بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Daripada alam maya melalui blog Kekunciku Berdansa dan FB Cikgu Yang bertemu dalam Majlis Walimatul Urus anak beliau Mohd Fareez Zaquan dan pasangannya Siti Yusra di Dewan Ideal Convention Centre Selayang pada hari Sabtu lepas.
Terima kasih atas undangan dan tanda ingatan
Biasanya dalam 10-15 minit sampai ke Selayang tapi hari tu sampai 1 jam 15 minit baru sampai. Ini disebabkan ada lori tangki terbalik.
Selepas Zohor memenuhi jemputan bekas jiran di Dewan Perdana, Keramat Mall, Keramat
Limpahkan barakah dan rahmat ke atas pasangan suami isteri ini,
jadikanlah rumah tangga mereka aman dan bahagia,
dalam ketaatan terhadapmu,
kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah,
serta berikanlah ketenangan kepada mereka didunia dan akhirat,
sempurnakanlah agama mereka dengan berkat perkahwinan ini.
Amin.
Pukul 4.30 petang terus ke HKL, melawat jiran yang telah dimasukan wad
"Imam al-Bukhari menulis" "Bab Du'a al-'Aa'id lil Maridh" (Bab Doa Menziarahi Orang Sakit) dan menyebutkan hadis Aisyah bahawa Rasulullah SAW apabila menziarahi orang sakit atau orang yang menderita sakit itu didatangkan kepada baginda SAW, Baginda mengucapkan (doa yang bermaksud):
"Hilangkan penyakit ini, wahai Tuhan bagi manusia, sembuhkanlah, Engkau adalah Maha Penyembuh. Tidak ada kesembuhan selain kesembuhan-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit."
(Riwayat al-Bukhari dalam Fathul-Bari No.5675).
WASSALAM
Atuk...hari yg padat dgn aktiviti ya..
ReplyDeletekacak la atuk dengan baju batik :D
ReplyDeleteSaya pun sangkut juga Sabtu tu.
ReplyDeletestrok sebelah kanan
ReplyDeleteSalam Atuk! Terima Kasih hadir kenduri saya, ini kenduri kahwin anak bungsu saya!! Tak ada kenduri lagi selepas ini, kirim salam pada isteri..Assalamualaikum Wbh.... Maaf sekiranya ada kelemahan di sana sini. Alhamdulillah.
ReplyDeleteSalam Atuk! Terima Kasih hadir kenduri saya, ini kenduri kahwin anak bungsu saya!! Tak ada kenduri lagi selepas ini, kirim salam pada isteri..Assalamualaikum Wbh.... Maaf sekiranya ada kelemahan di sana sini. Alhamdulillah.
ReplyDelete