Monday, May 7, 2012

Hadiah Daripada Yong Moh Kembara


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

 Alhamdulillah, pada hari khamis minggu lepas dapat satu bungkusan pos yang dikirim oleh sahabat maya MOH KEMBARA. 

Hajah Yong menunaikan janjinya setelah saya meneka dalam N3 beliau 

Hajah Yong menghadiahkan sepasang stokin, sudu dan buah hazelnut hasil tangan orang Turki

Cerita kemenangan itu saya ceritakan dalam N3 ini

Terima kasih banyak banyak
moga Hjh Yong dipermudahkan dalam semua urusan dan senantiasa sihat supaya mudah beribadah.......amin




Salah satu jenis hadiah yang tidak pernah ditolak Nabi saw. adalah wewangian. Hal ini sebagaimana hadits Anas ra,

"bahawasanya Nabi saw. tidak pernah menolak wewangian".

(HR. al-Bukhari)



Nabi saw. bersabda, 

"Siapa saja yang dihadiahi 'Raihan', maka janganlah menolaknya sebab ia ringan dibawa namun sedap baunya."

(HR.Muslim) 




WASSALAM

Sunday, May 6, 2012

Sekeluarga Pekena Mandy - Saba Restoren


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Riuh rendah di rumah minggu lepas, lebih gamat lagi ada yang mengusik sesama mereka. Kak Uda baru habis metrik, tunggu keputusan dan panggilan U, Insyaallah,  Kak Ngah cuti selama 3 minggu.


Mula-mula saya tak perasan juga, mereka displaykan N3 saya mengenai makan nasi mandi. Bila terperasan, saya pun bertanya "siapa punya kerja ni"


Abang Cik menunjuk ke arah ibu, tanda sebagai ketua perancang....he he


Mandi-Chicken (H) RM17.00

Pekena di Restoran Saba, Dataran Setiawangsa, Jalan Jelatek

Mandi-Lamb (L) RM30.00

Flavoured Malt RM4.00





Islam Mementingkan Kasih Sayang


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”. 

Riwayat at-Tabrani



Menghormati Orang Lain


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: 


"Jikalau seseorang daripada kamu makan bersama-sama dengan orang ramai dan sudah berasa kenyang, maka janganlah kamu mengangkat tangan (berhenti dahulu), sehingga orang ramai sama berhenti (iaitu berhenti makan bersama-sama), ini kerana jika kamu berhenti dahulu sebelum orang lain, hal itu dapat memalukan kawanmu".


Diriwayatkan al-Baihaqi



WASSALAM

Saturday, May 5, 2012

Hantar Kak Ngah ke LCCT


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pagi Semalam hantar Kak Ngah ke LCCT
tepuh cuti selama 3 miggu berakhir
rasa terlalu sekejap ajer

Kak Yang memberi kata-kata semangat kepada kakaknya

Seorang ibu tetap mendoakan yang terbaik
untuk anak-anak, di dunia dan di Akhirat

Masih ada setahun lagi diperantauan
Meneruskan praktikal di hospital hospital Indonesia

Kami terus mendoakan agar Kak Ngah dipermudahkan dalam semua urusan dan menuju kejayaan di dunia dan di Akhirat



Doa Anak Tetap Mengerjakan Sembahyang
(Surah Ibrahim: Ayat 40-41)

Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku. Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. 


WASSALAM

Friday, May 4, 2012

Kuching Sarawak 2012 - Jong's Crocodile Farm & Zoo


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari ketiga dan sebelum penerbangan balik ke KL pada pukul 7.00 malam. Saya sempat ke Jong's Crocodile & Zoo yang terletak kira-kira 29km dari Bandaraya Kuching dan mengambil masa 20 minit dengan menaiki kereta

Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.jongscrocodile.com


Ketibaan kami disambut oleh seekor buaya replika yang terletak di perkarangan pintu masuk utama. Tempat letak kereta agak lapang bermakna tidak ramai pengunjung melakukan lawatan, mungkin disebabkan pada hari ini hari bekerja.

Harga tiket masuk
pelancong luar adalah RM16.00 seorang (dewasa)
RM8.00 seorang (kanak-kanak).
penduduk tempatan (Sarawak) RM10.00 seorang (dewasa)
RM5.00 seorang (kanak-kanak).

Sebelum memasuki pengunjung akan dipakaikan dengan tag tangan. Ini adalah untuk tujuan keselamatan dan tanda telah membayar tiket masuk.

Antara gambar-gambar dan bahan awet yang terdapat selepas pintu masuk








anak-anak buaya yang berumur daripada 1 tahun dan keatas yang diasingkan kolamnya



kura-kura

beruang

burung merak, ayam hutan dan lain-lain

sekitar ladang diiasi dengan landscape 


terdapat gerai jual makanan ringan dan minuman

penambahbaikan

peta tunjuk arah


dalam Ladang Buaya Jong & Zoo terletak reserved sebidang hutan hujan semulajadi di mana pelawat boleh mempunyai pengalaman yang mempesonakan berjalan bebas di sepanjang jambatan kayu di laluan berjalan kaki di kalangan haiwan dan hidupan liar.

menikmati tempat perlindungan yang disediakan oleh hutan hujan, menonton reptilia, mendengar bunyi serangga.




burung hantu

kucing apa ...dah tak ingat pula



Sabda Nabi SAW:

“Setiap yang memiliki taring dari kalangan pemangsa, maka memakannya adalah haram“.

(Riwayat Malik, Muslim dan lain-lain dari hadith Abi Tha’labah al-Khusyani).




Kata Ibn al-Athir: “iaitu binatang pemangsa yang memakan secara menerkam seperti: singa, harimau, serigala dan seumpamanya. 




WASSALAM

Wednesday, May 2, 2012

Kuching, Sarawak 2012 - Saman Pakir



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada pagi hari ketiga, semasa hendak ke Kampung Boyan untuk membeli kek lapis, ada pula surat cinta daripada Majlis Perbandaran Kuching.


aduhaiiii.....saman parking pula
tak perasan lansung pondok jual kopon parkir
atau pun papan tanda notis parkir

tepi Waterfron terdapat 1 pondok kopon parkir
itu pun setelah bertanya kepada orang dan polis
terima kasi cik adik yang menjaga pondok kopon tu
kerana menerima rayuan saya
cuma bayar saman RM5.00 sahaja

kapal memungut sampah sarap Sungai Sarawak

beli kek lapis




beli ikan masin tiga empat ekor

pagi tu, hujan pula...



Bahwa Rasulullah saw. melarang sistem jual beli mulamasah (wajib membeli jika pembeli telah menyentuh barang dagangan) dan munabadzah (sistem barter antara dua orang dengan melemparkan barang dagangan masing-masing tanpa memeriksanya). (Shahih Muslim No.2780)

Hadis riwayat Abu Hurairah ra.

WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...