Friday, November 18, 2011

Hai...Anak Bungsu

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Itu yang termampu oleh si bungsu,
2A (Matematik & Bahasa Malaysia), 3B
rekod yang terendah dibandingkan dengan abang dan kakaknya
rasanya sudah cukup bagus berbanding dengan usahanya
utamakan games dan tv..he he

jelas ternampak penyesalannya
air mata kecewa berguguran
mukin ada azam yang tersemat dihati

tapi saya tetap bersyukur dan akan terus berdoa untuk kecemerlangan di dunia dan di Akhirat untuk si bungsu dan anak anak yang lain, ...Insyaallah



yang bermaksud:

"Maka Kami beri Nabi Sulaiman memahami hukum yang lebih tepat bagi masalah itu dan masing-masing (dari mereka berdua) Kami berikan hikmat kebijaksanaan dan ilmu (yang banyak): dan Kami mudahkan gunung-ganang dan unggas memuji Kami bersama-sama dengan Nabi Daud dan adalah Kami berkuasa melakukan semuanya itu."


Wassalam

Thursday, November 17, 2011

Pau Mauripan


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang semalam, balik daripada pejabat
anak minta buatkan kuih pau
lapar la...ayah katanya
dia lapar mukin kerana hujan selapas tengah hari semalam

tepung ada, yis mauripan pun ada....
resepi ikut yang ada dalam kotak
mula leeee menguli

ada yang tak makan nasi malam tadi

buat lebih sedikit...untuk sarapan pagi tadi

ada sesiapa yang nak komen penambahbaikan...he he


Islam sangat syumul dalam pemilihan makanan dengan menekankan yang bersih dan halal.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
“Makanlah apa yang dikurniakan Allah kepada kamu daripada benda yang halal lagi bersih. Bersyukurlah dengan nikmat Allah jika kamu benar-benar menyembah Allah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang sembelihan bukan kerana Allah. Maka, sesiapa dalam keadaan yang terpaksa memakannya, sedang dia tidak sengaja dalam mencarinya, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha penyayang.”
(Al-Nahl ayat 114-115)


Wassalam

Tuesday, November 15, 2011

Pulangkan Semula Wang PTPTN Kak Yang


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang Isnin tu hari , pergi ke Pejabat PTPTN di Wisma Chase Perdana, off Jalan Semantan, Damansara Heights. Bagi tujuan untuk memulangkan semula wang PTPTN Kak Yang.

Alhamdulillah, kerana Kak Yang telah berjaya mendapatkan biasiswa JPA

Bangunan Wisma Chase Perdana

Kuanter bayaran balik di Tingkat 6

Alhamdulillah tak lama menunggu




Ramai dari kita berhutang. Sedikit atau banyak. Hutang kereta, rumah, peribadi, kedai, syarikat, PTPTN, MARA dan banyak lagi.





muflis




Wassalam



Monday, November 14, 2011

SPM-Doakan Untuk Permudahkan dan Kecemerlangan Mereka

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Hari ini bermulanya Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Diantara peperiksaan yang besar dalam sistem akademik sekolah menengah.

Tahun ini sedang menunggu keputusan UPSR anak lelaki saya sahaja, dan terus berdoa akan kejayaannya.

Saya tidak mahu ketinggalan untuk mendoakan untuk anak anak, adik beradik serta sanak saudara bloggers semua yang sedang menduduki SPM.

Mohon kepada Allah swt. agar permudahkan semua urusan menjawab soalan dan melapangkan dada dan fikiran dari perasaan kusut, dan dapat menjawab dengan tenang dan fikiran yang terbuka serta semoga Allah melancarkan segala galanya
Amin amin amin


DOA SEBELUM MASUK DEWAN PEPERIKSAAN


(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)

Maksudnya:
Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)




DOA SEWAKTU LUPA SEMASA MENJAWAB SOALAN

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit) 3 kali


Maksudnya:
Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai, Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)




DOA MEMOHON KEJAYAAN CEMERLANG
(Dibaca sebelum tidur setiap hari sehingga keputusan peperiksaan diumumkan.)

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')


Maksudnya:
Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh


Pastikan anda mengulangkaji pelajaran anda. Selepas solat berdoa kepada Allah SWT semuga mendapat kejayaan dariNya.

rujukun disini



Wassalam

Friday, November 11, 2011

11.11.11

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

11.11.11 Movie

Sesungguhnya manusia dicipta untuk menyembah Allah SWT semata-mata. Perbuatan mempercayai adanya kuasa lain yang menghidupkan, mematikan, menyembuhkan, memberikan rezeki, menurunkan hujan, menghidupkan tanaman, memberikan bantuan dan sebagainya selain Allah adalah syirik. Begitu juga memberikan nama-nama dan sifat-sifat yang khusus bagi Allah kepada selain-Nya juga adalah syirik. Selain itu, doa atau apa jua bentuk sembahan sama ada menyembelih, bernazar, takut, berharap, cinta dan sebagainya yang dilakukan untuk selain Allah adalah syirik.

Sesungguhnya syirik adalah sebesar-besar dosa. Tiada dosa yang lebih besar daripada dosa syirik.


Allah mengharamkan syurga bagi mereka yang menyekutukanNya. Mereka akan terus kekal di dalam neraka Jahannam.
“Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
(surah Al-Maidah, ayat 72)

Mempercayai hari-hari atau bulan tertentu boleh mendatangkan keburukan. Begitu juga kepercayaan kepada bintang dan angka-angka tertentu boleh membawa tuah dan keberkatan. Kesemua kepercayaan khurafat ini boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT, yang merupakan dosa besar. Sebenarnya, ketetapan baik dan buruk kehidupan dunia adalah hak mutlak Allah yang tidak ada kaitan langsung dengan pengaruh sebarang makhluk.

rujukan disini

Wassalam

Wednesday, November 9, 2011

Kak Yang Memiliki Lesen Memandu Percubaan 'P'


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, syukur kepada Allah, Kak Yang telah memperolehi lesen memandu percubaan 'P'. Setelah dua kali memduduki ujian memandu. Pertama kali cuma lulus ujian jalan raya sahaja dan kali keduanya lulus ujian parking


Balik ke kampung Wan dia semasa Hari Raya Aidil Adha tempuh hari, Kak Yang menampal 'P' kat kereta Abang Long dia




Dalam sebuah hadis, Rasulullah saw bersabda, maksudnya:

"Empat perkara bakal mendatangkan kebahagiaan: isteri yang salihah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa. Empat perkara yang mengundang kekacauan: isteri yang buruk akhlak, jiran yang jahat, kenderaan yang buruk dan rumah yang sempit."



Dr Yusuf al-Qardawi mengulas mengenai kemewahan, katanya:

"Kemewahan hidup berbeza antara satu zaman dengan zaman yang lain, mungkin mewah pada suatu ketika dahulu, tidak dianggap mewah pada hari ini, kerana perbezaan masa, suasana dan pendapatan menjadikan ukuran kemewahan turut berbeza."



Imam Fakhr al-Razi mengertikan kemewahan yang menjadi punca keruntuhan masyarakat ialah tabiat hidup yang sombong dengan kenikmatan yang dirasai.
(Tafsir Al-Kabir, 18/75)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam tetapi kehidupan mewah dan sombong adalah suatu cara hidup yang buruk dan dikeji.

rujuk disini


Wassalam

Tuesday, November 8, 2011

Qurban STP 1432H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, STP telah menunaikan ibadah Qurban pada tahun ini dengan selamatnya. Selepas solat sunah hari Raya Qurban, masing masing balik kerumah, menjamu selera mengikut sunah Nabi saw.

9:30 pagi para peserta qurban, AJK STP dan petugas petugas telah memenuhi kawasan surau. Kemudian lori membawa 9 ekor lembu pun sampai dan dikuti sebuah kereta Bomba (yang membantu STP setiap tahun).


cara kami menumbangkan lembu
ikat tali pada kaki belakang lembu
tali kat lehir lebu dibelit pada sebatang tiang besi
lori bergerak kedepan, sempotan lembu akan turun
tali yang terikat pada kaki belakang lebu diikat pada lori dan ditarik
dengan perlahan lahan lembu akan jatuh
setelah diikat kaki lembu depan dan belakang
baru proses penyembelihan dijalankan




cepat pembersihan darah dengan pancutan air pihak Bomba



mengunakan mesin pemotong untuk memotong tulang, cepat


terima kasih banyak banyak Anggota Bomba, membersihkan kawasan

daging, daging batang pinang, hati dan paru paru dibagi sediki seorang



Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya. Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi saw:

"Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".



Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...