Sunday, October 20, 2013

Pilihan Anak anak Untuk Ibu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ini saya hendak menjual beg pula, nak mencari duit sedikit
he he.......


Minta tolong anak anak pilihkan beg untuk ibu mereka sempena hari ulang tahun kelahiran

Yang ini jadi pilihan


Ya Allah Ya Tuhan kami. Bukakanlah pintu kebajikan, pintu berkat, pintu nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu Syurga dan segala pintu kebaikan di dunia dan Akhirat. Dan kami jua memohon kepadaMu Ya Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan. 

Ya Allah...tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya Allah yang menjadikan yang susah itumudah. Permudahkanlah kehidupan kami. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dari pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dari kejahatan manusia dan jin yang memusuhi dan jauhkanlah kami dari pengaruh nafsu yang menyesatkan. 

Ya Allah hidupkanlah kami dengan keimanan dan matikan lah bila sampai masanya dalam keimanan. Ya Allah Kau berikanlah pada kami kesihatan fizikal dan mental yang terbaik, terangilah hati dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah amalan kami dan tunaikanlah hajat baik dalam agama, dunia dan Akhirat. Sesunguhnya hanya engkau yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. 

Ya Allah kami juga memohon agar Engkau sinari diri kami dengan cahaya Nur Mu dalam hati kami, telinga kami, mata kami, kiri kanan kami, muka kami, belakang kami, atas dan bawah kami, urat saraf kami, dan pada darah kami, serta daging kami, rambut kami  dan lidah kami. kaki tangan kami dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiran kami dengan rahmat Mu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 

Ya Allah, Ampunilah segala dosa-dosa kami dan kedua ibubapa kami serta keluarga kami dan semua teman-teman kami dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun akan setiap dosa. 

Ya Allah jadikan dia juga seorang mukminah yang solehah kepada semua yang berkaitan dengannya. 

Ya Allah. hambaMu ini mengakhiri permintaan kami ini. dengan permintaan semoga Kau kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada kami di dunia dan Akhirat. Kau Jadikan kami hamba yang beriman, bertaqwa, beramal soleh dan bersabar atas segala perintah Mu dan ketetapan Mu. Ampunilah segala dosa kami sedar atau tidak. 

Jadikanlah isteri aku sebaik-baik  wanita iaitu wanita yang solehah seindah hiasan di dunia ni.
Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin Ya Rabbal 'Alamin. 


WASSALAM

11 comments:

  1. Assalamualaikum atuk.. :)
    moga baik2 saja ya..lama tak komen..he he

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum atuk....wah bestnya mesti senyum isteri atuk dapat beg tu...selamat hari lahir buat isteri...;)

    ReplyDelete
  3. Mesti seronok dapat hadiah handbag...
    comei2 anak dara atuk....

    ReplyDelete
  4. cantik pilihan anak2 atuk..mem mesti suka..

    ReplyDelete
  5. Coklan yang senang untuk dipadankan dengan apa juga warna baju. Mesti isteri senyum2 sahaja...alhamdulillah...

    ReplyDelete
  6. ameeennnn ameeenn ya robbalalameeeennn..
    atuk.. tolong doakan untu lady jugak yer..
    lady nak sgt ape yg atuk doakan tuk isteri atuk tu..

    ReplyDelete
  7. Salam THR

    Peribahasa baru:

    Sayangkan isteri beli-belikan hadiah. :)

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk..

    mesti kecoh si anak nka pilih yg mana utk ibunya..dan pasti si isteri gembiran setaman bila menadapat hadiah dari insan tersayang. mcm ummi sy lah..semoga bahagia atuk dan keluarga

    ReplyDelete
  9. Asalamualaikum Atuk..
    Salam bertamu dan bertemu kembali atuk.

    Cantik pilihan anak2 tu Atuk, tentu seronok ibunya nanti dapat hadiah.

    Aamiin2x..moga Allah SWT perkenankan.

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ATUK..
    Mesti isteri ATUK suka sgtkan...saya yg baca ni pun rasa hepi tgk beg BONIA tu...cantik sgtt....

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...