Monday, September 9, 2013

Hospital Integrasi

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Salah satu usaha kerajaan untuk menggabungkan Perubatan Tradisional dengan menubuhkan Hospital Integrasi dan memperkenalkan kepada orang awam, salah satunya mengadakan pameran seperti ini. Saya mendapat penerangan daripada kakitangan hospital itu di sebuah Klinik Kerajaan.


Hospital Integrasi

Pada 11 Januari 2006 Kabinet Malaysia telah meluluskan penubuhan program perubatan integrasi yang bertujuan menggabungkan Perubatan Tradisional dan Komplementari (PT&K) terpilih dengan perubatan moden. Sebanyak tiga buah hospital telah dipilih dalam projek perintis fasa pertama. Sehingga bulan Disember 2011, 10 buah hospital telah berjaya menggabungkan amalan perubatan tradisional dan komplementari dengan system penjagaan kesihatan moden. Kini, terdapat lima jenis amalan PT&K yang ditawarkan seperti berikut:


1)      Urut Tradisional Melayu untuk kesakitan kronik dan angin ahmar

2)      Akupunktur untuk kesakitan kronik dan angin ahmar

3)      Rawatan herba sebagai rawatan samping penyakit kanser

4)      Urut Tradisional Melayu Selepas Bersalin

5)      Perkhidmatan Shirodhara


Latar Belakang

Sejak abad yang lalu, perubatan tradisional telah memainkan peranan yang utama dalam memberikan penjagaan kesihatan kepada manusia. Perubatan tradisional dan komplementari (PT&K) telah menjadi semakin terkenal di kalangan masyarakat bagi tujuan penyembuhan penyakit dan penjagaan kesihatan. Kerajaan Malaysia berusaha dengan sungguh untuk membangunkan bidang ini memandangkan negara kita kaya dengan sumber asli untuk dibangunkan menjadi produk kesihatan.

Perubatan tradisional dan komplementari boleh menjadi komponen yang penting dalam sistem penjagaan kesihatan negara ini agar ianya meningkatkan tahap kesihatan dan kualiti hidup rakyat Malaysia seiring dengan perubatan moden.




KOD ETIKA

1  Para Pengamal Hendaklah Sentiasa Menjaga Kesopanan Dalam Hubungan Mereka Dengan Pesakit, Orang Awam Dan Juga Ahli-Ahli Badan Pengamal Yang Lain.
2  Pengamal Hendaklah Sentiasa Mematuhi Kod-Kod Pengiklanan Yang Telah Ditetapkan .
3  Pengamal Tidak Dibenarkan Memberi Sebarang Kursus Pendidikan Dan Latihan Dalam Perubatan Tradisional Dan Komplementari (PTK) Tanpa Mendapat Kebenaran Dari Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari (BPTK), Kementerian Kesihatan Malaysia.
4  Pengamal Dikehendaki Mematuhi Kod-Kod Amalan Dalam Setiap Aktiviti Profesional Mereka.
5  Pengamal Yang Melanggar Peraturan Dalam Kod Etika Boleh Dikenakan Tindakan Tatatertib.

maklumat lanjut layari di sini


Nabi s.a.w. juga pernah memnyarankan kepada mana-mana dikalangan sahabatnya untuk mencarikan doktor untuk merawat penyakit.


“Mana satu antara kamu berdua yang lebih baik perawatannya? 
Maka kedua-dua sahabat tadi bertanya kepada Rasulullah : Dalam perubatan itu ada kebaikankah wahai Rasulullah? 

Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda : 
Telah diturunkan penyakit yang diturunkannya juga ubat (perawatannya)”. 

(Hadis Riwayat Imam Malik bin Anas)


WASSALAM

3 comments:

  1. salam tuk
    memang bagus kalau ada di setiap negeri macam nie .. kadang2 org tua2 x nak dah makan ubat kg tapi lebih suka berubat tradisional macam nie ;)

    ReplyDelete
  2. salam atuk..

    eh bagusnya ada pusat yg mcm ni..mmg setuju sangat kalau diperluaskan..usaha yg baik dan bermanfaat..

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap saya, hanya di HKL & Hosp Putrajaya sahaja buat masa ini kan yg ada konsep ni? Moga diperluaskan lagi...Byk manfaat nya

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...