بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Hari pertama
Selepas makan tengahari, kami menghala ke pusat mutiara air tawar (Fresh Water Pearl Centre). Pusat ini bukan sahaja memproses mutiara air tawar untuk perhiasan tetapi juga penjagaan/kesihatan kulit.
Kilang ini hanya dihasilkan mutiara air tawar. Menurut jurujual, mutiara air tawar adalah jauh lebih baik daripada mutiara air masin.
Sebelum membuka tiram itu, jurujual suruh kami meneka berapa biji mutiara yang ada di dalamnya, kami meneka antara 1 hingga belasan sahaja, tapi setelah dibuka, ada 27 biji semuanya.
Mutiara yang dah matang dan besar mereka akan dijadikan barang perhiasan dan mana yang kurang matang dan kecil-kecil mereka akan proses mutiara ni untuk dijadikan Pearl Cream atau Pearl Powder.
Lepas dengar penerangan bagi tiap-tiap produk yang dijual, si amoi ni offer la macam-macam kat kami. Setiap barang yang dijual tu akan lebih murah jika dibeli secara set. Disni saya ingatkan jangan tergoda dengan tawaran dan pujukannya.
Mutiara yang terdapat di dalam tiram
Pusat mutiara ini terletak di bawahThe Stadium National Olympic Sports Center
Tiram air tawar
Antara 25 hingga 35 biji mutiara
Mendengar penerangan
Beli yang murah ajer
TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA
Rasulullah saw bersabda:
Akan ada para pemimpin yang kalian kenal dan kalian ingkari. Siapa yang tidak menyukainya maka dia bebas dan barang siapa yang mengingkarinya maka dia selamat, akan tetapi (dosa dan hukuman) diberlakukan kepada orang yang ridha dan mengikuti para pemimpin itu. Para sahabat bertanya: apakah kami boleh memeranginya wahai rasulullah saw. Beliau menjawab: tidak boleh selama para pemimpin itu masih mengerjakan shalat.
(HR Muslim)
WASSALAM
assalam bro rozali...
ReplyDeleteseronok tu jalan ke beijing.. saya pegi sekitar tahun 2001.. dah lama sangat kann..semua tempat pegi just summer palace je missed.. sakit..
pertama kali saya tgk mutiara yg masih fresh,berada dlm tiram hehe...kaum wanita mesti rambang mata melihatnya...kaum suami mesti kempis poket hehe
ReplyDeleteKenapa kalau kat Sabah mutiara air masin lagi mahal?
ReplyDeleteSubhanallah...agungnya ciptaaan tuhan kan Atuk..saya teringin nak tgk live mutiara dlm tiram tu...hihihih..sama ke tiram tu dgn tiram yg di buat sos tu?
ReplyDeletewahhhh bestnyaaa
ReplyDeletememang menarik ...
Hanya dapat membaca saja...sedih kerana tak mampu sebab tak de pekerjaan...bukan tak mau kerja tapi anak tak nak ngan org,suami telah kembali kerahmatullah....simpati pada diri sendiri
ReplyDeleteassalamualaikum atuk
ReplyDeletesib baek sy tak minat mutiara.. huhu
Assalamualaikum Atuk..
ReplyDeleteBestnya dapat tengok mutiara dalam tiram tu. Mesti rambang mata juga nak beli ni kan.