Monday, September 23, 2013

Melawat Bapa Saudara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang semalam melawat bapa saudara (abang kepada emak) di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya. Beliau dimasukan ke wad kerana menghidapi angin ahmar.

Moga Pakcik Saleh cepat sembuh supaya dapat beramal dengan lebih sempurna


Dari Auf bin Malik al-Asyja’i ia berkata, aku telah mendengar Rasulullah SAW.bersabda: 

“Sebaik-baik pemimpinmu adalah orang-orang yang kamu semua mencintainya dan mereka semua mencintaimu, kamu semua mendoakan kesejahteraan buat mereka, dan mereka mendoakan kesejahteraan buat kamu. Dan seburuk-buruk  pemimpinmu adalah orang-orang yang kamu semua membenci mereka dan mereka membenci kamu, kamu semua melaknati mereka dan mereka melaknati kamu”

Kami bertanya: “Ya Rasulullah apakah tidak sebaiknya kita singkirkan mereka? 

Rasulullah menjawab: 

“Jangan, selama mereka masih mendirikan solat. Ketahuilah, barang siapa yang diberi kekuasaan, lalu masyarakat melihatnya menjalankan suatu perbuatan yang bermaksiat kepada Allah, hendaklah masyarakat membenci perbuatan penguasa yang bermaksiat ke pada Allah itu, dan janganlah ia menarik diri dari ketaatan (pada yang baik). 

(HR. Muslim, Ahmad, dan Ad-Daromi).

WASSALAM

9 comments:

  1. Semoga segera sembuh. Moga diberikan kesabaran dan ketabahan lagi kepada mereka...

    ReplyDelete
  2. semoga segera sembuh ye..moga tabah menghadapi dugaan..

    ReplyDelete
  3. salam atuk lama tak jenguk2 atuk... atuk sihat ke?

    ReplyDelete
  4. Semoga pak sedara atuk cepat sembuh dan diberikan kesihatan yang baik.

    ReplyDelete
  5. Tabahlah semua keluarga menghadapi dugaan ini. Doa yang terbaik semoga cepat sembuh dan di beri kekuatan.

    ReplyDelete
  6. moga pakcik tu cepat sembuh n sihat walafiat semula

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Atuk..
    Moga pakcik Saleh cepat sembuh dan pulih seperti biasa..

    ReplyDelete
  8. moga pakcik saleh cepat sembuh..

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...