بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Dusun ini peninggalan Arwah bapa yang dibelinya pada akhir 70an dengan harga RM300.00 ajer. Jadi pokok duriannya dah tua. Tambahan pula sudah penghujung musim, jadi buahnya ada yang kurang enak. Ini operasi membuat tempoyak pula....
Dapat la sedikit kirim tempoyak ke Besan di Kelantan, kebetulan pula anak nak balik ke kampung Mertuanya pada hari ini.
Amalan yang boleh dilakukan oleh seorang anak untuk kedua ibu bapanya yang telah meninggal dunia iaitu :
1. Solatkan untuk mereka.
2. Mohon keampunan untuk mereka.
3. Laksanakan wasiat yang mereka tinggalkan.
4. Eratkanlah silaturahim dengan orang-orang yang mereka lakukan
5. Muliakanlah teman-teman mereka.
6. Doakan kepada mereka. (Setiap selepas solat fardu berdoalah kepada Allah SWT untuk kedua ibu bapa supaya Allah SWT mengampunkan semua dosa-dosa mereka)
Selain daripada perkara-perkara diatas seorang anak yang soleh atau solehah akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan.
1. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.
2. Sedekahkan al-Quran, buku-buku Islam di sekolah-sekolah agama atau maahad tahfiz atau dimasjid-masjid niatkan untuk mereka.
3. Selalu sedekahkan al-Fatihah, surah al-Ikhlas, surah al-Falaq dan surah an-nas, surah Yasin, surah al-Baqarah dan ayat-ayat al-Quran yang lain untuk mereka. Sebaik-baik yang membacanya adalah kita sendiri sebagai seorang anak.
WASSALAM
Assalamualaikum, terima kasih atas ilmu y d konggsika...
ReplyDeleteSedapnya tempoyak...
assalamualaikum atuk...perkongsian yg baik ni nak sharekan kat blog nanti yer...:)
ReplyDeletep/s sedapnya tempoyak ...
saya tak makan tempoyak tp mata saya ni dok nampak buah moktan kuning berlonggok tu hehe
ReplyDeleteAsslm atuk
ReplyDeletesaya tempyak kalau mkn begitu saja tk brp telan
kalau masak gulai tempoyak layan la..hehe..
thks atuk shre info berguna bg ibubapa yg dh meninggl..
assalamualaikum atuk..
ReplyDeleteUmmi ni bukan orang Perak, tapi suka juga dengan tempoyak, masak apa2 pun, kalau ada tempoyak, sedaplah pada selera ummi.
As salam Cik Rozali
ReplyDeleteSeronok buat kerja -kerja rumah dikampung kan, tenang dan damai...
Sekarang ni..agak agak ntah berapa ribu harga dusun tu kan...
ReplyDeleteAlaaaa mula mula seronok dah tengok buah tuh, tetiba sebak bab ibu bapa.... Wuaaaa sedih teringat arwah ayah dan kedua ibubapa mertua saya.
ReplyDeletebestnya makan masi smbal tempoyak, mau betambah nsi ni
ReplyDeleteSalam tok
ReplyDeletestok tempoyak saya dah yelekkkk
poskan bang sekilo dua hehehe
Salam atuk..wah..murah ye..tp dulu2 300 tu besar jumlahnya. Dee x mkn tempoyak tp mkn durian..hihi
ReplyDelete