Thursday, April 4, 2013

Penyerahan Pasport

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Persediaan awal, menyerahkan pasport kepada Al Mukminin Travel untuk tindakan selanjutnya


Ada sesiapa yang pernah berurusan dengan travel ini, boleh berkongsi dengan saya


Kriteria Pemimpin Dalam Islam (1-10)

1.    Mengajak Bertaqwa Kepada Allah

“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah.” 
(Al-Anbiya’: 73)

“Dan Kami jadikan di antara mereka itu pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami ketika mereka sabar. Dan adalah mereka meyakini ayat-ayat Kami.” 
(As-Sajdah: 24)



WASSALAM

Wednesday, April 3, 2013

Parlimen Dibubarkan - 2013

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Yang ditunggu-tunggu telah tiba

Bermakna Pilihanraya kali ke 13 akan berlangsung

Rasulullah s.a.w Bersabda :

" pemimpin yang baik adalah pemimpin yang kamu kamu menyayangi mereka, dan mereka menyayangi kamu, kamu mendoakan mereka, dan mereka juga mendoakan kamu. Pemimpin yang buruk adalah pemimpin yang kamu membenci mereka, mereka juga membenci kamu, kamu melaknati mereka dan mereka melaknati kamu. Baginda S.A.W ditanya : " Tidak bolehkah kami perangi mereka dengan pedang?" Jawab baginda S.A.W : " Tidak, selagi mana mereka mendirikan solat. Ingatlah, sesiapa yang dikuasai penguasa, lalu dia dapati penguasa itu melakukan maksiat kepada Allah, dia hendaklah membenci maksiat tersebut namun jangan mencabut tangan dari ketaatan." 

(H.R.Muslim)

WASSALAM

Tuesday, April 2, 2013

Mesyuarat Agung Khas Pencalonan STP

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Alhamdulillah, kerana STP telah selamat mengadakan Mesyuarat Agung Khas Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa pada hari ahad yang lepas.

Mesyuarat berjalan lancar dan teratur, mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh JAIS. Mesyuarat ini hanya berdasarkan kepada cadangan dan sokongan pencalonan daripada ahli kariah dan tiada proses pengundian dijalankan

AJK lama masih kekal disamping terdapat 4 orang muka yang baru.

Sekarang ini menunggu keputusan pengesahan daripada JAIS yang akan menentukan/memutuskan AJK yang baru.




Abdullah bin ‘amru bin al ‘ash r.a berkata: Rasulullah saw bersabda: 

Sesungguhnya orang-orang yang berlaku adil, terhadap keluarga dan apa saja yang diserahkan (dikuasakan) kepada mereka. 

(muslim)


WASSALAM

Saturday, March 30, 2013

Pemberian Daripada Seorang Sahabat-CL

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada seorang sahabat blogger yang memberikan sebotol minyak wangi. Moga beliau terus dilimpahkan dengan Rahmat, diberkati segala usaha serta bertambah rezeki yang halal.


Tn Hj Azli atau CL yang mana satu masa dahulu popular denga laman blog beliau PENGALAMAN DI KOTA MAKKAH.

Untuk laman facebook AZnaz Naz Aznaz Lie

 Berpengalaman bekerja di Tanah Haram dalam bidang perhotelan dan sekarang mengusahakan sendiri syarikat untuk perkhidmatan Haji dan Umrah serta sebagai pengedar Air Zam Zam.


Daripada Ummu Salamah r.a, ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w Bersabda

"akan ada sepeninggalanku nanti pemimpin (yang) kalian mengenalnya dan mengingkari (kejelekannya), maka barangsiapa mengingkarinya (beerti) dia telah berlepas diri, dan barangsiapa membencinya (beerti) dia telah selamat, akan tetapi barangsiapa meredhainya (akan) mengikutinya. "Apakah kita tidak perangi (saja) dengan pedang? Baginda S.A.W menjawab : "Jangan, selama mereka masih menegakkan solat di tengah-tengah kalian".

(H.R. Muslim)


WASSALAM

Thursday, March 28, 2013

Majlis Walimah Istana Bambu

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada minggu lepas menghadiri Majlis Walimah anak jiran di Istana Bambu Restaurant, Lot 841-842, Jalan Hulu Kelang, Ampang (tepi jalan MRR2). 

Sungguh selesa dan nyaman seperti suasana di kampung

Pintu masuk

 Moga pengantin bahagia sehingga ke Syurga dan lahirnya zuriat yang soleh dan solehah

 Dewan Utama

 Dangau panjang

 Ada pondok 2 meja dan 1 meja

 Kolam yang dipenuhi pokok teratai

 Terdapat di satu sudut sawah padi

Parkir yang luas

Telefon : 30-4251 4717
Fax : 03-4251 4717
Email :info@istanabambu.com.my

GPS : 3.175203, 101.758000



Sabda Rasulullah s.a.w.:

Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang melakukan kezaliman dan pembohongan. Sesiapa yang membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga) dan sesiapa yang tidak membenar pembohongan mereka dan tidak menolong kezaliman mereka, maka dia dari kalanganku dan akan dari kalangannya dan dia akan mendatangi telaga di syurga.

(Kata al-Haitami: Hadith ini diriwayatkan oleh oleh Ahmad, al-Bazzar dan al-Tabarani)



WASSALAM

Monday, March 25, 2013

Pesediaan Mesyuarat Agung Jemaah Jabatan Kami

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Minggu lepas mengedarkan Buku Laporan Mesyuarat Agung Tahunan kepada ahli-ahli Persatuan Jemaah Jabatan kami.




Pemimpin Yang Menipu Rakyat

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:

"Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)"

(Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).


WASSALAM

Thursday, March 21, 2013

Kompleks Pakar & Rawatan Harian, HKL



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Baru-baru ni hantar Kak Uda ke Kompleks Pakar, HKL kerana memenuhi temujanji dengan doktor pakar teling dan hidung. Masalah Kak Uda adalah gatal-gatal di hidung. Bila terlalu sejuk, berhabuk atau makan makanan laut, hidung dia akan gatal.

Kompleks ini luas dan selesa, tidak bersesak macam bangunan lama dahulu. Parkir bertingkat pun ada disediakan







Rasulullah SAW bersabda

"Tidaklah seorang muslim menderita sakit kerana suatu penyakit melainkan Allah menggugurkan kesalahan-kesalahannya dengan penyakit itu, sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya"

(HR Bukhari, Muslim)

WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...