Wednesday, August 28, 2013

Walimatul Urus Anak Hajjah Yang Azmah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Daripada alam maya melalui blog Kekunciku Berdansa dan FB Cikgu Yang bertemu dalam Majlis Walimatul Urus anak beliau Mohd Fareez Zaquan dan pasangannya Siti Yusra di Dewan Ideal Convention Centre Selayang pada hari Sabtu lepas.

Terima kasih atas undangan dan tanda ingatan



Biasanya dalam 10-15 minit sampai ke Selayang tapi hari tu sampai 1 jam 15 minit baru sampai. Ini disebabkan ada lori tangki terbalik.

Selepas Zohor memenuhi jemputan bekas jiran di Dewan Perdana, Keramat Mall, Keramat

Limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.

Pukul 4.30 petang terus ke HKL, melawat jiran yang telah dimasukan wad

"Imam al-Bukhari menulis" "Bab Du'a al-'Aa'id lil Maridh" (Bab Doa Menziarahi Orang Sakit) dan menyebutkan hadis Aisyah bahawa Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu didatangkan kepada baginda SAW, Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud): 

"Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit." 

(Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).

WASSALAM

Sunday, August 25, 2013

Aktiviti Mengemas Rumah

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selepas cuti raya tu hari tambah lagi dengan 2 hari cuti rehat. Tujuan untuk mengemas rumah, maklumlah sebulan dalam bulan puasa tidak mengemas, letih dan tak larat...he he

Antaranya memasang besi langsir


 Menukar mangkuk tandas


Menukar besin cuci tangan
Buat sendiri nak jimat....he he


Hukum Menqadha Puasa Sunat

Orang yang sedang berpuasa sunat adalah berkuasa ke atas dirinya samada ingin meneruskan puasanya ataupun tidak. Ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Ummu Hani‘ Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:

“Orang yang sedang berpuasa sunat itu adalah raja bagi dirinya, jika dia mahu dia berpuasa dan jika dia mahu dia berbuka.”

(Hadits Riwayat Imam Ahmad)


Menurut pendapat mazhab Imam as-Syafi‘e, orang yang tidak meneruskan puasa sunat samada kerana keuzuran ataupun tidak, maka tidaklah wajib ke atasnya menqadha puasanya itu bahkan hukumnya adalah sunat. Ini kerana jika hukum menqadhanya adalah wajib, maka sudah pasti hukum tidak meneruskannya (puasa sunat) adalah haram.

Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan oleh Abu Sa‘ed al-Khudri Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:

“Aku membuat makanan untuk Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Lalu Baginda dan sahabat-sahabat Baginda pun datang. Maka apabila makanan dihidangkan, seorang laki-laki daripada suatu kaum berkata: "Sesungguhnya aku sedang berpuasa." Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: 
"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." 
Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: 
"Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu."”

(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)


Maka ambillah peluang ini dengan sebaiknya kerana puasa enam ini berserta kelebihan-kelebihannya hanya hadir setahun sekali. Jadi janganlah ia dilepaskan begitu saja kerana agama Islam dengan penuh tolak ansur telah memberikan kemudahan bagi kita untuk mengerjakan puasa enam itu bukan dalam suasana hari raya.

Sumber: daripada sini


WASSALAM

Saturday, August 24, 2013

Tetamu Pertama Raya 1434H

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Pada hari Raya yang ke 3, adik emak yang bungsu Pakcik Alias dan keluaragnya datang beraya kerumah saya.

Mereka semua datang selepas menghadiri majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki yang kebetulan anak kariah taman saya

 Pengantin adalah anak perempuan sepupu saya, ia itu cucu Pakcik Alias
Nadia Sakinah dan Muhammad Azinuddin
moga mereka bahagia hingga ke Syurga


Alhamdulillah, merasa gembira kerana semua keluarga Pakcik Alias sudi datang bertandang, berehat dan menunaikan solat.


Hukum Dan Kedudukan Orang Berpuasa Sunat Menghadiri Jemputan Rumah Terbuka


Amalan berziarah atau berkunjung-kunjungan di Hari Raya Aidil-Fitri sudah menjadi adat bagi kita. Tuan rumah sudah pasti menghidangkan berbagai jenis juadah khususnya ketika mengadakan majlis rumah terbuka atau yang lebih biasa disebut dengan "open house".

Bagi mereka yang sedang berpuasa sunat enam, ini adalah satu dilema yang sukar dielakkan di hari raya ini, apatah lagi jika tuan rumah itu mengkhususkan jemputannya di waktu siang. Sehinggakan ada yang menjadikan alasan berpuasa sunat itu untuk tidak menghadiri jemputan ataupun menjadikannya alasan untuk tidak berpuasa enam.

Perlu diingat bahawa berpuasa bukanlah tiket serta alasan untuk tidak memenuhi jemputan. Ibnu Umar Radhiallahu ‘anhuma misalnya, tetap memenuhi jemputan walaupun beliau sedang berpuasa. Dalam satu hadits riwayat Imam Muslim, Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Jika dijemput seseorang daripada kamu ke (majlis) jamuan maka hendaklah dia memenuhinya. Jika dia sedang berpuasa maka doakanlah tuan rumah itu, dan jika dia tidak berpuasa maka hendaklah dia makan.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)


Orang yang diundang menghadiri jemputan sedangkan dia berpuasa, maka tidaklah diwajibkan ke atasnya untuk memakan makanan yang dihidangkan kepadanya oleh tuan rumah. Jika puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa fardhu, misalnya puasa qadha Ramadhan atau puasa nazar maka adalah haram baginya untuk berbuka. Cukuplah baginya sekadar menghadiri jemputan tersebut dan disunatkan juga ke atasnya untuk mendoakan keberkatan serta keampunan dan sebagainya ke atas tuan rumah dan para hadirin.

Adapun jika sekiranya puasa yang dikerjakannya itu adalah puasa sunat, maka adalah dibolehkan baginya untuk berbuka dan tidak meneruskan puasa sunatnya itu bahkan adalah sunat baginya untuk berbuka seandainya tuan rumah itu merasa tersinggung jika dia tidak memakan makanan yang dihidangkannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah menyuruh orang yang sedang berpuasa sunat supaya berbuka dalam majlis jamuan makan, Baginda bersabda:

Maksudnya:

"Saudara kamu menjemput kamu dan bersusah payah untuk kamu." Kemudian Baginda bersabda lagi kepadanya: "Berbukalah dan berpuasalah pada hari lain sebagai gantinya jika kamu mahu.”

(Hadits Riwayat Imam al-Baihaqi)


Ini sama halnya dengan tuan rumah yang menjemput ataupun didatangi oleh tetamu padahal tuan rumah itu sedang berpuasa sunat, lalu tetamunya itu berkeberatan untuk memakan makanan yang dihidangkan olehnya dan tidak mahu memakannya kecuali jika tuan rumah yang sedang berpuasa itu turut makan bersamanya – maka dalam hal ini, sebagai menghormati tetamu itu, adalah lebih afdhal bagi tuan rumah itu untuk berbuka dan makan bersama-sama tetamunya tadi kerana Ummu Hani’ Radhiallahu ‘anha sewaktu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pergi berkunjung ke rumahnya, Ummu Hani’ menghidangkan minuman kepada Baginda. Setelah minum, Baginda memberikannya semula kepada Ummu Hani’, lalu Ummu Hani’ pun meminum bakinya. Kemudian Ummu Hani’ pun berkata:

Maksudnya:

"Aku telah berdosa, maka mintalah keampunan untukku, Baginda bersabda: Apakah ia (dosamu itu)? Katanya: Aku ini berpuasa, dan aku berbuka. Baginda bersabda: Adakah puasa qadha yang engkau kerjakan itu? (Ummu Hani’) berkata: Bukan. Baginda bersabda: (Berbuka puasa sunat itu) tidak memberi mudharat kepadamu."

(Hadits Riwayat Imam at-Tirmidzi).


Akan tetapi jika tuan rumah atau tetamu itu tidak tersinggung ataupun tidak keberatan jika dia meneruskan puasanya, maka dalam hal ini adalah lebih afdhal dan lebih utama baginya untuk terus berpuasa.

Jika dia berbuka juga maka dia tidak akan beroleh pahala puasa yang telah dilakukannya tadi. Berlainan halnya, jika dia berbuka kerana keuzuran misalnya kerana ingin menemani tetamunya makan atau untuk menjaga hati tuan rumah, maka puasanya tadi itu akan diberikan pahala sungguhpun dia tidak dapat menyempurnakannya sepertimana yang disebutkan dalam kitab Mughni al-Muhtaj.

Bagaimanapun, tidak meneruskan puasa sunat tanpa keuzuran adalah makruh di sisi hukum syara‘ berdasarkan zahir firman Allah Ta‘ala dalam Surah Muhammad ayat 33:

Tafsirnya:

“Dan janganlah kamu batalkan amalan kamu!”

(Surah Muhammad:33)


WASSALAM

Friday, August 23, 2013

Suasana Raya 1434H

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selamat berpuasa 6 bulan Syawal, mana yang dah habis puasa tu diucapkan syukur dan selamat berhari Raya Puasa 6 Syawal.

Baru inilah saya berkesempatan mencatatkan kisah raya pada tahun ini. Tahun ini menyambut raya di kampung saya.

Lemang adalah menu utama di kampung saya. Jadi sedikit sebanyak, bolehlah membuat lemang tu... Masa kecil kecil dulu, buluh lemang kami cari sendiri, sekarang ni dah beli ajer, daun pisang Alhamdulillah, masih boleh di cari belakang rumah.

Membantu emak mengisi pulut dalam buluh

Laksa menu sampingan

 Baru letak lemang, hujan turun, terpaksa berpindah ke bawah pondok


 Hari tu...berbuka dengan lemang

 Imam membaca kutbah Raya
Lepas Solat Sunat Hari Raya, menziarahi pusara

 Sebelum sarapan, acara bermaaf maafan

 duit raya




 Kenanggan 1 Syawal 1434H

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)


WASSALAM

Thursday, August 22, 2013

Salam Aidil Fitri 1434 H

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Didoakan agar sahabat serta keluarga dalam suasana ceria serta dalam pemeliharaan Allah senantiasa.


Wassalam

Monday, August 5, 2013

Majlis Khatam Al Quran - STP

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Sempena malam 27 Ramadhan, STP mengadakan Majlis Khatam Al Quran. Peserta terdiri daripada kumpulan dewasa, kumpulan muslimat dan kumpulan remaja.




Saguhati kepada kumpulan remaja daripada STP, individu dan seorang ahli perniagaan.


Kelebihan dan Istimewanya Ramadhan

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: 

Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : 

Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, 
dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, 
dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : 
Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). 
Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? 
Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).

-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


WASSALAM

Sunday, August 4, 2013

Sumbangan STP

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Petang semalam STP mengadakan majlis memberi sumbangan kepada anak-anak yatim, ibu tungal dan fakir miskin yang berada kariah STP.

Majlis seumpama ini adalah antara aktiviti STP setiap tahun. Aktiviti ini berjalan lancar kerana ada penduduk kariah STP yang berpendapatan lebih dan menyalurkannya melalui STP.

Ucapan daripada Pengerusi STP

 Antara penerima sumbangan

 Imam Besar menyampaikan sumbangan

Wakil Muslimat menyampaikan sumbangan


Kelebihan dan Istimewanya Ramadhan

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : 

Sesiapa yang mendirikannya (Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. 

- Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi



WASSALAM
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...