Saturday, August 31, 2013

Selamat Hari Kemerdekaan ke 56

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

PHD mengucapkan menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56.

Menurut pendeta Za’aba, erti kemerdekaan ialah “berubah daripada kepercayaan bodoh yang melemahkan akal dan ikhtiar kepada kepercayaan yang cerdik yang membebaskan fikiran; daripada ajaran yang mematikan hati kepada ajaran yang menghidupkan dan menyuburkan dia; daripada i‘tiqad-i‘tiqad yang serong dan terpesong kepada i‘tiqad yang subur dan merdeka; daripada kezaliman pemerintahan berdasarkan hawa nafsu kepada kesalehan; dan daripada fikiran-fikiran yang menahankan dan menyekat kemajuan kepada fikiran yang membebaskan kemajuan dan menggalakkan kemaraan yang baik-baik dan mulia.” Kemerdekaan sebenar adalah kemerdekaan jiwa dan minda. Tanpa kemerdekaan jiwa dan minda kemerdekaan fizikal tidak berguna. Ramai cendekiawan Muslim telah menyedari bahawa cabaran utama setelah kemerdekaan fizikal adalah membina jiwa dan minda merdeka.



Jika kemerdekaan bererti kebebasan daripada penguasaan bangsa asing, kenapa Rasulullah saw berjuang membebaskan diri dan manusia daripada kekuasaan musyrikin Makkah yang sebangsa dan seketurunan dengan nabi?

 Ini bermakna: kemerdekaan yang sebenar ialah: 

Memerdekakan manusia daripada perhambaan sesama manusia sama ada:

Bebas bersuara, pemilikan, bertindak, bermuamalah dan seumpamanya. 
Kebebasan tadi mestilah dibatasi oleh hukum Allah SWT bagi memastikan tiada ruang untuk penjajahan melalui sistem dan undang-undang ciptaan manusia. 

Memerdekakan manusia daripada ikatan agama yang direka oleh manusia samada:

Agama yang dicipta oleh manusia yang dijadikan sembahan, fahaman dan anutan. 
Agama yang diturunkan oleh Allah tetapi ditafsirkan mengikut akal tanpa kaedah yang dibenarkan oleh Syariat. 

Membebaskan manusia daripada dibelenggu oleh matlamat dunia yang sempit melalui:

Menyedarkan manusia bahawa dunia adalah sementara yang menjadi tempat persinggahan. 

Menjadikan manusia bekerja di dunia untuk akhirat yang merupakan kehidupan yang sebenar. 

Justeru itu, kemerdekaan yang sebenar ialah membebaskan jasad dan material daripada penjajahan manusia dan membebaskan akal fikiran serta mentaliti daripada dibelenggu oleh doktrin-dokrin yang bercanggah dengan Islam. Wallahu ‘Alam…

Petikan drp sini


WASSALAM

5 comments:

  1. yupp merdeka jiwa dan minda yg semakin jauh daripada masyarakat malaysia sekarang ni,...asyik2 nak pro-Barat konon lebih maju sedangkan jiwa dan minda terjajah tanpa disedari.. semoga kita sempat 'terjaga' dari lamunan...

    ReplyDelete
  2. kita masih belum merdeka dalam erti merdeka sepenuhnya.

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum

    selamat menyambut hari kemerdekaan
    semoga Malaysia terus aman dan makmur dan dilindungi Allah selalu

    ReplyDelete
  4. Salam, terima kasih dtg dan drop komen di blog emarieys.com

    Salam kemerdekaan

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...