بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Hari pertama
melawat ke Silk factory.Teruja juga hati ni hendak melihat kain sutera China. Satu masa dahulu,pakaian Maharaja dan Maharani China juga diperbuat daripada kain sutera.
Ulat-ulat sutera ini akan membuat kepompong. Jika dalam satu kepompong mempunyai ulat sutera kembar, benang yang terhasil adalah beselirat, benang ini tidak sesuai untuk dijadikan baju sutera, tapi digunakan untuk membuat cadar dan selimut.
Mendengar penerangan bagaimana proses daripada ulat sutera umur seminggu hingga menjadi kain sutera
Inilah kain cadar yang terhasil, memang nampak cantik dan halus buatannya.
satu cadar harganya RMB1500.00 (RM750.00)
Harga? Mahal gak....maklumlah kedai government, mesti nak cover komisen si amoi-amoi tu semua.
Yang tak sanggupnya si amoi tu asyik mengekori kita ajer, macam paksa suruh beli. Kalau agak tak nak beli lebih baik beransur keluar.
Pada zaman dahulu, sutera hanya dipakai oleh orang istana sahaja
Harga semasa
Di depan kilang sutera
Rasulullah saw bersabda:
sesungguhnya jihad yang paling besar adalah mengungkapkan kalimat kebenaran di hadapan sultan yang zalim.
HR. Tirmidzi
“Jihad yang paling afdhal adalah dengan berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim.”
[Riwayat at-Tirmidzi no. 2174, Abu Daud no. 4344 dan an-Nasa’ie no. 7834]
Berkata benar di hadapan pemerintah yang zalim menjadi jihad yang paling afdhal kerana apabila seseorang sedang berjihad di medan perang, ia berada dalam dua kemungkinan iaitu menang ataupun kalah. Namun ketika berhadapan dengan pemerintah yang zalim, pastinya seseorang yang berkata benar itu tidak akan menang (secara fizikal dan penilaian duniawi) kerana pemerintah itu sedang berkuasa penuh.
WASSALAM


















































