بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Foot Massage di Pusat Perubatan Tradisional China
Kami dibawa ke sebuah bilik yang tersedia kusyen empuk. Datang seorang Tabib yang fasih berbahasa Indonesia mengalu alukan kedatangan kami. Dia mohon buka kasut dan stokin dan memberi penerangan mengenai pelbagai penyakit dan pelbagai ubatan tradisional China.
Sementara itu datang tukang urut lelaki dan perempuan membawa besen yang berisi air panas berherba. Pelan pelan merendam kan kaki. Warna air tu macam air teh.
Setelah 6-7 minit, mereka mengurut kaki. Tapi alah hai....mereka pegang pegang begitu ajer. Sambil itu mereka berkempen suruh beli minyak panas sebotol 100 yuan (RM50.00). Tak beli, masih boleh bertahan.
Lepas tu datang pulak doktor China (yg langsung tak reti cakap inggeris) disamping seorang pembantu berbangsa Indonesia dan pegang tapak tangan kita untuk 30 saat. Pastu terus bagitau segala penyakit kronik yang ada dalam badan kita, memang handal betul doktor mereka ni, tak sampai seminit, dah boleh diagnos penyakit kritikal.
Kemudian doktor itu mengajak kami ke satu bilik khas untuk perbincangan sekiranya mahukan perkhidmatan (macam paksa juga la), tapi saya dan isteri menolak, alasannya saya ada penyakit alerjik, doktor di Malaysia tidak benarkan mengambil ubat sebarangan, selamat kami.
Sesiapa yang mengikut pelawaannya untuk masuk ke bilik perbincangan, ada yang menceritakan kena beli ubat 1000 - 4000 yuan. Ada juga seorang dua yang terkena, selalunya warga emas yang mudah terperdaya.
Saya terfikir, adakah kerajaan mereka membenarkan/menggalakan cara kurang sihat begini.
Sebelum pergi ke Beijing ini, ada juga membaca daripada blog2 dan dengar kawan kawan yang dah pergi, menceritakan tempat urut ini adalah tipu semata mata/dipaksa membeli, extreme dan minta tips.
Pusat Perubatan Tradisional China yang kami singgah
Kerusi kerusi utama semasa pembukaan sukan Olimpik di Beijing
Banyak diletakkan gambar gambar pemimpin dunia
Rendam kaki dengan air herba
Urut sambil promosi ubat
Doktor China yang amat pakar, melihat tapak tangan, kurang daripada 1 minit dah tahu banyak penyakit kronik disamping juru bahasanya.
Kriteria Pemimpin Dalam Islam
Teguh Pendirian, Tegar dan Sabar Dalam Menghadapi Ujian
“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar, sebagaimana diperintahkan kepadamu dan (juga) orang yang telah taubat beserta kamu dan janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya Dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.”
(Huud: 112)
“Maka bersabarlah kamu seperti orang-orang yang mempunyai keteguhan hati dari Rasul-Rasul telah bersabar.”
(Al-Ahqaf: 35)
WASSALAM













































