Friday, May 14, 2010

Cermin Kereta Pecah (dibaling dengan batu)

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Seorang mukmin itu sangat berhajat dan perlu kepada sifat sabar, terutama sekali ketika menghadapi bala' dan bencana, kesusahan dan kesukaran, dan segala macam penganiayaan. Yakin, apabila ia ditimpa sesuatu musibah, ia tidak segera putus asa, malah seharusnya ia bertenang dan berlapang dada, tidak akan merasa sempit dan bosan, dan tidak pula mengadukan halnya kesana sini. Tetapi ia tetap menghadapi Allah S.W.T. dengan penuh kusyuk dan khudhuk, memohon dan merendah diri kepadaNya, sambil menyangka baik terhadap Tuhan. Sesudah itu hendaklah ia menyakinkan dirinya, bahawasanya segala bala dan bencana yang ditimpakan Allah Ta'ala ke atas dirinya itu sebagai ujian yang diiringgi dengan berbagai bagai kebaikan yang banyak, seperti meningkatkan darjat, menggandakan pahala serta menebus dosa.

hentakan yang kuat
memcahkan cermin dan retak seribu serta body turut bengkuk
ini berlaku pada hari isnin malam pertama kursus di INSTUN Tg. Malim

batu kerikil sebesar penumbuk budak

buat sementara, sahabat menampal dengan plastik
untuk mengelakan air hujan masuk ke dalam kereta

hari sabtu, Jalan Pahang, berhampiran Hospital Tawakal











Alhamdulillah telah siap

Doa Istighfar
Ya Allah Engkaulah Tuhan kami, tidak ada Tuhan yang patut di sembah hanya Engkau yang menjadikan kami, kami hamba Mu dan kami dalam genggaman Mu. kami dalam perjanjian beriman dan bertaat kepada Mu. sekadar kesanggupan yang ada pada kami. kami berlindung kepada Mu dari kejahatan yang kami perbuat. kami mengakui atas nikmat yang Engkau berikan kepada kami dan mengakui atas dosa dosa kami, kami memohon keampunan Mu, tidaklah ada yang dapat mengampuni dosa sesaorang hanya Engkaulah hai Tuhan kami
Amin

Wassalam

16 comments:

  1. Salam Atuk...

    Sabarlah...

    Tg malim kampung saya...(tempat pertama cari rezeki..)

    Hospital Tawakal (yg lama) rumah kedua saya...

    Alhamdulillah kini saya cuba menjauhinya...

    Wslm

    ReplyDelete
  2. salam Atuk

    sabar tu separuh drpd iman. semuanya dah ketentuan Allah. Ada hikmahnya itu. kalau ikutkan hati memang...........

    ReplyDelete
  3. Salam Atuk..

    Sapa la yg berhati busuk tu (#_#)

    Sabar yer Atuk...Allah nak gantikan yang lebih baik lagi tu...InsyaAllah.
    Semoga org yang buat tu mendapat petunjuk & hidayat dari Allah..

    ReplyDelete
  4. salam rozali..


    sabarlah...setiap musibah yang berlaku pasti ada hikmah nyer..percaya lah ..allah swt sayangkan saudara maka di berinyer 'sesuatu' untuk saudara merasa dugaan nyer..alhamdulilah...syukur kerana mendekatkan saudara padanNyer...bertuah saudara..


    waslam

    ReplyDelete
  5. salam Roz,

    Alhamdulillah...dah diganti dgn cermin baru.

    ReplyDelete
  6. salam akhi rozali...

    sabar dan tabah...janji Allah itu pasti.

    ReplyDelete
  7. Waalaikumusalam kak su

    moga Allah memberi kesahjeteraan pada kak su yg sebaik mukin, untuk beramal dengan sempurna

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Az

    memang rasa runsing pada mulanya melihat cermin tu pecah, tapi sabar tu separuh drp iman

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. Waalaikumusalam Ayong Azima

    betul kata Azima
    moga orang yg buat tu mendapat petunjuk dan hidayah dari Allah

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  10. Waalaikumusalam CL

    Alhamdulillah
    moga Allah menyayangi kita semua

    Syukur juga sekiranya itu balasan drp Allah atas dosa yg saya buat, Allah tidak simpan di Akhirat dimana siksanya yg amat pedih

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  11. Waalaikumusalam Kak Nab

    Alhamdulillah
    Syukur

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  12. Waalaikumusalam Ummi

    Insyaallah
    Allah tidak akan memungkiri janjiNya

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  13. Salam Rozali,

    Itulah yg terbaik, kita serahkan segalanya atas Allah. Sayapun pernah menghadapinya apabila tingkap dipecahkan dan handbag isteri dilarikan(dah pesan selalu letak dlm bonet). Sabar sajalah. Hati memang sakit.

    ReplyDelete
  14. Waalaikumusalam YB

    Allahuakbar
    mukin ada kesalanhan yg saya lakukan

    Wassalam

    ReplyDelete
  15. Assallamualaikumm Rozali,

    Kesabaran yang dimiliki hebat sekali.
    Alhamdulillah
    Mama tengok cermin pecah macam tu..dah rasa nak marah pada yang sanggup melakukannya, tapi baca ayat-ayat N3 Rozali...alahai sabarnya kamu .sejuk dan tenteram menerima dugaan.
    Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  16. Waalaikumusalam mama

    semasa itu saya terlitas yang saya mukin pernah membuat salah

    saya redo jeee

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...