Monday, October 15, 2012

Muzium Kapal Selam, Melaka



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Kapal selam SMD Ouessant jenis Agosta 70 adalah buatan Perancis, dibina oleh Arsenal de Cherbourg pada tahun 1978 dan siap sepenuhnya pada 1979.

Dimiliki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan kemudiannya diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk dijadikan satu lagi mercu pelancongan di negeri ini.

Di bawah "Project Ouessant Malaysia", seramai 156 krew pelatih TLDM terlibat dalam latihan menggunakan SMD Ouessant, yang berakhir secara rasmi pada 11 Julai, 2009. 
Ini adalah misi latihan terakhir buat SMD Ouessant.

Projek membaikpulih SMD Ouessant bermula secara rasmi pada 30 Okt, 2003 sebelum siap sepenuhnya pada 20 Oktober, 2005 dan memulakan misi latihan di laut bagi melatih kesemua krew kelas Perdana Menteri mulai 21 November, 2005 sehingga selesai pada 9 Julai 2009.

Panjang 67.57 meter, Tinggi 11.75 meter, Lebar 6.5 meter 
(Sumber dari Sinar Harian 18 April 2012)

Muzium Kapal Selam ini terletak di Muzium Maritim, berdekatan Dataran 1Malaysia di Pantai Klebang, Melaka


Kesempatan yang ada semasa menghadiri bengkel koperasi minggu lepas. Kami merancang untuk melawat Muzium Kapal Selam.

Tapi nasib kami kurang baik kerana muzium sedang dalam kerja-kerja menaik taraf

Maklumat daripada pekerja di situ. Proses membuat 2 pintu masuk sebelah sisi kapal, untuk memudahkan pelawat masuk sendiri ke dalam kapal dan akan diadakan pakej bermalam di dalam kapal.





projek keseluruhan bernilai RM12.6 juta itu diharap dapat menarik ribuan pelancong ke Melaka di samping membantu Kerajaan Persekutuan menjana ekonomi negara melalui sektor pelancongan. (BH 13/11/11)


 Dan kalau siap sepenuhnya nanti, kompleks Muzium Maritim di Melaka nanti mungkin akan kelihatan seperti bayangan di atas ni. Nampak gah jugak ye? 
Sumber : sembangbincang



Firman Allah swt.

Ketahuilah bahawa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-bangga tentang banyaknya harta dan anak... Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.

(Al-Hadid : 20)



WASSALAM

Friday, October 12, 2012

Bengkel KJUDPM di Avillion Legacy Hotel, Melaka



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada 7 - 9 Oktober 2012, saya menghadiri bengkel pengurusan koperasi jabatan kami di Avillion Legacy Hotel, Melaka.


Loby Hotel yang menarik
WiFi dikenakan sewa sebanyak RM10.00 untuk 3 jam dan 
RM20.00 untuk 24 jam

Pemandangan daripada bilik

 Ini kalau tinggal...!@#$%^&*

 Sedang membentangkan cara cadangan penambahan anggota koperasi menggunakan SWOT

Kari kambing....kelebihan hotel ini bagi saya...



Masih ingatkah kita

semasa anak kita baru dilahirkan,
Alhamdulillah, dengan sepasang mata, tetapi dia tidak boleh melihat

Masih ingatkah kita..

Sewaktu anak kita baru dilahirkan,
Alhamdulillah, dia ada telinga, tetapi tidak dapat mendengar

Anak kita dapat melihat BUKAN kerana dia ada mata
Anak kita dapat mendengar BUKAN kerana dia ada telinga

Tetapi..

Pendengaran dan penglihatan anak kita diberikan oleh ALLAH
Tiada yang dapat mmberikan pendengaran dan penglihatan kepada kita semua melainkan ALLAH



WASSALAM

Sunday, October 7, 2012

Jasa Mu Dikenang-Puzi



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Majlis Jasa Mu Dikenang untuk mantan Pengerusi koperasi jabatan kami ini telah diadakan pada bulan lepas di Al-Amin Food Coner, Gombak

Tuan Haji Muhammad Puzi telah melepas jawatan Pengerusi ini kerana ingin menumpukan pada persatuan di taman beliau.









Semoga beliau terus berjaya didalam kerjaya dan dalam berpesatuan

HADIS MENGENAI WANITA

Apabila memanggil akan kau kedua ibu bapamu,maka jawablah dahulu panggilan ibumu


WASSALAM

Thursday, October 4, 2012

Family Day SPgD 2012 - 3/3


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Family Day SPgD
pada 29 - 30 September 2012
di Casa Rachado Beach Resort, Port Dickson

Ini hari kedua kami berada di PD
Dijangkakan pukul 8.00 pagi dah mula diadakan treasure hunt menuju ke Rumah Api, Tanjung Tuan. Tapi dah ramaikan.....lewat setengah jam.

mendaki bukit


menyelesaikan permainan sudoku


membina ayat menggunakan nombor-nombor di hand phone 

naik tangga lagi

bayaran masuk RM1.00 seorang

berjaya juga sampai ke kemuncak

gembira kumpulan yang menang

setelah penat dengan game treasure hunt 
kaum ibu dan anak dara bersantai di tepi kolam

melepaskan kepenatan

dia orang kata seronok main permainan ini


HADIS MENGENAI WANITA

Aisyah berkata, Aku bertanya kepada Rasulullah saw.

Siapakah yang yang lebih besar haknya terhadap wanita
Jawab Rasulullah saw. "suaminya".

Siapa pula yang berhak ke atas lelaki
Jawab Rasulullah saw. "Ibunya"


WASSALAM

Tuesday, October 2, 2012

Family Day SPgD 2012 - 2/3


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Family Day SPgD
pada 29 - 30 September 2012
di Casa Rachado Beach Resort, Port Dickson


Setelah bersukaneka pada petangnya, acara pada malam hari diadakan pula BBQ. Kami adakan secara gotong-royong, ini untuk mengerat ukhwah antara semua kakitangan dan pegawai serta family masing-masing.






Kanak-kanak leka bermain dengan belon upin dan ipin

Sebelum makan, kami adakan acara musical chair 
untuk adik-adik

untuk lelaki dewasa

untuk perempuan dewasa

masa untuk makan

penyampaian hadiah


HADIS MENGENAI WANITA

Wanita yang solehah(baik)itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh


WASSALAM

Monday, October 1, 2012

Family Day SPgD 2012 - 1/3



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selama dua hari menginap di Casa Rachado Beach Resort, Port Dickson, kerana menjayakan Hari Keluarga untuk seksyen kami pada tahun 2012.



 Sewa untuk 1 bilik RM150.00

 Selesa dan nyaman

 Acara untuk kanak-kanak

 Mengutip gula-gula

 Acara membawa bola pingpong dalam sudu

 Acara membentuk mumia

 Mumia yang terhasil

 Ini acara untuk bapak-bapak budak

 Apa hal straw kat mulut masing-masing ni

 Acara membawa getah gelang dengan straw dengan mulut

Hadiah untuk semua peserta


HADIS MENGENAI WANITA

Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para Malaikat kepadanya. Allah mencatatkan baginya setiap hari 1,000 kebajikan dan menghapuskannya 1,000 kejahatan

WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...