بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة
Hari pertama
Hotel dibina pada tahun 2008, bertaraf 4 bintang, jumlah bilangan bilik 328
Jin Jui International Business Conference Hotel adalah 3 km dari Zoo, 10 km dari Stesen Kereta Api Beijing, 11 km dari Tian'anmen Square. Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing Capital adalah sejauh 31 km
dengan akses internet percuma.
Perhatian
Semua hotel di China ini mengenakan bayaran kepada semua peralatan yang ada di dalam bilik sekiranya ada kerosakan.
Peristiwa 1 (malam kedua): Seorang peserta memaklumkan terdapat bil di dalam biliknya atas kesalahan cadarnya terkena seterika, sedangkan kami tidak dibekalkan seterika.
Peristiwa 2 (malam ketiga): Seorang peserta memaklumkan dia didatangi pekerja hotel untuk melihat di dalam bilik air, dan pekerja itu memaklumkan yang peserta ini telah menghilangkan 2 helai tuala kecil, sedangkan memang mereka tidak membekalkannya.
Setelah kami berbincang dengan pemandu pelancong kami, semua masaalah ini selesai tanpa apa-apa bayaran.
TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA
Menegah kemungkaran adalah kefarduan utama bagi orang yang ada kuasa , oleh itu diantara kemampuan yang dimiliki oleh rakyat adalah kuasa memilih. Ini juga termasuk apa yang Nabi sebut:
“ Sesiapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya dengan kuasanya.”
Hadis Sahih Muslim
WASSALAM
wahh cantiknyee bilik dia ;)
ReplyDeleteAssalamualaikum atuk..
ReplyDeleteNasib baik pergi dengan pakej, kalau tidak kena bayarlah jawabnya ye.
terima kasih atas tip tu, kene lebih berhati2 bila mengunjungi beijing nnt....
ReplyDeleteAtuk, assalamualaikum...nasib ada penyelamat yer. bincang baik2 boleh selesai masalah.
ReplyDeletePelik punya style hotel kat China ni nak buat duit....
ReplyDeletethx for the tips atuk..nti dee gi beijing kena amik berat benda2 gini..takut gak terkena kan..kemain lagi dorang nak pekena kita ye..
ReplyDeleteAssalammualaikum Aaaatuuukkkk
ReplyDeleteSeronok sungguh tenguk gambar gi melancong ke situ
Ikut travel agency orang kata lagi senang..tak lah kena tipu hidup hidup
Moga ATUK SEKELUARGA BAHAGIA. Suka tgk atuk tiap satu tempat yg dikunjnginya diceritakan dgn detail. Baguskan utk kenangan sendiri buat masa mendatg.
ReplyDelete