengannya. Ia juga supaya manusia menggunakannya untuk maksud kebaikan, manfaat dan kesejahteraan.

Sifat lupa dan lalai manusia menyebabkan kelupaan manusia untuk bersyukur atau rahmat dan nikmat tidak dimanfaatkan dengan betul. Akhirnya, menjadi punca musibah diri dan kehidupan.

Mutiara: Prof. Dr. Sidek Baba



WASSALAM

Monday, December 10, 2012

Tahnik dan Cukur Jambul



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi semalam menghadiri Majlis Tahnik dan Cukur Jambul cucu jiran. Suasana meriah dengan adanya Kumpulan Marhaban dihadapan baby di dalam buaiyan yang dihiasi indah.

Dalam hati mula mengira-ngira bajet yang diperlukan untuk majlis itu. Saya anggarkan 5 ke 6 ribu ringgit juga.

Moga cucu jiran ini menjadi anak yang soleh






Mencukur rambut bayi adalah sesuatu yang disunatkan oleh Islam.

Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Setiap bayi tergadai dengan akikahnya, disembelih untuknya pada hari ketujuh, dicukur rambutnya dan diberi nama.”
[Shahih Sunan Abu Daud, no: 2838]

Tujuan mencukur rambut adalah untuk membersihkan selaput kepalanya dan agar rambut yang baru lagi sihat dapat tumbuh. Oleh kerana itulah dalam riwayat yang lain, mencukur rambut juga disebut sebagai “bersihkan kotoran”,

Sabda Rasulullah saw.
“Bersama seorang anak satu akikah, maka tumpahkan untuknya darah (yakni sembelihan akikah) dan bersihkan kotorannya (yakni mencukur rambut).”
[Shahih al-Bukhari, no: 5472, Fath al-Bari, jld. 27, ms. 24]

Mencukur rambut disunatkan ke atas bayi lelaki dan perempuan, dan sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahirannya.

Malang sekali, ramai ibubapa masa kini yang menyayangi bayi mereka dengan cara yang salah, mereka menyayangi rambut bayi mereka sehingga membelakangkan anugerah pahala dan rahmat daripada Allah s.w.t.. Justeru mereka menggantikan suruhan mencukur rambut bayi yang sunat hukumnya kepada majlis cukur jambul.

Mencukur jambul bayi hukumnya makruh, kerana ia sejenis “qaza” yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w. [Shahih al-Bukhari, no: 5920] “Qaza” ialah mencukur sebahagian rambut di mana-mana bahagian kepala sementara di bahagian lain rambut dibiarkan [Fath al-Bari, jld. 28, ms. 832]. “Qaza” dilarang kerana ia mencacatkan  kepala seseorang – termasuk kepala bayi – dan ia menyerupai fesyen sebahagian orang bukan Islam.

Sekalipun hukumnya makruh, mana-mana ibubapa yang beriman kepada Allah lagi mengharapkan keredhaan-Nya akan berusaha menjauhi sesuatu yang dilarang oleh Rasulullah s.a.w.. Selain itu ada juga ibubapa yang sekadar menggunting beberapa helai rambut bayi. Praktik ini tidak memiliki apa-apa manfaat sama ada dari sudut agama mahu pun selainnya.

Adapun melaksanakan majlis sempena cukur jambul, maka yang sepatutnya dilaksanakan ialah majlis akikah. Majlis akikah membuktikan kesyukuran kepada Allah atas bayi yang dianugerahkan-Nya, pengumuman kepada jiran-jiran akan kelahiran anak yang baru dan persediaan awal bahawa bayi itu akan dididik menjadi hamba yang berkorban untuk kebaikan agama dan umat.

Majlis akikah dengan sendirinya adalah satu bentuk ibadah, maka ia tidak perlu diubah-suai dengan ibadah-ibadah lain seperti membaca surah Yasin, zikir-zikir, doa selamat dan sebagainya. Walaubagaimanapun majlis akikah hukumnya sunat, maka mana-mana ibubapa yang tidak mampu tidak dituntut melaksanakannya.

Sumber : HafizFirdaus



WASSALAM

Wednesday, December 5, 2012

Pemanggang Ajaib


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Kawan sepejabat tolong belikan pemanggang ajaib ni dengan harga ahli, RM98.00. Tujuan untuk mengelakkan membakar kayu arang dan aroma bau panggangan tu nanti dihidu oleh jiran.





Setelah mencuba pemanggang ini, memang senang dan mudah, cuma aroma panggang dengan kayu arang yang tiada.


Baginda SAW mengamalkan minum air sejuk yang bercampur sedikit madu setiap pagi. Ia menghindar daripada segala penyakit.

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya ada ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Rabb) bagi orang yang memikirkan”

(An-Nahl: 68-69)


WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...