Wednesday, May 8, 2013

Beijing 2013-3, Menjejakan Kaki Ke China

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة


Bandar Raya Beijing mula dibina pada Dinasti Ming, iaitu pada tahun 1403 hingga 1425,

Beijing adalah merupakan bandar kedua terbesar di China selepas Shanghai. Bandar ini dibahagi menjadi 16 daerah perkotaan dan pinggiran daerah dan dua daerah luar bandar; di wilayah urban bandar memiliki sekitar 13 juta penduduk. 

Beijing merupakan pusat pengangkutan utama, dengan puluhan kereta api, jalan dan jalan raya yang melewati bandar. Beijing dikenali dengan politik, pendidikan, dan pusat budaya dari People's Republic of China, sementara Shanghai dan Hong Kong mendominasi dalam bidang ekonomi.

Bandar ini telah menjadi bahagian integral dari sejarah China selama berabad-abad; hampir tidak ada bangunan besar daripada segala usia di Beijing yang tidak mempunyai setidaknya beberapa makna sejarah nasional. Beijing dikenali dengan istana mewah, kuil, dan dinding batu besar dan gerbang.


Kota ini telah menjadi tuan rumah Olimpik pada 2008.


Kota Beijing seluas 16,800 kilometer persegi dikunjungi oleh lebih 10 juta pelancong setahun.

Orang melawat Beijing rata-ratanya kerana dua perkara iaitu tarikan sejarah dan untuk membeli-belah

Tempat-tempat menarik di Beijing seperti Tembok Besar, Dataran Tiananmen, Forbidden City, Summer Palace, makam Maharaja Ming dan beberapa istana purba masih kekal berkeadaan baik selain ada cerita tersendiri.



Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital mengendalikan 81.8 juta pergerakan penumpang tahun lepas, sekali gus mencatatkan peningkatan sebanyak 4.2 peratus secara perbandingan tahun ke tahun.

Dengan itu, ia mengekalkan kedudukannya sebagai lapangan terbang kedua paling sibuk di dunia tahun lepas dari segi lalu lintas penumpang, kata Beijing Capital International Airport.

Semasa musim puncak bilangan penumpang harian melebihi 278,000.

Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital ialah hab penerbangan utama bagi 94 syarikat penerbangan yang mengadakan penerbangan ke 236 destinasi. - 
sumber BERNAMA









 Pemandu pelancong kami fasih berbahasa Melayu
Anita


 Jalan jem di mana-mana

Mententeramkan jiwa, musim bunga baru bermula
pokok-pokok mulai menghijau dan bunga mula mengembang


Rasulullah saw bersabda:

“ Apabila kamu keluar bermusafir 3 orang hendaklah kamu memilih seorang untuk menjadi ketua.”

Hadis riwayat Abu Daud dengan sanad yang baik


WASSALAM

5 comments:

  1. Assalamualaikum atuk.

    Musim bunga...memang cantik!, mesti best posing kan.

    ReplyDelete
  2. Salam atuk..bestnya... Nak pergi melancong jugakkk

    ReplyDelete
  3. Salam Atuk..

    Teringin nak ke Beijing ni..
    Teringin nak jalan2 kat Tembok Besar

    :)

    ReplyDelete
  4. Assallamualaikum Atuk,

    Mama Nadz belum pernah sampai Beijing...............
    jadi N3 ini beri informasi dan tarikan untuk mama nadz plan .
    Dah lama teringin nak bergambar kat Greatwall..

    ReplyDelete
  5. jika ada rezeki teringin juga hendak melancong ke China...

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...