Saturday, April 10, 2010

Hadiah Kecemerlangan Anis

Bismillahirahmanirohim

Assalamualaikum

Menunaikan permintaan Anis

28/3/10 membelikan sebuah handphone di carrefour, buatan Malaysia jeee

menggayakan hp baru, tayang kat kak ngah nya yg di perantauan

31/3/10 menerima subangan drp persatuan di jabatan atas kejayaan Anis

1/4/10 membuat sedikit jamuan kesyukuran di pejabat

3/4/10 lepas zohor, jemaah surau dan jiran jiran lelaki
majlis tahalil untuk mereka yg telah pergi terlebih dahulu dan
kesyukuran atas kejayaan Anis

menu utama, nasi ayam, serta katiaw kerang

pemanis mulut, agar agar, puding jagung dan buah tembikai

Masa untuk makan

jemaah surau dan jiran menjamu selera

selepas jemaah lelaki, kira kira pukul 3.00 ptg, giliran kaum ibu dan anak anak

kekawan Anis dijemput juga

sebelah malam untuk adik adik dan keluarga
lepas makan malam, berborak pasal anak masing masing dan isu semasa

kaum ibu, ada juga cerita mereka

melayan kerenah anak anak saudara

membelai yang masih kecil

yang minat tv, mengadaplah mereka

main ps2 kena ikut giliran, ramai sepupu

kanak kanak perempuan main di luar
sesekali berkumpul
macam macam kerenah/ragam

Tanda terima kasih kepada jemah surau, jiran jiran, adik beradik sahabat handai dan tidak ketinggalan ibu di kampung
kerana mereka semua telah mendoakan kejayaan Anis

Wassalam

http://atuk-phd.blogspot.com/" target="_blank">http://safiudin.com/images/banner-phd.gif" alt="" width="400" heigh="60">

Thursday, April 8, 2010

Jakarta Menyambut Kami - Part 11 (Kawah Putih)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

KAWAH PUTIH
Terletak di daerah selatan Kota Bandung, kira kira 2 jam dalam perjalan dari Kota Bandung

Daripada pintu masuk ke kawah sekitar 5 km, jalan yg berliku dengan pandangan berhutan.

Terletak di sebuah gunung yang bernama Gunung Patuha.

Masyarakat menganggap kawasan ini berhantu, kerana banyak burung mati melintasinya

Kepercayaan disangkal pada tahun 1837 oleh seorang ilmuwan Belanda Jerman Dr. Franz Wilhelm Junghun, disebabkan oleh adanya semburan lava belerang yang berbau sangat menyengat.

memiliki ketinggian 2.434m diatas permukaan laut dan bersuhu sekitar 8-22 derajat celcius.

permukaan kawah umumnya berbatu dan berpasir warna putih, sehingga kawah ini kemudian dikenal sebagai kawah putih.

ditemukan sebuah goa sedalam 5 meter yang pernah dipakai sebagai tambang belerang.

kanak kanak dinasihati, tidak melebihi 5-10 minit berada di kawah ini
kerana bau belerang yang agak kuat

saya berada di tengah tengah kawah

kenderaan khas, sekiranya anda datang menaiki bas
yang dibenarkan naik keatas hanya kereta dan motorsikal sahaja

Dalam perjalanan menuju kawah, kita akan melewati objek yang menarik seperti rel kereta tua, sawah yang menguning, kebun teh yang hijau dan luas dan hutan pinus

Terdapat juga kebunan strawberry di kawasan Rancabali. disana anda boleh memetik sendiri buahnya untuk dibawa pulang.(gambar terlupa nak ambil)

Sesuatu kejadian yang diujudkan oleh Allah
ada menafaatnya untuk mahkluk

Wassalam

Monday, April 5, 2010

Jakarta Menyambut Kami - Part 10 (Bandung - Perjalanan)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Daripada Jakarta
kami menaiki bas untuk ke Bandung
bertolak kira kira pukul 7.00 pagi

bas boleh memuatkan 10 orang
perjalan kira kira 2 jam45 minit, melalui lebuhraya (tiada had kaju)

pejabat bas di Bandung, moden dan bersih

tambang seorang satu hala lebih kurang RM30.00

dikiri kanan lebuhraya banyak terdapat sawah padi
sawah mereka tidak mengikut musim dan
pekerjaan dilakukan secara menual

jambatan keretapi
sepanjang perjalan terdapat banyak padi huma
terdapat juga tanaman kontan, seperti ubi, pisang

melalui ibukota Kabupaten

terdapat banyak rumah dilereng lereng bukit
tidak teratur, tapi semua atapnya, atap genting



kebetulan pemandu bas yang sama pergi dan balik dari Bandung

Wassalam

Sunday, April 4, 2010

Jakarta Menyambut Kami - Part 9 (Penginapan)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Rumah ini dipanggil Rumah Hannan
luas, selesa, kemas, catik, macam tuannya nak duduk sendiri

Kami menumpang rumah sewaan kawan anak
di Jalan Gelong Baru, Tomang

kerana sebahagian kawannya balik ke Malaysia, bercuti

wajah wajah bakal doktor yang baik hati dan peramah

anak saya panggil mereka
Kak Ain, Kak Shiha, Kak Mila, Atfina, Kak Mal, Kak El,
Kak Dina, Kak Timah, Kak Hani, Kak Ha, Kak Nurul,
Kak Dila,
Kak Fila, Kak Ina, Nisah, Nadia, Kak Anis, Ruz, Nurul
bilik penginapan kami
selesa, ada bilik air sendiri

ruang dapur
kami dijamu dengan sarapan dan makan, selama di sini

bilik perpustakaan

ruang tamu
mereka selalu adakan ukhwah sesama pelajar Malaysia,
antaranya di rumah ini


kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga
kepada kawan kawan anak

Pakcik dan Makcik mendoakan agar anda semua
dipermudakan segala urusan
serta
mendapat kecemerlangan di dunia dan Akhirat


terima kasih
Wassalam

Friday, April 2, 2010

Alhamdulillah, Juara Kali Kedua, Bulan Mac

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Syukran
saya telah dianugerahkan Juara Pecut kali kedua untuk bulan Mac 2010
kali ini anugerah datangnya daripada
ceriakan hari-harimu, Ayah Zin
(klik gambar untuk ke blog beliau)

saya sulalu bertandang ke blog ini untuk mendapatkan
panduan, nasihat dan info

tuan punya blog, Ayah Zin
diantara insan yg mengukuhkan ukhwah di alam maya serta
menziarah di alam reality, untuk mengeratkan silatulrahim

(klik gambar untuk ke n3 ini)
Teima kasih banyak2 Ayah Zin
kerana menganugerahkan kepada saya

Kejayaan diilhamkan oleh anda semua dan
untuk diamati kita bersama

terima kasih
Wassalam

Thursday, April 1, 2010

Juara Pecut Antara Juara...MAC 2010 (PDKM)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Terima kasih PDKM (Azli bin Aziz)
kerana memberi anugerah Juara Pecut Mac 2010
(klik gambar untuk ke blog ini)

antara blog yg saya selalu lawati
tujuan untuk
membesarkan ALLAH dengan perkataan
SUBHANALLAH
ALHAMDULILLAH
ALLAHUAKBAR
mengigati memori haji 1427hijrah (2006)

(klik imej untuk n3 tersebut)
Anda semua lah yg membantu saya untuk gelaran ini
dlm diam saya menyeduk ilmu blogers daripada warga PDKM

Syukran kepada yang mengucapkan taniah
Azima , PAK NGAH MAN, NGINAP SRENGENGE,
Zie , anim kasim , sonata anak kancil , che'na , Imran Paris, CM ,
rezeki , Hajah Zainab bt Abdullah , مسافر_اسلام ,
Mohamad Fitri B Mohd Azlan
mama ju, Kak Sidah, Noor, hilmyiskandar, rezeki
shami2, hjh mai, boxhousestudio, safiudin
rosli, PINATBATE, YB dan
kepada followers PDKM manzlie serta followers PHD Rozali

terima kasih kepada anda semua, kerana sudi bertandang/berkunjung
ke blog saya (PHD) serta telah menjadi followers

sudi2kan hadir dilain masa

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...