Sunday, May 9, 2010

Kursus INSTUN (3) - Jungle Trekking-i

Bismilahirahmanirohim

Assalamualaikum

Pada hari ketiga kursus, diadakan aktiviti jungle trekking, ini tujuan untuk pendedahan awal apabila melakukan kerja kerja pengukuran dipadang/kerja luar. Untuk mengumpul data data/butiran butiran seperti sungai, permatang, jenis hutan serta sempadan negeri/negara

sebelum bermula jungle trekking, kami di beri sedikit sebanyak peneranggan apabila berada di dalam hutan, pantang larang dan adap adap, contoh tidak boleh ambil benda benda sebarangan, jangan bercakap besar

pukul 9.45 pagi perjalan bermula, nampak senang

check point pertama kami diberi sarapan pagi dan bekalan makanan tengah hari

di bekalkan juga beras, telur ayam, sayur, bawang, serai, lada, garam dll
ini untuk latihan memasak di dalam hutan nanti

kami meneruskan perjalan

sudah mula mencabar

dari awal tadi jurulatih telah mengumpul pemetik api
kerana tidak boleh merokok dalam perjalan, untuk kesihatan

gembira kerana dapat berehat sebentar setelah berjalan 1 jam
dah mula berasap kerana ada yang melepaskan gian

tekun mendengar peneranggan dan panduan

daun senduduk, untuk merawat luka, caranya gentel dan sapukan pada luka

sebelah kanan pokok kacip fatimah
sebelah kiri dah lupa namanya, tapi tujuan untuk kesihatan

cendawan telinga kera, untuk memulih tenaga sesuai untuk yg dah berumah tangga

kami meneruskan perjalan
tapi ada yang seram sejuk kerana keadaan dah mula mencabar

Wassalam

9 comments:

  1. Salam Atuk...

    Huh! Seronoknya...jalan-jalan dlm hutan...
    bestnyer..

    Wslm

    ReplyDelete
  2. Waalaikumusalam Kak Su

    sesekali masuk hutan memang seronok
    tambah2 dengan kekawan

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  3. Salam Rozali,

    Masuk hutan macam tu kena bawa tembakau letak dalam stokin dan saku seluar. Kalau tidak ada penumpang yang tidak diundang.

    Yang hisap rokok tu nak halau nyamok dan pacat.

    ReplyDelete
  4. Waalaikumusalam Tn Hj Mohd Saad

    lupa pula petua tu, lama dah tak masuk hutan
    masa kat kampung tu hari, selalu ambil tembakau ayah

    kami pakai spray, pun tak mahunya
    ramai yg kena digigit pacat

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  5. Salam Rozali,

    Sebelah kiri tu daun kadok - kalau tak silap.

    ReplyDelete
  6. Salam Atuk Rozali,

    Best arrr pi jungle tracking...dulu2 saya slalu gak join aktiviti mcm ni...w/pun penat tapi best..

    ReplyDelete
  7. Salam Tn Hj

    rupanya memang macam daun kadok
    saya tak ingat
    tiada buat catatan
    he he

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  8. Waalaikumusalam Azima

    seronok juga
    dah ramai2 tu
    macam2 ragam le

    terima kasih
    Wassalam

    ReplyDelete
  9. atok.. mne lgk pic dlm utan? upload la semua.. :P

    ReplyDelete

Terima Kasih Kerana Sudi Memberi Komen Pada Blog Atuk-phd® , Bersama² kita menuju kejayaan ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...