Friday, November 11, 2011

11.11.11

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

11.11.11 Movie

Sesungguhnya manusia dicipta untuk menyembah Allah SWT semata-mata. Perbuatan mempercayai adanya kuasa lain yang menghidupkan, mematikan, menyembuhkan, memberikan rezeki, menurunkan hujan, menghidupkan tanaman, memberikan bantuan dan sebagainya selain Allah adalah syirik. Begitu juga memberikan nama-nama dan sifat-sifat yang khusus bagi Allah kepada selain-Nya juga adalah syirik. Selain itu, doa atau apa jua bentuk sembahan sama ada menyembelih, bernazar, takut, berharap, cinta dan sebagainya yang dilakukan untuk selain Allah adalah syirik.

Sesungguhnya syirik adalah sebesar-besar dosa. Tiada dosa yang lebih besar daripada dosa syirik.


Allah mengharamkan syurga bagi mereka yang menyekutukanNya. Mereka akan terus kekal di dalam neraka Jahannam.
“Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah Dengan sesuatu yang lain, maka Sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga, dan tempat kembalinya ialah neraka dan tiadalah seorang penolong pun bagi orang-orang yang berlaku zalim".
(surah Al-Maidah, ayat 72)

Mempercayai hari-hari atau bulan tertentu boleh mendatangkan keburukan. Begitu juga kepercayaan kepada bintang dan angka-angka tertentu boleh membawa tuah dan keberkatan. Kesemua kepercayaan khurafat ini boleh membawa kepada mensyirikkan Allah SWT, yang merupakan dosa besar. Sebenarnya, ketetapan baik dan buruk kehidupan dunia adalah hak mutlak Allah yang tidak ada kaitan langsung dengan pengaruh sebarang makhluk.

rujukan disini

Wassalam

9 comments:

  1. Tarikh kalendar Gregorian...tak ada apa-apa maknanya bagi saya. 11.11.11 tu cuma istimewa sebab nombornya yang cantik semata-mata. Cuma sekadar itulah...

    ReplyDelete
  2. manusia begitu taksub dengan nombor.. :(

    ReplyDelete
  3. aslkm
    Ya Allah jauhkanlah kami dr mengaitkan sesuatu hingga tergelincir iman.
    Kdg3 tak sedar,selalu org kata ..ambek berkat...
    Ya Allah , ampunkan kami.

    ReplyDelete
  4. Salam atuk, terima kasih kerana mengingatkan..

    wsalam

    ReplyDelete
  5. salam atuk
    pada sya tarikh tu cantik tersusun je, tapi memang tak perasan sampailah hari ni orang duk sibuk kata pasal tarikh 11.11.11

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum 'Atuk'

    Moga-moga Allah melindungi kita dari terlalai dan alpa...

    ReplyDelete
  7. Salam Atuk,
    lama tak datang sini..t.kasih sentiasa memberi kesedaran dan peringatan bersama..t.kasih untuk entry-entry Atuk yang sentiasa bermanfaat

    ReplyDelete
  8. salam, terima kasih utk peringatan ini. semoga kita tetap terpelihara dan berada di bawah perlindunganNYa. Amin!

    ReplyDelete
  9. tak ada yg istimewa pun dgan 11.11.11 ni, yg pasti ianya sekdar no.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...