Tuesday, May 14, 2013

Beijing 2013-7, Pusat Mutiara

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari pertama


Selepas makan tengahari, kami menghala ke pusat mutiara air tawar (Fresh Water Pearl Centre). Pusat ini bukan sahaja memproses mutiara air tawar untuk perhiasan tetapi juga penjagaan/kesihatan kulit.

Kilang ini hanya dihasilkan mutiara air tawar. Menurut jurujual, mutiara air tawar adalah jauh lebih baik daripada mutiara air masin.

Sebelum membuka tiram itu, jurujual suruh kami meneka berapa biji mutiara yang ada di dalamnya, kami meneka antara 1 hingga belasan sahaja, tapi setelah dibuka, ada 27 biji semuanya.

Mutiara yang dah matang dan besar mereka akan dijadikan barang perhiasan dan mana yang kurang matang dan kecil-kecil mereka akan proses mutiara ni untuk dijadikan Pearl Cream atau Pearl Powder.

Lepas dengar penerangan bagi tiap-tiap produk yang dijual, si amoi ni offer la macam-macam kat kami. Setiap barang yang dijual tu akan lebih murah jika dibeli secara set. Disni saya ingatkan jangan tergoda dengan tawaran dan pujukannya.


Mutiara yang terdapat di dalam tiram

Pusat mutiara ini terletak di bawahThe Stadium National Olympic Sports Center


Tiram air tawar

Antara 25 hingga 35 biji mutiara

Mendengar penerangan



Beli yang murah ajer


TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA

Rasulullah saw bersabda:

Akan ada para pemimpin yang kalian kenal dan kalian ingkari. Siapa yang tidak menyukainya maka dia bebas dan barang siapa yang mengingkarinya maka dia selamat, akan tetapi (dosa dan hukuman) diberlakukan kepada orang yang ridha dan mengikuti para pemimpin itu. Para sahabat bertanya: apakah kami boleh memeranginya wahai rasulullah saw. Beliau menjawab: tidak boleh selama para pemimpin itu masih mengerjakan shalat.

(HR Muslim)


WASSALAM

9 comments:

  1. assalam bro rozali...


    seronok tu jalan ke beijing.. saya pegi sekitar tahun 2001.. dah lama sangat kann..semua tempat pegi just summer palace je missed.. sakit..

    ReplyDelete
  2. pertama kali saya tgk mutiara yg masih fresh,berada dlm tiram hehe...kaum wanita mesti rambang mata melihatnya...kaum suami mesti kempis poket hehe

    ReplyDelete
  3. Kenapa kalau kat Sabah mutiara air masin lagi mahal?

    ReplyDelete
  4. wah..kat sana murah ke mahal mutiara nih??

    ReplyDelete
  5. Subhanallah...agungnya ciptaaan tuhan kan Atuk..saya teringin nak tgk live mutiara dlm tiram tu...hihihih..sama ke tiram tu dgn tiram yg di buat sos tu?

    ReplyDelete
  6. wahhhh bestnyaaa
    memang menarik ...

    ReplyDelete
  7. Hanya dapat membaca saja...sedih kerana tak mampu sebab tak de pekerjaan...bukan tak mau kerja tapi anak tak nak ngan org,suami telah kembali kerahmatullah....simpati pada diri sendiri

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum atuk

    sib baek sy tak minat mutiara.. huhu

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Atuk..

    Bestnya dapat tengok mutiara dalam tiram tu. Mesti rambang mata juga nak beli ni kan.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...