بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Selepas solat Jumaat, 2:30 ptg, hantar Kak Uda balik ke metrik, di Banting. 7:30 mlm baru sampai semula ke rumah.
Insyaallah, pukul 4:00 pagi nanti hendak bertolak ke Baling pula. Nak menghantar mempelai adik bungsu saya. Janji dengan Mak dan adik adik serta keluarga masing masing akan berjumpa di Masjid Pekan Baling. Acara akad nikah akan diadakan pada pukul 10:00 pagi dan selepas itu menghadiri kenduri walimah sebelah perempuan.
Insyaallah, selepas majlis walimah itu, bercadang nak ke Sik pula. Ke banglo Srengenge, teman alam maya. Pertama kali berjumpa di Masjid Muaz, KL, bersama Geng PDKM
Moga Allah permudahkan segala urusan, lancarkan perjalan serta dalam pemeliharaan Allah senantisa.
Dengan memohon pertolongan Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar. Maha Suci Allah yang menganugerahi kami kemampuan memanfaatkan (kendaraan) ini, sedang kami sendiri (tanpa pertolonganNya) tidak mampu menguasainya. Sesungguhnya hanya kepada Tuhan kita, kita pasti akan kembali. Ya Allah, kami bermohon kepada-Mu, anugerahilah kami dalam perjalanan ini, kebajikan dan ketaqwaan, serta usaha yang Engkau ridhai Ya Allah, mudahkanlah perjalanan ini bagi kami dan perpendeklah jaraknya. Ya Allah, Engkaulah teman dalam perjalanan, dan Engkau pula Pelindung bagi keluarga. Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari kesulitan perjalanan, kesuraman pandangan, serta bencana menyangkut harta dan keluarga.
(Dari Doa Nabi Muhammad SAW)
Wassalam
Salam Atuk...
ReplyDeleteSemoga selamat perjalanannya...
Kami pun akan ke Kedah esok, menghantar anak balik ke UiTM, Merbok selepas dia menduduki MUET di sini yang akan berakhir jam 12.30. Pagi Ahad dah ada kuliah. Betapa kelam kabutnya.
Musim hujan ni...berhati-hati ya memandu!
salam atuk,
ReplyDeleteayah menunggu di srengenge , Banggol Derdap.........atuk ambil jalan Bongor ke Memali,dan weng....selepas weng ada simpangan jalan ke Sik ( sebelah kiri)....jalan naik bukit sikit....+- 12 kilometer sampailah ke Sik......cari Rumah Gemilang Anak2 Yatim......minta tunjuk rumah Pak Long srengenge..........
Kalau telepon tak diangkat ( tak jawab) maknanya ayah masih di rumah kenduri........mai jangan khuatir.....ayah tak pakai handset
Wassalam ,selamat dalam perjalanan
Assalamualaikum 'Atuk'..
ReplyDeleteSemoga semuanya berjalan lancar, selamat pergi dan selamat kembali..
Assalamualaikum Haji semoga selamat sampai ke distinasi dan selamat pulang. salam buat Hj srengenge
ReplyDeleteamiinnn
ReplyDeletesalam
ReplyDeleteselamat datang ke utara tuan haji....
kalau ke SIK,jgn lupa ke ladang anggur
Salam Atuk...
ReplyDeleteDah melawat ayahanda ker..salam kat dia..
assalamualaikum atuk...majlis nikahnya dilangsungkan pada 19 Nov yer...samalah tarikh nikahnya dengan anak mama hari tu...
ReplyDelete