Sunday, April 11, 2010

Jakarta Meenyambut Kami - Part 12 (Situ Patengan)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Situ Patengan
Berasal dari bahasa Sunda Pateangan-teangan (saling mencari)
Mengisahkan cinta Putra Prabu, bernama Ki Santang dan
Putri Titisan Dewi bernama Dewi Rengganis

Mereka berpisah sekian lama. Kerana cinta yang mendalam, mereka saling mencari dan akhirnya bertemu di suatu tempat yang dinamakan Batu Cinta atau Pulau Asmara

Dewi Rengganis meminta dibuatkan danau (tasik) dan sebuah perahu untuk belayar
Perahu inilah yang sampai sekarang menjadi sebuah pulau yang berbentuk hati ditengah tengah danau

Luas danau ini lebih kurang 48 hekta

Luas pulau tersebut 17 hekta

Menurut ceritanya sesiapa yang sudah berkawin singgah di batu cinta dan mengelilingi pulau, senantiasa diperkukuhkan cinta yang abadi

Perahu yang bewarna warni sedia untuk disewa
Kalau orang bujang mengelilingi pulau ini, akan bertemu cinta abadi

Kawasannya yang sejuk

Surau di sana dipanggil Mushola

Dalam surau

Deretan kedai, lengang kerana hari biasa

Kedai cenderahati dan buah buahan tempatan

Tahu goring, tempe goring, pisang goring
cicahnya cili api hidup, makan mentah mentah

Dalam perjalan banyak terdapat kereta kuda

Pemandangan hijau kebun teh yang menyegarkan mata mengelilingi situ (danau) cantik dimana air nya yang tenang, membuat kita kagum akan kebesaran Penciptanya

Wassalam

20 comments:

  1. Salam!! Alhamdullah saudara dah sampai ke sana!! saya baru sampai Bandung ajer.. Jakarta belum lagi .. di Bandung ada anak saudara senang , terbang dia tunggu kat sana.. dah 2 kali saya ke sana. Wassalam.

    ReplyDelete
  2. Assallamualaikum En Rozali,
    Betapa indahnya ciptaan Allah..
    Tentu menyeronokkan apabila dapat berjalan-jalan ke tempat yang seindah itu, metos/lagendanya juga menarik..bahkan jadi kepercayaan.
    Jauh ka tempat ni dari pusat bandar Jakarta, bagaimana dengan penginapan di situ, makanannya semua bahaimana..
    Catatan En Rozali tu beri banyak maklumat buat mama. Nak juga pergi Jakarta di musim cuti ..insyaallah.
    w/salam

    ReplyDelete
  3. Waalaikumusalam Cikgu Yang

    Alhamdulillah cikgu dah 2 kali
    saya baru pertama kali

    kalau ada saudara disana adalah lebih baik
    dia sudah tahu seluk beluknya
    kalau tidak takut kena tipu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Cikgu Nadz

    saya doakan agar mama dapat berkunjung ke sana

    hotel yg biasa dlm RM100 semalam
    makanan lebih baik makan di foodcourd (bersih selesa), terdapat banyak makanan minang (macam disini)

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. salam ROzali,

    kagum sungguh ciptaan Illahi.
    Tentu di surgaNya tiada bandingan.

    Doa ku dalam penuh kecintaan Allah.
    wassalam.

    ReplyDelete
  6. Salam Atuk...

    Cantik pemandangan kat pulau tu!!!
    Best arr atuk..bleh pi jalan2 mcm tu...

    Atuk,besaqnyer ikan tu..kalau suruh pak itam kasi kat mak itam masak..best tu!!semua warga PDKM bleh makan..heheheh

    Wassalam

    ReplyDelete
  7. salam atuk

    ni kang itam , putera buluh betong dari kota high hehehe

    jauh perjalanan , luas pengalaman, banyak yang boleh dipelajari, yang baik kita ambil sebagai pengajaran, yang karut kita jadikan sempadan , betul tak atuk hehehe

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Ayahanda

    keindahan alam ini untuk kita memperkukuhkan iman kita

    amin doa Ayahanda tu

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Azima

    dalam perjalan amat meletihkan
    tapi mata tetap tidak layu juga
    kerana melihat keindahan alam ciptaan Allah

    nanti kalau Azima pi sana Azima ambik ikan tu dan suruh Pak Itam masak
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam

    putera buluh betung boleh jadi besan raja
    he he

    itu dah kira tazkirah drp Pak Itam
    terima kasih

    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Kak Nab

    seminngu disana, asik bejalan jeee
    sampai kat KL
    tegolek letih

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Salam Rozali,

    Cantik tmpt ni, saya belum pernah smpi ke sana, nampak menarik, tahun depan bulan Januari , Insyallah saya akan ke Jakarta dan Bandung lagi, akn cari masa ke situ pulak.

    ReplyDelete
  13. Waalaikumusalam Rosli

    memang menarik, tapi saya tak keliling tasik, kerana hujan
    doakan agar Rosli dipermudahkan untuk kesana

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  14. cantiknya pemandangan semulajadi itu...jika saya dapat ke sana..bestnya! ntah la bila boleh sampai tatau la....macam2 rancangan....

    ReplyDelete
  15. Salam Cikgu Sonata

    Insyallah
    saya doakan agar keluarga cikgu akan kesana pd suatu masa, untuk mengukuhkan iman kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  16. Salam Cik rozali..

    Alahmdulillah...tak dapat pergi indonesia..pun tak palah...dapat juga saya melancong melalui blog nih..hehhe

    Memang kita digalakan berjalan dimuka bumi ini untuk melihat kekusaan dan ciptaanNya...semoga kita bersyukur akan nikmat dan memuji kebesaran Allah...

    ReplyDelete
  17. Waalaikumusalam Shami

    Alhamdulillah
    n3 saya dapat dimenafaatkan
    moga diperkukuhkan iman kita

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  18. salam..


    sambil jengguk anak..boleh jalan-jalan ni..

    ReplyDelete
  19. Waalaikumusalam CM

    2 dalam 1
    sabil menyelam sambil minum air
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...