Thursday, May 9, 2013

Beijing 2013-4, Imperial Garden Summer Palace


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيم
السّلا م عليکم ورحمةالله وبرکة

Hari pertama

Istana Musim Panas atau juga dikenali sebagai Taman Yihe yang luasnya 290 hektar merupakan taman kuno yang terbesar dan masih terpelihara dengan baik hingga ke masa ini. Ia terletak di Daerah Haidian, bahagian barat laut bandar Beijing. 

Kawasannya luas di tepi Tasik Kunming tasik buatan digali oleh manusia dan di atas Bukit Longevity (60 meter tinggi ). Keseluruhannya dilengkapi dengan balai teater, kuil, istana , jambatan gaya China , seni taman, jeti perahu naga, arca kerbau dan lain-lain. Tasik ini meniru rekabentuk Tasik Barat di Hangzhou.
Kini menjadi tarikan pelancong domestik dan antarabangsa. Ia diiktiraf sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco pada 1998.

Asalnya dibina semasa Dinasti Jin (1644-1911) oleh Maharaja Qinlong pada 1749.
Pada 1860 sebahagian bangunan hancur akibat perang Anglo-Perancis 1960 dan Pemberontakan Boxer 1900. Tetapi 1886 dibangunkan semula mengikut arkitektur klasik China dan diberi nama baru 'Yihe Yuan'. Setelah itu Ratu Cixi menetap di sana.




Pintu masuk

















TOLAK PEMIMPIN YANG GILA KUASA


Maksud gila kuasa adalah yang inginkan keuntungan dunia disebalik jawatan tersebut. Kepimpinan adalah satu tanggungjawab yang sangat berat dan bukan suatu benda yang harus direbut. Nabi saw bersabda:

“ Demi Allah sesungguhnya kami tidak akan memberikan tugas kepimpinan kepada orang yang memintanya dan orang yang tamak dengannya.”

Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.


WASSALAM

11 comments:

  1. Assalamu'alaikum wbt THR

    Syukran dapat jugak tenguk negeri China walaupun belum pernah sampai ke situ. Cuaca tak sejuk ke tuan haji?

    ReplyDelete
  2. Nampak cam x sejuk yer atuk?

    ReplyDelete
  3. Nampak cam x sejuk yer atuk?

    ReplyDelete
  4. wahhh atuk...nak kesana diam2 ja ya..:)

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum..

    Wah.. seronoknya melancong ke beijing.. Alhamdulillah.. saya pun teringin juga nak ke sana.. insyaAllah, semoga dimurahkan rezeki juga..

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum..

    bestnya dpt pergi Beijing..

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum..Atuk

    Seronok nya dapat pergi beijing..nak ikut..:)

    ReplyDelete
  8. indahnya alam ciptaan Tuhan!

    ReplyDelete
  9. wow..beijing! Insyaallah, Dee akan smpi sana end October nanti :)

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum atuk...seronoknya dpt jejakkan kaki ke sana...;)

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...