بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Semasa perjalanan balik ke kampung tempuh hari berkesempatan menziarah kawan yang sama-sama menunaikan fardu haji tahun 2006. Sayangnya dia berada di Kelantan, cuma dapat bercakap melalui telefon sahaja. Alhamdulillah, perniagaannya bertambah maju.
Kedainya antara Pekan Sekinchan dan Sungai Besar (sebelah kanan).
Menara condong di Pekan Teluk Intan
Di Teluk Intan saya singgah rumah Makcik Leha yang sama-sama juga menunaikan haji.
Kebetulan jiran makcik tu rumah mak kawan sepejabat.
Melawat abang kawan sepejabat yang ditimpa kemalangan jalan raya, tidak boleh bangun kerana tulang pinggangnya patah.
Singgah beli mentarang di Sg Besar
harga saiz besar RM12.00, sedang RM10.00 dan kecil RM8.00
Tujuh golongan manusia doa mereka mustajab disisi Allah SWT
Rasulullah SAW menyifatkan doa sebagai senjata orang Mukmin dan menjadi tali penghubung antara seorang hamba dengan Allah. Diantara berbagai macam doa yang dipanjatkan oleh seorang hamba kepada Allah, ada doa yang dikabulkan dan ada pula doa yang tidak dikabulkan oleh Allah SWT. Oleh itu, seseorang hamba yang berdoa harus memahami keutamaan dan adab-adab ketika berdoa.
Keempat : Doa seorang sahabat kepada saudaranya dikejauhan yang keduanya saling bertemu dan berkasih sayang hanya mengharap redha Allah SWT. semata.
WASSALAM
Org Kelantan mmg pandai dan hebat berniaga kan Atuk...Alhamdullilah tgk kedai kawan Atuk tu maju...
ReplyDeleteSaya tak makan mentarang tu...:P
mengapa agaknya yer tak makan mentarang
Deleteada ke sebab kesihatan
mentarang buat masa apa tu atuk? dee tak berapa suka..hehehe..
ReplyDeletekata abang yg jual tu, rebus ajer pun sedap
Deleterasa macam kerang
ReplyDelete