Wednesday, January 22, 2014

Mini UTC Sentul

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pertama kali menggunakan perkhidmatan Mini Pusat Transformasi Bandar (UTC) di Bandar Sentul.

Berkonsep di bawah satu  bumbung

Setiap UTC menawarkan sepuluh kluster perkhidmatan seperti urusan jabatan dan agensi kerajaan, kesihatan, keselamatan, kewangan, utiliti dan pendidikan.

Di Mini UTC, Sentul ini, ditempatkan Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Imigresen dan Pos Malaysia.

Terdapat juga gerai makan, pasar  basah, klinik, surau, perpustakaan, mesin ATM dan gelanggang futsal.

Alhamdulillah... 2 jam selesai urusan.

Firman Allah yang bermaksud:
“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” 
(Surah al-Hajj, ayat 46)

Sesungguhnya melancong boleh dijadikan sebagai cara pengukuhan iman dan takwa dengan banyak pengajaran berkaitan perkara baik dan buruk dapat dilalui atau diperhatikan ketika berkunjung serta menziarahi sesuatu destinasi pelancongan.

WASSALAM

8 comments:

  1. ingat iklan UTC kat TV..UTC..UTC..pusat pelbagai perkhidmatan..:)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk...wah bestnya...

    ReplyDelete
  3. asslm atuk

    yup..ada iklan utc nie kt tv..

    ReplyDelete
  4. 2 jam mengajar erti kesabaran, belum p lagi UTC, cadang nak waktu terdekat

    ReplyDelete
  5. 2 jam..lamaaaanya..hihi
    mohon passport utk melancong erk atuk..syoknyeeee
    dulu kte org kejap je..x byk org..dlm 20 minit siap

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum atuk...

    Senang kan atuk, semuanya perkhodmatan dibawah satu bumbung.

    ReplyDelete
  7. Salam Atuk...sihat? lama tak jenguk atuk

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...