Friday, January 10, 2014

Pembangunan Semula Masjid Jamek Kampong Baru

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas berkesempatan menunaikan Solat Zohor di Masjid Jamek Kg Baru yang sedang menjalankan pengubahsuaian yang besar.

FAKTA MASJID JAMEK KAMPUNG BARU, MALAYSIA

Tanah untuk masjid disumbangkan pedagang Melayu Bachik Abdullah pada 1880-an.
Asalnya dibina hasil kerjasama penduduk.
Dibina berbentuk seperti sebuah balai.
Terdapat tanah perkuburan.

Kemudian diwakafkan kepada Lembaga Pentadbir Kampung Baru (MAS) pada akhir 1920-an.
Menjadi tumpuan masyarakat setempat dan pedagang yang berdagang ke Kuala Lumpur melalui Sungai Klang. 

Bagi membiayai pembinaan itu, setiap keluarga disaran menderma RM60 secara tunai atau beransur-ansur. Pada 1955, jumlah kutipan yang dibuat melalui kaedah itu berjaya mengumpulkan RM30,000. Akhirnya, jawatankuasa berkenaan berjaya mengumpulkan RM214,000 iaitu RM90,000 sumbangan Kerajaan Selangor manakala bakinya hasil derma dan tabungan masjid.

Masjid Jamek Kampung Baru disenaraikan dalam The Malaysia Book of Records bagi acara memasak bubur lambuk terbesar.

Setiap kali menjelang Ramadan Masjid Jamek Kampung Baru akan menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada umat Islam.

Sebahagian besar penduduk Kampung Baru dan Kuala Lumpur dikatakan pernah menikmati bubur lambuk masjid.

Masjid itu juga terkenal kerana sering dikunjungi tokoh agama dari luar negara.

Sumber drp : sini












Masjid yang dibina itu tidaklah mengira sama ada besar atau kecil semuanya akan mendapat ganjaran daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala sepertimana hadis yang diriwayatkan daripada Anas Radiallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 

من بنى لله مسجدا صغِيرًا كَانَ أم كبيرًا بَنَى الله لَهُ بيتًا فِى الجَنّةِ

(رواه الترمذى)

Maksudnya: “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesiapa yang membina masjid sama ada kecil atau besar nescaya Allah ‘Azza wa Jalla akan membangunkan baginya sebuah rumah di dalam syurga.”

(Hadis riwayat At-Tirmidzi)

Telah disebutkan oleh Al-‘Allamah Nuruddin Ali Al-Ajhuri di dalam kitab beliau Fadhl Insya’ Al-Masajid wa Imaratiha hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud: 

“Bahawa masjid-masjid dunia itu akan dibawa ke dalam syurga, pengelola-pengelola dan penjaga-penjaga masjid-masjid, bilal-bilalnya dan imam-imamnya berarak menarik masjid-masjid itu dan ahli jemaah masjid-masjid itu mengiringkan perarakan itu. Orang masa itu bertanya: “Siapa itu? Malaikat-malaikat atau nabi-nabikah?: Kemudian diberi tahu bahawa itu bukanlah malaikat-malaikat dan bukan juga nabi-nabi, hanya pengusaha-pengusaha masjid-masjid dan orang-orang yang sembahyang di dalam masjid itu”.

WASSALAM

3 comments:

  1. Setiap kali Ramadan, mesti famous bubur lambuk nya kan...Saya tak pernah rasa bubur lambuk masjid ni...

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, sepatutnya lama dah dibaik pulihkan masjid ni...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...