Sunday, April 25, 2010

Kebun Sekangkang Kera

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Dibelakang rumah, terdapat sekolah tempat anak saya belajar
antara longkang agak besar hingga ke pagar sekolah ada sedikit tanah lapang yang tidak disenggalakan oleh Majlis Perbandaran, jadi kami penduduk disini sukarela membersihkannya disamping menanam perbagai tanaman

dah 2 bulan tidak dibersihkan, rumput rumput dah tinggi menjulang

tempuh hari pergi menziarah anak di Jakarta, balik penat pula
ada masa lapang hujan pulak
hari tak hujan, masa pula tak ada (tanda akhir zaman, masa terlalu pantas)

biawak sempat lepak lagi, dia ingat tempat ni dah tiada tuan

biasanya kalau tak dicuci kawasan ni, nyamuk akan banyak
masa ada kelapangan sedikit dan hari pun nampak cantik
saya pun mula membersihkan kawasan ni
lakukan selepas waktu pejabat (dalam 30,50 minit je)
tak tahu berapa hari boleh siap
biasanya kalau rumput tinggi ni, 3, 4 hari baru bersih (orang lama le katakan)

Wassalam

8 comments:

  1. salam from Makkah..


    Bestnyer ada kebun...seronok kan...


    waslam

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam CL

    bukan kebun, tajuknya silap
    tanah lapang jeee

    untuk mengeluarkan peluh jeee

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....


    .....saya pun terpaksa buat-buat tak nampak dengan 'kawasan lapang' tepi rumah....yang kini dah tak berapa nak lapang tu, dek kekangan masa (yang tak pandai dibahagikan)

    Jangan sampai kena saman dengan Majlis Perbandaran sudah.....


    Wassalam....

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam xiiinam

    sesekali kena bersihkan juga, takut benda yg tak diingini menjelma
    he he

    waduhhhhhhhhhh
    kalau kena saman

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam Tn Hj..

    uihhh! mana nyer sekangkang kera.. skali pandang je dah tau 50/60 kangkang kera.. he he

    kat tepi flat kak ngah nie pun ada gak lebihan tanah dalam suku kangkang kera.. jadilah.. letih2 layan blog.. layan pokok serai, kunyit, bunga kantan, cabai, peria katak, daun pandan, ubi kayu, pokok moktan, jambu ayaq, cempedak, pisang, betik, mempelam.. ahaa.. daun sireh pun ada.. heh heh

    ReplyDelete
  6. Waalaikumusalam Kak Ngah

    banyaknye tanaman kak ngah
    kalau ikut kan senarai tanaman tu
    bukan suku kakang kera
    ini beberapa kakang orang hutan
    he he

    kalau sesiapa nak bertunang
    boleh minta kat kak ngah daun sireh
    buat sireh junjung
    boyehhhhh

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  7. salam roz,

    rajin berbudi dengan tanah ni berbaloi! tapi nak kena rajin ler...merumput, membaja etc

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Kak Nab

    memang betul tu kak nab
    hasilnya berbaloi
    bila kita membersihkanya
    macam kita membelainya juga

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...