Friday, August 23, 2013

Suasana Raya 1434H

 بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Selamat berpuasa 6 bulan Syawal, mana yang dah habis puasa tu diucapkan syukur dan selamat berhari Raya Puasa 6 Syawal.

Baru inilah saya berkesempatan mencatatkan kisah raya pada tahun ini. Tahun ini menyambut raya di kampung saya.

Lemang adalah menu utama di kampung saya. Jadi sedikit sebanyak, bolehlah membuat lemang tu... Masa kecil kecil dulu, buluh lemang kami cari sendiri, sekarang ni dah beli ajer, daun pisang Alhamdulillah, masih boleh di cari belakang rumah.

Membantu emak mengisi pulut dalam buluh

Laksa menu sampingan

 Baru letak lemang, hujan turun, terpaksa berpindah ke bawah pondok


 Hari tu...berbuka dengan lemang

 Imam membaca kutbah Raya
Lepas Solat Sunat Hari Raya, menziarahi pusara

 Sebelum sarapan, acara bermaaf maafan

 duit raya




 Kenanggan 1 Syawal 1434H

Puasa sunat enam ini sangat besar fadhilat serta ganjarannya, diriwayatkan daripada Abu Ayyub Al-Anshari Radhiallahu ‘anhu, beliau telah berkata bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan, kemudian diikuti dengan puasa enam hari pada bulan Syawal, adalah (puasanya itu) seperti puasa sepanjang tahun.”

(Hadits Riwayat Imam Muslim)


WASSALAM

6 comments:

  1. Assalamualaikum Atuk..

    Salam lebaran buat Atuk sekeluarga.

    Waa lemang buat sendiri, bestnya Atuk. Paling nostalgia bila balik kampung, rumah kayu, ummi suka.

    ReplyDelete
  2. Rumah kampung yang sangat syahdu, seronok beraya macam tu. Alhamdulillah anak2 masih sempat merasa suasana beraya kat kampung.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    atuk time bakar lemang pon tetap semat.. hehehe

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Atuk..

    Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin..suasana kampung yang syahdu. saya kehilangan nenek belah ayah..rasa lain

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah atuk..nice sharing mengenai puasa 6 tu
    beznye tengok gambar raya atuk..meriahnya
    lemang tu...huhu...pedih je mata kena asap
    salam lebaran atuk

    sempat isi tabung nuffnang atuk kat sini
    thanks sudi isi tabung yumida gak :)

    ReplyDelete
  6. As-salam Atuk..seronok tengok pic2 raya Atuk ni..paling best bakar lemang tu..:)

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...