Monday, June 7, 2010

Bunga Kantan

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

ekstrak kantan bersifat antimikrob terhadap pelbagai mikroorganisma penyebab penyakit dan sitotoksik terhadap karsinoma serviks manusia, juga bersifat antibakteria dan antikulat
rujukan:impiana-iman

pokok kantan, di kebun sekangkang kera

kebiasaan yang saya tahu
bunga kantan ini untuk campurkan kedalam masakan asam pedas
(Pak Itam tentu ada bebrapa perudu pokok kantan)

dicampur juga dalam nasi kerabu
(nak tanya resepinya kat AZ, dia orang selatan, Ayahanda, orang utara)

sebagai pewangi dalam kuah laksa
(nak tanya resepi laksa kat Rosli !!!, dia selalu tayang asam pedas jee)

setengah orang buat ulam
(CL, kat Makkah ada bunga kantan tak )

begini jadinya sekira tidak dipetik, terkulai layu

Info khasiat bunga kantan
  • merawat bengkak atau sakit telinga. Bunga kantan samada yang masak atau masih muda direbus kemudian air rebusan tersebut dititikkan ke dalam telinga. Amalan berterusan dapat mengatasi masalah telinga berair.
  • merawat luka. Beberapa helai daun kantan diambil kemudian dibersihkan. Setelah itu direbus sehingga mendidih. Air rebusan ini dibiarkan suam kemudian digunakan untuk mencuci luka dengan melumurkan ke seluruh bahagian yang luka.
  • merawat kencing manis dan darah tinggi. Ambil buah kantan, dibersihkan dan direbus. Air rebusan ini disaring dan kemudian diminum seperti biasa. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan masalah ini.
rujukan:impiana-iman

Wassalam

28 comments:

  1. Salam...
    Kat teritis rumah saya pun banyak pokok kantan. Dulu tanam main2 je, tak sangka jadi besar macam tu. Sebulan sekali kena buang sikit anak dan akarnya...Bunga kantan memang sedap, masuk dalam semua jenis kerabu dan gulai asam/asam pedas.

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum Rozali,
    Tengok ja bunga kantan teringat laksa..
    Betul lah banyak khasiatnya... bukan susah tanamnya..tapi bila banyak ..jadi banyak merimbun.
    Selamat bercuti .

    ReplyDelete
  3. Salam Atuk,

    Bunga kantan sehati sejiwa dengan orang Melayu.Boleh dimasak berbagai.Buat ulam biasa lagi best.

    Baunya saja boleh keluaq ayiaq lioq.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  4. Salam Atuk...

    Untungnya ada kebun kan...nampaknya pagar bersebelahan dgn sekolah. Sekolah Wangsamelawati ke???

    Maknanya kebun kena terang selalu...la ya...

    Wslm

    ReplyDelete
  5. Salam Tn Hj..

    taraaaaa.. bunga kantan arrr.. ooooo.. tanam kat belakang skolah..macam ku kenal je skolah tu.. opssss, kalu kak ngah p 'petik' bunga kantan tu dalam dua tiga kuntum bley tak??.. heh heh

    bunga kantan nie org selalu kata sangat sinonim ngan org utara.. tapi kawan2 kak ngah yang dok kat selatan & pantai timur pun selalu guna jugak..

    Mak kak ngah kan.. kalu masak suka sangat buh bunga kantan & umbut kantan.. masak sardin dalam tin pun dia buh bunga kantan.. la nie, anak dia pun terikut-ikut.. kak ngah suka buat kerabu.. jiran tetangga tanam bunga.. kak ngah tanam bunga kantan.. he he..

    sungguh bagai dikata.. haruman nya sahaja udah membuka selera.. masakan belum tentu sedap.. heh heh

    ReplyDelete
  6. Salam Rozali

    favourite ummiross ni bunga kantan ni,seronok jgk berkebun ni kan,biar kebunnya kecil tapi terurus...

    ReplyDelete
  7. Salam Atuk,

    Buat kerabu wajib letak bunga kantan memang sedapkan, senang & mudah menyediakannya.

    Dah bersihkan pokok2 kantan tu letak le baja sekali, insya allah lepas ni pokoknya bertambah cantik & berbunga banyak... pokok kantan ni byk jenis kot, ada yg bunganya merah sangat & besar.

    Lepas ni nak ikut resepi kak ngah la, masak sardin letak bunga kantan...

    ReplyDelete
  8. salam atuk

    bukan perudu lagi, perahu kantan heheheheh

    ReplyDelete
  9. Salam Atuk

    Saya suka bau bunga kantan.
    Kat pasar mahalkan?

    ReplyDelete
  10. salam,

    buah kantan untuk kencing manis? baru tahu ni. tapi tak pernah pulak jumpa buahnya. kalu bunga biasa lah.


    bunga kantan yang u snap tu, cantik bangat, terasa kesegarannya.
    pssssssst: jangan tanya az arr, az tahu makan aje. hahahah

    ReplyDelete
  11. Salam atok...apa kabar?
    semoga dilimpahkan kesejahteraan sepanjang hayat, hebat Allah. Masih kita berpeluang untuk bersua kembali.
    MI ada cerita yang menarik tentang bungan kantan ini. Masa tu kanak2 lagi.
    Anak yang baik, mesti selalu tolong ibu dirumah. Ini la kewajiban dan tanggujawab seorang anak.
    Waktu kanak2 tak kenal apa itu bunga kantan. MI disuruh ibu untuk ambil bungan kantan di rumah jiran. MI terus pergi tanpa betarnya bagaimana jenisnya, jumlah dan warnaya.
    Sampai di rumah jiran, MI tanya pada anak jiran, kawan MI. "yang mana satu bungan kantan". Dia pula tunjuk bunga yang panjang2 di depan rumah dia, bunga itu berwana merah jambu, macam bunga kantan. MI terus potong dengan pisau dan balik kerumah.
    Sampai dirumah semua tergelak besar, MI terpinga-pinga. Adakah silap yang itu bukan bunga kantan.
    Ibu memberitahu "yang ini bunga bunga kantan, sayang. ini bunga puding"
    Ia seakan2 bunga kantan, warna merah jambu. Kalau tak silap MI, daunya macam daun keladi.

    Semua sudah berlalu. Kenangan tetap kenangan.
    Salam

    ReplyDelete
  12. Salam Cik rozali...

    Bunga kantan..sedap tu masuk dalam masakan..
    Kak Ngah...tanam bunga kantan kaa..bawak mai kedai sebakul dua cheq nak masuk dalam kuah laksa bleh...hehheh

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam ckLah

    kantan tu memang senang membiak
    tak perlu jaga sangat
    jimat duit sedikit kan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam nadz

    laksa dengan bunga kantan tak dapat dipisahkan
    he he

    saya tak cuti, anak2 je yg cuti

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Waalaikumusalam Ayahanda

    saya, setahun dua ni je baru tahu
    bunga kantan boleh buat ulam
    orang kelantan beri tahu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam kak su

    sebelah Tmn Wangsa Melawati
    he he Permata

    ikut mud juga nak terangkannya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Kak Ngah

    kalau ambil drp sebelah pagar sekolah tak boleh
    itu melanggar hak asasi namanye, he he

    itu respi baru tuu
    "sardin berperisa kantan"

    kalau CL tahu, dia buat respi kat hotel Safwah

    saya nak cuba lee

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. Waalaikumusalam Ummiross

    favourite ummiross yeee
    nanti saya hantar baunya yeee
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam Kak Zie

    kerabu, respi ni jarang orang buat
    Kak Zie buat tentu sedap kannn

    ye lee
    saya pun nak cuba respi kak ngah
    popular le kak ngah lepas ni
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  20. Waalaikumusalam Pak Itam

    kat SA ada bunga kantan takkk
    kalau ada boleh ajar buat asam pedas kat meraka di SA
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  21. Waalaikumusalam mama ju

    kat tempat saya ni paling murah rm1.00
    mama ju boleh tanam kat belakang rumah
    kawasan nampak luas jeee

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  22. Waalaikumusalam AZ

    bukan buah tapi bunga, silap taip, he he

    kalau AZ tak tahu, bisik2 kan kat MRSAZ

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  23. Waalaikumusalam MI

    Amin Amin
    semoga Allah perkenankan

    pengalaman yg menarik tuu

    maklum laa zaman budak2kan
    mana nak pikir panjang
    janji buat
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  24. Waalaikumusalam Shami

    Kak Ngah banyak dlm estetnya
    bukan sebakul, dua tiga bakul pun boleh
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  25. betol tu...apa yang ada dikongsi bersama.

    ReplyDelete
  26. salam atok
    terima kasih berkongsi
    banyak kegunaan bunga kantan ni ye...

    ReplyDelete
  27. Waalaikumusalam MI

    Insyaalah
    ilmu Allah
    kena kongsi bersama

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  28. Waalaikumusalam Sayangsayangibu

    kalau ada petua lain
    boleh beri tahu kat kami

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...