Friday, June 11, 2010

Jakarta Menyambut Kami - Part 29-Akhir (Jalan Jalan Makan Tepi Jalan)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

semasa peneranggan kepada pelajar yang akan ke Jakarta untuk melanjutkan pelajaran kira kira tiga tahun lepas
salah satu pesanannya adalah tidak digalakkan memakan makan yang dijual di tepi jalan kerana tidak dijamin kehalalannya serta tidak bersih

banyak gerai dan warung warung yang bergerak serta perbagai menu, satu budaya perniagaan keci kecilan di Indonesia,
teinginan pula nak merasa masakan tradisonal mereka
dan anak memberi jaminan kebersihannya dan Insyaallah halal,
pada warung warung yang selalu mereka beli
malam yang ke 7 dan besoknya nak berangkat pulang ke KL
kami tiga beranak pusing pusing satu taman mencari menu yang agak sesuai

isteri memilih ketiaw goreng basah

saya pilih air jus buah markisa (buah tempatan)

saya cuba nak rasa ketoprak

lebih kurang rojak jee


buah buahan

malam sebelum nya (malam ke 6), kami makan malam di warung

isteri minum teh Indonesia, anak air kelapa muda, saya minum jus gaul (campur)

ramai student Malaysia makan kat warung ni

ikan masak masam manis (ikan darat)

Alhamdulillah, selepas makan makanan tu semua, tak tergadi apa apa

Alhamdulillah, semua perancangan berjalan dengan lancar
Insyaallah ingin berkunjung lagi ke Indonesia ditempat tempat lain pula
moga Allah permudahkannya

Wassalam

Wednesday, June 9, 2010

Ukhwah Bersama Boxhousestudio

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

petang semalam saya pergi melawat
Ayahanda
Boxhousestudio (BHS)
di Hospital Kuala Lumpur
ziarah menziarahi untuk ukhwah kekawan blogger
Alhamdulillah, kesihatan Ayahanda BHS dah beransur pulih
dan Insyaallah dijangka keluar wad pada hari ini

Ghattering pertama dari alam maya jumpa di alam nyata
antara
Boxhousestudio (BHS) dengan atuk-phd

tapi pelawat pula yang mendapat buah tangan





walau macamanapun
saya ucapkan ribuan terima kasih kepada BHS

moga keluarga BHS senantiasa dilindungi Allah jua hendaknya

nyam nyam nyam

Wassalam

Monday, June 7, 2010

Bunga Kantan

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

ekstrak kantan bersifat antimikrob terhadap pelbagai mikroorganisma penyebab penyakit dan sitotoksik terhadap karsinoma serviks manusia, juga bersifat antibakteria dan antikulat
rujukan:impiana-iman

pokok kantan, di kebun sekangkang kera

kebiasaan yang saya tahu
bunga kantan ini untuk campurkan kedalam masakan asam pedas
(Pak Itam tentu ada bebrapa perudu pokok kantan)

dicampur juga dalam nasi kerabu
(nak tanya resepinya kat AZ, dia orang selatan, Ayahanda, orang utara)

sebagai pewangi dalam kuah laksa
(nak tanya resepi laksa kat Rosli !!!, dia selalu tayang asam pedas jee)

setengah orang buat ulam
(CL, kat Makkah ada bunga kantan tak )

begini jadinya sekira tidak dipetik, terkulai layu

Info khasiat bunga kantan
  • merawat bengkak atau sakit telinga. Bunga kantan samada yang masak atau masih muda direbus kemudian air rebusan tersebut dititikkan ke dalam telinga. Amalan berterusan dapat mengatasi masalah telinga berair.
  • merawat luka. Beberapa helai daun kantan diambil kemudian dibersihkan. Setelah itu direbus sehingga mendidih. Air rebusan ini dibiarkan suam kemudian digunakan untuk mencuci luka dengan melumurkan ke seluruh bahagian yang luka.
  • merawat kencing manis dan darah tinggi. Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.
rujukan:impiana-iman

Wassalam

Saturday, June 5, 2010

Jakarta Menyambut Kami - Part 28 (Last Kopek Shopping)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Hari yang ketujuh berada di Bandaraya Jakarta
buah tangan untuk kawan kawan pejabat belum beli lagi
dengan itu kami pergi ke Pasar Pagi Mangga Dua

kami ditemani oleh Najibah daripada Terengganu

sangkut juga dua hand beg

terdapat banyak barang barang persediaan majlis perkawinan


tempah nombor rumah

setengah jam juga untuk pilih dua keping lukisan

balik daripada menoreh, Kak Ngah tak payah bersikat,
sarung aje dan terus pergi rumah orang kahwin
CM tak boleh pakai, nanti anak murid tegur

Tanah Abang kali kedua

ada yang tak cukup lagi

kebanyakan kedai di Jakarta tutup pada hari ahad
pada hari biasa, pukul 5.00 petang mereka dah mula tutup kedai
malam mukin nak beribadat

kelebihan disana, solat dimana mana

Wassalam

Thursday, June 3, 2010

Akan Menduduki SPM dan PMR 2010

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Ain Athirah (akan memduduki Peperiksaan SPM)
Ahmad Ammar (akan menduduki Peperiksaan PMR)

mengikuti kem motivasi dan jati diri bersama persatuan petanque KL
dua minggu lepas di Sungai Congkak

untuk menghadipi peperiksaan SPM dan PMR
salah satu usaha untuk meraih kecemerlangan











"Wahai tuhan kami kurniakanlah kepada kami dari sisimu zuriat keturunan yang baik, seseungguhnya engkau sentiasa mendengar (menerima) doa permohonan, serta memberi kejayaan yang cemerlang dalam menuntut ilmu Mu (ilmu dunia dan ilmu akhirat) kepada zuriat kami" amin amin amin

Di dalam beberapa hadis diterangkan secara konkrit tentang orang orang yang dikabulkan doanya, diantaranya

1. ibu bapa untuk kebaikan dan keselamatan anak anaknya

2. orang puasa di waktu akan berbuka

3. ketua negara yang adil

4. orang yang teraniaya dalam segala bentuk kezaliman dan pelanggaran hak

5. Musafir dengan niat dan tujuan yang baik

6. orang yang berdoa dari jauh untuk sesaorang

7. anak saleh yang mendoakan kedua orang tuanya yang telah meninggal dunia

(rujukan kitab hadis Qudsi)

Wassalam

Wednesday, June 2, 2010

Jakarta Menyambut Kami - Part 27 (sepeda)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Sebagai album semasa di Taman Mini Indonesia
untuk memenuhi waktu sewaan basikal dan atas permintan anak dan kawannya
sambil dia snap gambar sambil dia ketawa







Allah s.w.t. berfirman

"Bandingan (derma) orang orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (Rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya"
(surah Al-Baqarah: ayat 261)

Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...