Monday, January 20, 2014

Cuti Hari Jumaat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selesanya cuti dihari Penghulu hari. Boleh hadir di Taman-taman Syurga sebelum Solat Jumaat.

Jemaah yang hadir dan jumlah kutipan melebihi daripada hari-hari Jumaat yang bekerja.


Rasulullah SAW bersabda: 

“Ketika datangnya Jumaat, Allah mengutus malaikatnya turun ke bumi membawa kalam daripada emas dan kertas daripada perak, untuk  mencatat nama siapa yang masuk ke masjid. Selesai mengerjakan solat Jumaat, malaikat itu kembali ke langit, lalu melaporkannya kepada Allah: “Wahai Tuhan kami, kami sudah mencatat siapa yang masuk masjid dan bersolat Jumaat.” Lalu Allah Taala menjawab: “Wahai malaikat-Ku, demi Kemuliaan-Ku dan demi Kebesaran-Ku, sesungguhnya sudah Aku ampuni segala dosa mereka.”

(Raunaqul-Majalis)



Diriwayatkan hadith daripada Samurah bin Jundab (r.a) katanya:

‘Sesungguhnya Rasulullah (s.a.w) membuat misalan pada solat Jumaat kemudian (yang datang awal) berpagi-pagi (mereka ke masjid untuk bersolat) sebagaimana menyembelih (qurban) seekor unta, kemudian adalah menyembelih (qurban) seekor lembu, kemudian adalah menyembelih (qurban) seekor kambing, sehinggalah disebutkan (seumpama menyembelih) qurban seekor ayam jantan.’ 

[Hadith Ibnu Majah]


Rasulullah SAW pernah bersabda: 

“Sesungguhnya manusia akan duduk di sisi Allah pada hari kiamat mengikut qadar (cepat dan lambatnya mereka) pergi menghadiri Jumaat.”  

(Riwayat Abdullah bin Masud)



Dinyatakan dalam sebuah hadis, bahawa para malaikat mencari orang yang terkemudian daripada waktunya pada hari Jumaat. Mereka bertanya sesama sendiri,
“Apakah yang dikerjakan oleh orang yang berkenaan. Apakah yang menyebabkan orang yang berkenaan terlambat datang?” 

Maka berdoalah para malaikat; 
“Ya, Allah, ya Tuhanku! Sekiranya orang itu terkemudian kerana miskin, maka kayakanlah dia, kalau kerana sakit, maka sembuhkanlah dia, kalau kerana sibuk, maka berikan kelapangan waktu untuk beribadat. Kalau kerana bermain-main, maka hadapkanlah hatinya untuk mentaati-Mu.”

WASSALAM

10 comments:

  1. As salam cik Rozali

    Seronok cuti hari Jumaat.
    Ada kedamaian bila cuti Jumaat semua lelaki akan ada masa lapang yang panjang dan beramai2 ke masjid. Bilalah pula Selangor dan KL akan cuti Jumaat

    ReplyDelete
  2. memang seronok cuti pada hari jumaat...

    psssttt salam kenal dan follow sini

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam Shami

    In Shaa Allah

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum atuk ...seronok dpt bercuti pd hari Jumaatkan...nak bersolat Jumaat terasa amannya...Johor juga bercuti pd hari Jumaat...

    ReplyDelete
  5. assalamualaikum atuk

    betui atuk..
    selesa kan cuti hari jumaat...

    ReplyDelete
  6. Mmg banyak kelebihan hari Jumaat yg kita lelaki terlepas, bila kerja hari Jumaat..ini initpati tazkirah sebelum solat Jumaat yg saya dengar minggu lepas Atuk...antaranya terlepas barakah dtg awal, terlepas mandi sunat Jumaat, terlepas berwangi wangian..isteri terlepas menyediakan kelengkapan utk suami ke masjid..

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah..byk manfaat diberikan cuti hari jumaat kan atuk
    senang mempersiapkan diri ke masjid2

    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah. Dapat cuti hari Jumaat. Entah bila lagi akan berulang cuti pada hari Jumaat lagi di Selangor...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...